Sunday, June 12, 2011

Kaca Mata Pintar...Merakan Terus 'Upload'

London: 'US based social media company ZionEyez' telah memperkenalkan sepasang kaca mata hitam yang boleh merakam apa saja yang pemakainya melihat melalui matanya dan kemudian meng-upload melalui sambungan bluetooth ke laman sosial Facebook secara real-time.
Bingkai yang dilengkapi dengan alat perakam suara dan kamera video begitu kecil terletak di bahagian lengan kanan kaca mata bergabung dengan rangka utama, tidak mungkin untuk seseorang menyedari bahawa proses merakan sedang berlaku.
Dengan bateri back-up untuk tiga jam, sudah mencukupi untuk kegiatan merakam peristiwa sehingga separuh hari sebelum pengguna harus mengecas semula. Kaca mata pintar ini juga tersedia dengan kad memori 8GB dan sebuah port USB untuk mengecas dan mendownload imej ke komputer.

Kacamata berharga £92 [pound sterling] RM600 mempunyai 100 pc UVA / UVB dan lensa berwarna. Ia boleh diganti dengan 'prescription lenses' apabila diperlukan.

ZionEyez mendakwa bahawa produknya merupakan kemajuan besar kerana sebahagian besar rakaman video adalah pendek, kerana tidak selesa bagi pengguna untuk terus memegang kamera mereka sampai lebih dari beberapa minit.
 
"Bayangkan diri anda merakam seperti apa yang anda" Eyez "lihat, semasa dalam perjalanan atau sedang mengikuti kuliah, semua peristiwa penting dapat dirakam dengan mudah tanpa memegang kamera video," kata wakil syarikat US ZionEyez. [Daily Mail]

9 comments:

Freaky said...

kalau masuk tandas lak camana ye ? hehe gurau je

Nur Hawa Mohd Zin said...

wow! tapi awe ni pakai spek jadi nak beli kaca mata hitam mmg payah..tak pasal2 kena tempah yang ada power..huhu

Aida Omar said...

ada bagus nya n ada buruknya nie..takut tersalah guna je..hahaha

cayalah design die.. :)

Ringgo said...

boleh beli ni .. cangih² ..

RedVixen said...

dasat! macam dalam cite spy!

Anak Wak Mail said...

canggih bebenor ni..macam pernah tangok benda ni kat dalam cerita apa ntah..da lupa pulak..hehe

wadud@duad said...

peegh.. memang kaw la.. kalau hujancamne ea?? :D

HAZWAN17 said...

boleh wat skodeng ni hahaha

sI nYemPerEnG said...

whoaa awesome..ahax!!