Monday, June 27, 2011

Ibu Mengandung 'Makan untuk dua' di Khuatiri Bayi Berisiko Rendah IQ

Wanita hamil yang 'makan untuk dua' boleh menjejaskan IQ bayi mereka. Mereka juga mungkin akan mengalami risiko masalah tingkah laku, gangguan makan dan keadaan kesihatan mental seperti skizofrenia.
Doktor telah lama mengetahui sebelum ini bahawa obesiti wanita hamil lebih cenderung untuk mengalami masalah darah beku, tetapi kesan jangka panjang makan berlebihan seorang ibu ke atas kesihatan anak-anaknya belum begitu difahami dengan baik.

Kini kajian dan penyelidikan yang sedia ada tentang 'makan untuk dua' telah menemui bukti bahawa wanita obesiti atau mereka yang mengambil jumlah makanan berlebihan dan mempunyai lebih berat badan ketika mengandung boleh membahayakan perkembangan kemajuan bayi mereka.  Saintis dari Universiti McMaster Ontario, Kanada, telah merujuk pada berbelas kajian yang dilakukan.

Penyelidikan di Amerika Syarikat mendapati kanak-kanak daripada ibu-ibu obesiti cenderung mempunyai skor IQ lima mata lebih rendah daripada ibu-ibu yang mempunyai berat badan normal.
Kajian di Sweden menunjukkan kanak-kanak lebih cenderung untuk mempunyai masalah gangguan tumpuan dan hiperaktif jika ibu mereka adalah obes.[dailymail.com]

6 comments:

Ringgo said...

mmg org mengandung ni kuat makan skit dari biasa bro..

ummiarissa said...

ok je anak saya...dah 6 orang pun....he he he

Nur Hawa Mohd Zin said...

owh..cam gitu ye..hehe

syiela said...

time ngandung la asyik nk mkn je

www.myobw.com said...

time ngandung laa depa nie dok ngidam itu dan ini... sampai mental si suami nak melayan kerenah si is3! hahahah....

sabun penghilang bau badan said...

si ibu suka salah tanggap tuh,bukan makan di banyakin ,tapi makannaannya di perhatikan kwalitassnya