Subscribe Us

Nak Jimat Petrol Sumbat Kereta di Dalam Van Pulang Ke Kazakhstan

Polis Jerman begitu terkejut ketika mereka menahan sebuah van putih  apabila mereka mendapati sebuah kereta baru Mazda 626 silver termuat di bahagian belakang van tersebut.  Dua orang dari Kazakhstan itu telah memutuskan untuk menjimatkan kos trailer selepas Mazda 626 silver milik mereka turun dari kapal untuk di bawa pulang ke rumah sejauh 2,200 batu . Dua lelaki tersebut meminta bantuan beberapa orang rakan untuk menyumbat kereta berkenaan dengan mengalas tilam di bawahnya untuk mengelakkan daripada tercalar.  
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Konstanty Krol,38 dan Cezar Chmielewski,28, pihak polis telah  menahan kenderaan bermuatan berat selepas melihatnya meluncur di Bargthheide, Jerman.
Tight fit: The white van's windows were covered in newspaper disguising the fact that a car was inside. Police stopped the vehicle when they noticed it swaying 
Konstanty mengatakan kepada surat khabar Herald Jerman: "Saya tidak tahu mengapa kami ditahan. Kami telah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan kereta di dalam van itu selamat. Kami tidak melihat ada masalah. Ini adalah perjalan jauh kembali ke Kazakhstan dengan kos harga petrol yang terlalu mahal untuk  pulang ke Kazakhstan." [ memang buta undan-undang jalan raya dan akta pengangkutan mamat ni]

 The truckers from Kazakhstan squeezed this Mazda 626 into the back of their van perched on top of a mattress to drive it home from Germany. They were stopped by police
Seorang jurucakap polis berkata van dan kereta tersebut disita. Mereka diperintahkan untuk kembali dengan transporter yang sesuai untuk membawa kereta mereka sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan. 
Juru cakap itu menambahkan: "Memang aneh, saya tidak tahu bagaimana mereka memasukkan kereta yang sangat berat itu ke dalam van. Menakjubkan, kereta tidak  tergores langsung meskipun van bergoyang-goyang ke kanan dan ke kiri semasa dalam perjalanan.
"Namun demikian kita tidak boleh membiarkan kenderaan yang membawa lebih muatan beban di jalan raya kerana itu adalah membahayakan pengguna jalan raya yang lain serta diri mereka sendiri. Van itu boleh tergolek pada bila-bila masa."

Catat Ulasan

13 Ulasan

author faethal berkata…
Patutlah Najib pilih menantu dari Kazakhtan. Minyak di sana murah gamaknya!
zanafahmi berkata…
huhu...sanggup tu semata2 nak jimat kos, ada org Malaysia nak cuba?
Unknown berkata…
HEHEH...sikit hari lagi orang malysia pun buat gini..:)
Firdaus Life berkata…
haha memang bijak la mereka ni...
wan_cikgumuzik berkata…
kih kih kih.. terbaeek lah bro.. hahhaha

BEN ASHAARI kena hentam dengan bloger

layan nih..
syiela berkata…
heheh bijak... bijak...
Mr. Asada berkata…
pelik betul.. apesal lah tak ikat guna tali je kereta tu. kan boleh je jimat minyak.. haih. bijak sungguh sumbat kereta dalam van.

boleh jammed kepala memikirkan teknik diorang masukkan kereta nih.
harrazdani berkata…
bukan dia nak jimat kos...aku rasa dia ada dua buah kenderaan dan takder sape nak bawa kete tu...
ozzy berkata…
Minyak lagi mahal dari kereta ke?..
Tanpa Nama berkata…
hahahahahaha lawak giler sumbat kereta dalam van

nk jimat punyer pasal
Terbelog berkata…
kah3 lawak gamba tu
Niena Muhammad berkata…
hahah...xleh blah btul tgk pic nie