Friday, June 10, 2011

Perhimpunan Demonstrasi Tayang 'Body'


Pelajar-pelajar Chile tidak berpuas hati bertindak mengadakan perhimpunan dengan melumur warna [cat] pada seluruh anggota badan dan sesetengahnya separuh bogel di bandar Valparaiso, 121km dari barat-laut Santiago mendesak pihak kerajaan supaya melakukan transformasi sistem pendidikan.
Banner tertulis "Free Education now" (top) and "Education does not sell" menggambarkan sistem pendidikan negara Chile begitu membebankan para pelajar dengan kos yang amat tinggi apabila pendidikan dipolitikkan dan mengarah kepada bisnis semata-mata. Apa yang dikesali cara mereka melakukan protes langsung tidak bertamadun dan melanggar etika kemanusiaan.
Perkara yang sama juga telah berlaku di Britain beberapa bulan yang lepas, pelajar-pelajarnya merusuh merosakkan harta awam kerana membantah kenaikan yuran pengajian.
Mungkinkah satu hari nanti sistem pendidikan di Malaysia juga seperti apa yang berlaku di Chile?
 Clean students in body paint take part in a rally in Valparaiso city, about 121 km (75 miles) northwest of Santiago, June 9, 2011
Pada masa sekarang pun  sistem pendidikan tinggi di negara kita mulai ke arah itu apabila banyak IPTS dibangunkan dengan sasaran untuk pelajar tempatan dan dari luar negara.
Dengan syarat kelulusan yang minimum, mereka diterima belajar asalkan sanggup mengeluarkan kos pengajian yang berlipat kali ganda berbanding yuran pengajian yang ditawarkan IPTA.  Apabila pendidikan diniagakan maka kos belajar akan menjadi  lebih mahal kerana pelajar-pelajar terpaksa menanggung semua kos pembelajaran dari yuran pengajian, kemudahan tempat belajar sehinggalah gaji pensyarah juga pelajar kena bayar.
Kita masih berharap dan yakin pihak kerajaan akan terus mengekalkan dan menambah baik sistem sedia ada, seperti menyediakan biasiswa atau pinjaman. Adalah lebih baik jika kerajaan juga memberikan separuh biasiswa dan separuh pinjaman PTPTN bagi mengurangi beban kepada semua pelajar yang tidak layak menerima biasiswa penuh, untuk meneruskan pengajiannya sama ada di IPTA mahu pun IPTS. Rakyat amat mengharapkan pihak kerajaan melaksanakan  sistem pendidikan negara yang mengutamakan kebajikan rakyatnya.
Clean students in body paint take part in a rally in Valparaiso city, about 121 km (75 miles) northwest of Santiago, June 9, 2011. Students marched through the streets to demand the government change the public state education system. The banners read: "Free Education now" (top) and "Education does not sell". [Photo/Agencies]

18 comments:

ZORA said...

perhhh...dunia macam2..:P

muz said...

kalo macam ne ada kat malaysia apa jadi ar?

wanbu said...

diaorang bebas bersuara boleh la buat macam-macam...

tapi kita bebas bersuara tapi tak boleh buat macam-macam...

Bob Merley said...

besas bersuara tapi buat mende bangang... xde makne jugak. hehehe

aku_azreen said...

harap2 la msia x jadi mcm ni...

Budak ais_94 said...

astaghfiruallahalazim, kalau jadik kat Malaysia, tunggu bala je le.. Bala-bala~~

RedVixen said...

ekk... apa kena mengena nak bogel plak??? xpaham btol...

Aida Omar said...

hui..nasib x de kat malaysia

keroro said...

adoi..gaya xeducated langsung...duk pi bogel2 pe kes..?

alif haris said...

hadooi ni la akibatnya education jd bisnez

wanita seksi said...

this post is very hot

Jumir said...

Hmm...matlamat tk halalkn cara. Kalu jd kt Msia, rame la lelaki yg kenyang mata.

wadud@duad said...

tengok la moral dia. huhuhuhu.... terbukak sana sini..

Miecyber said...

Memalukan...janganlah protes macam nie...

Prosteslah dengan cara yang lebih baik...

Kesan Malaria melalui hand phone
Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan...
Bangladesh VS Vietnam

Adda said...

Malaysia ? will be .. hehe
dah boleh nampak kut, nak makan pun bole pikir banyak sebab duit lebih kt blaja :)

Ringgo said...

perghhh bogel nmpk tek .. macam zaman batu dulu² .. dimana pemikiran depa ni kedepan ke kebelakang ..

sop said...

protes cam ni dapat publisiti cepat..
dorang dtg sbb nak tgk org lukis bogel.. huhuhu

cam cam hal :)

Mr Rileks said...

haiya... mcm nie pun ade ke? haha...