Thursday, June 30, 2011

Berani Tak Buat Macam Ni

Penduduk kampung berindak sendiri membuat sekatan jalan raya di hadapan Loji Penipasan Gas Asli “Chana Natural Gas Separation Plant” Thailand, untuk menuntut pampasan atau ganti rugi atas kerosakan teruk rumah mereka. Penduduk kampung begitu marah dengan kerosakan harta mereka yang berpunca daripada gegaran trak-trak besar yang lalu-lalang dari kilang ke loji berkenaan. Mereka berikrar akan terus menyekat atau menghalang laluan sehingga tuntutan itu dipenuhi.

Wednesday, June 29, 2011

Pernah Kena macam Ni?

Pernah kena macam ni?  Kasihan.  Wanita malang ini semestinya tidak akan lupa sepanjang hayatnya akibat kejadian yang memalukan.  Penumpang malang ini dalam perjalanan di bandar Maanshan, wilayah Anhui China, apabila pemandu bas tidak sabar menutup pintu sedangkan kepalanya masih terjulur keluar semasa menaiki bas tersebut, tanpa disedari oleh pemadu bas leher wanita itu terperangkap pada pintu bas.

Tuesday, June 28, 2011

5 Negara Paling Berbahaya di Dunia Untuk Kaum Wanita Didedahkan

Menurut satu kajian yang baru dijalankan oleh pasukan penyelidik antarabangsa mendedahkan, beberapa negara di dunia boleh dianggap benar-benar yang terburuk untuk kaum wanita.  Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa lima negara teratas yang dimaksudkan ialah Afghanistan, Congo, Pakistan, India, dan Somalia
Sebagai contoh, di Afghanistan, 87% daripada penduduk wanita buta huruf, dan secara purata, setiap satu mewakili sebelas kaum wanita mati semasa melahirkan anak. Di samping itu, kira-kira 80% daripada gadis masih berkahwin secara paksa di negara ini.
Negeri Afrika Congo berada pada kedudukan kedua dalam senarai kerana tahap tertinggi keganasan seksual diumumkan di negara ini, yang bermaksud lebih daripada 400,000 wanita menjadi mangsa setiap tahun. 

Monday, June 27, 2011

Tradisi Sepanyol : Lompatan Iblis Menyuci Dosa Waris

Sekadar info...Upacara ritual & keagamaan penganut Kristian Katolik Sepanyol seperti dalam foto-foto [lihat foto seterusnya di bawah] memang jarang kita lihat. Upacara aneh yang dijalankan adalah sebahagian daripada upacara agama di utara Sepanyol, dipercayai  untuk keselamatan roh  mereka sendiri. Upacara yang dipanggil 'El Salto del Colacho' atau  'the Devil's Jump' merupakan adat warisan yang telah wujud sejak zaman pertengahan.

Ibu Mengandung 'Makan untuk dua' di Khuatiri Bayi Berisiko Rendah IQ

Wanita hamil yang 'makan untuk dua' boleh menjejaskan IQ bayi mereka. Mereka juga mungkin akan mengalami risiko masalah tingkah laku, gangguan makan dan keadaan kesihatan mental seperti skizofrenia.
Doktor telah lama mengetahui sebelum ini bahawa obesiti wanita hamil lebih cenderung untuk mengalami masalah darah beku, tetapi kesan jangka panjang makan berlebihan seorang ibu ke atas kesihatan anak-anaknya belum begitu difahami dengan baik.

Sunday, June 26, 2011

Hidangan Testis di Festival Testis Serbia

Gornji Milanovac: Hidangan istimewa yang disediakan daripada kelenjar kelamin jantan atau testis mungkin agak pelik dan memualkan bagi kita. Namun, di tangan seorang tukang masak handal, bahan masakan yang terkenal unik itu akan menjadi pelbagai jenis hidangan yang amat lazat di festival tahunan World Testicle & Aphrodisiac Cooking di Serbia.
Penganjurnya, Chef Lubomir Erovic menjelaskan testis daripada pelbagai haiwan termasuk lembu, kanggaro, unta dan burung unta adalah bahan makanan yang kaya dengan testosteron dan mineral. Kata Erovic lagi  testis juga bermanfaat sebagai penambah stamina untuk lelaki. Itulah sebabnya bahan makanan yang teristimewa ini menjadi primadona bagi kaum lelaki Serbia.

KLM Menggunakan Minyak Masak Kitar Semula

Syarikat Penerbangan Belanda KLM merancang untuk menggunakan minyak masak yang dikitar semula sebagai bahan bio api untuk penerbangan kuasa dalam usaha untuk mengurangkan pengeluaran karbon. Bermula pada bulan September, KLM akan memmulakan lebih daripada 200 penerbangan antara Paris dan Amsterdam menggunakan bahan api bio yang dibuat daripada minyak masak yang telah digunakan, kata syarikat itu.

Basikal Terpantas di Dunia 133kmph

Penyelidik dari Universiti Teknikal Delft telah merekacipta apa yang mereka yakini sebagai basikal terpantas di dunia. Mereka sedang melakukan ujian ke atas kenderaan itu, dan tidak lama lagi pasukan ini merancang untuk membawanya ke medan perlumbaan di Nevada. Mereka berharap basikal ini mampu mencapai kelajuan hingga 133 kilometer sejam. Lihat video...

Saturday, June 25, 2011

Ciuman Gadis Menyelamatkan Nyawa Lelaki Tidak Dikenali Cuba Bunuh Diri

Seorang remaja perempuan menjadi terkenal dalam sekelip mata di China apabila dia berjaya menyelamatkan seorang remaja lelaki 16 tahun yang tidak dikenali cuba membunuh dirinya dengan tindakan berani...mencium bibirnya.
Liu Wenxiu, 19, sedang membeli-belah bersama rakannya di pusat membeli-belah di Shenzhen, Guangdong. Dia melihat begitu  ramai orang menonton seorang lelaki berdiri pada pagar jejambat yang tinggi sambil memegang pisau ke arah dadanya tetapi tiada siapa yang cuba untuk bercakap atau memjuknyanya. [Lihat video di bawah]

Pelajar IPT Kumpul Seluar Dalam Lama Untuk Pameran Tamat Pengajiannya Atas Nama Seni

Lagi...berita pelik dari Cina... Seorang pelajar seni IPT Cina mengumpul seluar dalam lama daripada semua rakan sekolej untuk projek akhir pameran tamat pengajiannya di Wuhan, Wilayah Hubei, China.
Yi Ci, seorang pelajar senior Hubei Institut of Fine Arts, menampal suatu notis di bangunan asramanya dalam usaha untuk mengumpul seberapa banyak seluar dalam lama daripada rakan-rakan asrama.

Friday, June 24, 2011

Manusia Paling Berbau...Langsung Tak Mandi Lebih 37 Tahun

Mungkinkah lelaki ini manusia paling berbau di dunia?  Encik Kailash Singh, 65, tidak pernah mandi dan memotong rambutnya yang sudah mencapai 6 kaki panjang sejak tahun 1974, sejurus selepas beliau berkahwin dengan isterinya Kalavati Devi, 60 tahun.  
Apabila ditanya mengapa dia bertindak sedemikian, alasannya beliau amat  percaya dengan  nasihat seorang tok guru bahawa dia akan mendapat seorang anak lelaki bertuah sekiranya mengamalkan petua tidak mandi.  Encik Singh kini mempunyai 7 orang anak perempuan. Isterinya pernah mengugut tidak mahu tidur dengannya namun sia-sia saja kerana Encik Singh tetap bertegas dengan tindakannya itu. 

Thursday, June 23, 2011

Kapsul 'Remote Control' Dalam Tubuh


Osaka: Penyelidik Jepun berjaya mencipta kapsul remote control yang bergerak dalam tubuh manusia. Alat ini lebarnya cuma satu sentimeter, serta panjangnya hanya 4.5 sentimeter tetapi  sangat efektif untuk memeriksa keadaan kesihatan dalam tubuh pesakit.
"Perangkat ini memudahkan doktor untuk memeriksa setiap bahagian tubuh pesakit," kata Profesor Kazuhide Higuchi, ketua penyelidikan projek tersebut. Para peneliti dari Osaka Medical College dan Universitas Ryukoku menggunakan 'perangkat' ini untuk melihat kondisi dalam perut dan usus besar pesakit.
Higuchi menambah, seluruh sistem pencernaan pesakit dapat diperiksa dalam beberapa jam dengan bantuan sedikit stres fisik. Ia juga berharap alat itu dapat mengesan penyakit kanser dan penyakit lain. [Berita NHK]

Haiwan Babi Sebagai Medium Pengembangan Organ Manusia Buatan

[Artikel ini hanya untuk pengetahuan am...sekadar info sahaja, harap maklum].  Tokyo-Biasanya proses pengembangan organ tubuh manusia buatan dilakukan di dalam makmal khas. Namun pada masa kini, teknologi sel induk artifisial itu boleh dilakukan pada tubuh haiwan. Para penyelidik dari Universiti Tokyo, Jepun, telah berjaya mengembangkan teknologi tinggi tersebut melalui haiwan babi.
Sel induk adalah sel pluripoten yang diambil dari embrio. Sel induk pluripoten dengan teknologi tertentu tidak hanya dapat dikembangkan menjadi jaringan yang spesifik, malah mampu menjadi organ. Mereka berhasil menggunakan tubuh haiwan sebagai medium untuk organ tumbuh dari sel induk spesies lain.

Wednesday, June 22, 2011

5 Sebab Kenapa Mesti Makan Epal

Para penyelidik dari Universiti Iowa sudah mengkaji aktiviti gen yang dikaitkan dengan otot untuk mencari bahan yang boleh melawan penyakit. Mereka telah mengenal pasti komponen yang diperlukan dalam epal. Bahan ini adalah asid ursolic. Percubaan-percubaan yang dilakukan ke atas tikus menunjukkan bahawa ia membawa  peningkatan jisim otot kepada 15 peratus. 
Walau bagaimanapun, jumlah berat tikus yang diberi makan dengan asid ini kekal sama, manakala jumlah lemak pula berkurangan lebih daripada setengah, menurut kajian yang disiarkan dalam  'Cell Metabolisme Journal' . Para saintis percaya bahawa peranan asid ursolic terdiri daripada reprogramming gen yang bertanggungjawab terhadap kehilangan jisim otot dan digantikan dengan lemak.
Buah epal  juga boleh menurunkan paras gula dalam darah, dan tahap asid lemak berbahaya  dan kolesterol. Di samping itu, menurut para saintis, buah epal ini membantu mengawal penyakit kencing manis disebabkan oleh sifat semula jadinya. [geniusbeauty]

Tuesday, June 21, 2011

Mak!!! Menatang Apa Ni...

Seorang remaja Mat Rempit gila motosikal Jual Markus, 17, dari Jonschwil, Switzerland, telah ditahan oleh polis trafik semasa dalam perjalanan sulung dengan kenderaan canggihnya mengaum penuh bergaya di jalan raya pada kelajuan 70mph. Jual Markus merekacipta kenderaan pelik menggunakan separuh badan kereta Renault Clio dan mengimpalnya dengan motosikal kegemarannya.
"Kenderaan ini tidak dikenakan cukai, tiada insurans atau diuji pandu. Malah, kami tidak pasti sama ada ia jenis kereta atau motosikal," kata seorang pegawai trafik
"Dia seorang mekanik berbakat tetapi dia perlu berpegang kepada peraturan dan undang-undang," kata pegawai trafik berkenaan.

Monday, June 20, 2011

Kanak-Kanak Terperangkap Antara 2 Dinding Sempit...Kasihan

Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun telah terperangkap antara dua dinding bangunan yang sempit pada satu hujung hanya 20 sentimeter lebar semasa bermain di celah dua bangunan tersebut di wilayah Shanxi utara China.
Ibu bapa dan jiran tetangganya cuba untuk membantunya keluar, tetapi gagal, lalu meminta bantuan anggota bomba.
Para anggota bomba menyapu badan kanak-kanak itu dengan minyak pelincir untuk melindunginya daripada tercalar, sebelum perlahan-lahan mengepam tilam tugas berat 'heavy-duty mattress' untuk memperluaskan jurang antara dinding.
Selepas sejam, dinding itu berjaya diperluaskan dan Xiao Yu akhirnya dapat bergerak keluar. Kasihan
. Lihat video...

Sunday, June 19, 2011

Zamrud Terbesar di Dunia

Bogota: Zamrud berwarna hijau terbesar di dunia dipamerkan di ibu kota Kolombia, Bogota, Sabtu (18/6). Permata bernama zamrud Fura 15 ribu karat dengan berat 2.27 kilogram itu dipamerkan dalam satu pameran perdagangan internasional untuk batu perhiasan  dan barang kemas.
Keadaan rupa zamrud dipamerkan  itu masih dalam bentuk aslinya. Namun, keindahannya tetap terpancar. Batu yang dipercaya memiliki nilai yang tidak terhitung itu telah  ditemukan 12 tahun yang lalu di  Muzo di Boyaca, 75 kilometer utara ibu kota Bogota.
Para ahli perhiasan mengatakan, satu karat zamrud ditaksir US$ 100 ribu lebih. Justeru, berapa harga zamrud terbesar yang dipamerkan ini? Zamrud Fura iu tidak ternilai harganya. (xinhua/saudinewstoday/ADO)

Cinta Sepasang Cicak Pasir... 'Lizard Love'

[Say it with flowers: The male sand lizard appears to be wooing his potential mate with a bunch of flowers]
Indahnya cinta jika ia dijalin dengan ikatan kasih suci, ikhlas, saling menghormati dan mempercayai antara satu sama lain. Haiwan juga tahu apa itu cinta dan apa ertinya cinta. Hanya gambar bisa menjelaskan maksud segalanya bagaimana haiwan bercinta tanpa perlu bicara. Oh, cinta... :) 

Saturday, June 18, 2011

Jangan Buat Macam Ni...Pelajar Berlari Bogel Meraikan Tamat Pengajian

Beberapa keping foto graduan  berlari bogel  meraikan berakhirnya pengajian mereka di universiti telah menyebabkan 'buzz' di Internet, rednet.cn.  Lima orang graduan dari 'Orient Science & Technology College of Hunan Agriculture University' (OSTCHAU) berlari bogel di kampus sebelum meninggalkan universiti.
Beberapa laman web utama di China yang menyiarkan foto tersebut seperti Renren, Douban, dan Sina Weibo (Cina Twitter) telah menerima beribu-ribu kunjungan daripada orang ramai. Ada yang terkejut manakala yang lain memuji keberanian berlari bogel di khalayak ramai.

Friday, June 17, 2011

Atuk Lulus Sarjana Pada Usia 99 Tahun

Portland: Belajar tidak ada batas umur. Memang benar! Itulah yang dilakukan oleh seorang yang sudah berusia 99 tahun dari Portland, Oregon, Amerika Syarikat.
"Saya cuma perlu waktu 80 tahun untuk menyelesaikan kuliah," begitulah seloroh Leo Plass dalam satu wawancara dengan Reuters, Khamis (16/6).
Atas desakan anak saudaranya itu, Eastern Oregon University, yang dulu bernama Eastern Oregon Normal School, memeriksa hasil karya Plass dan menyedari berdasarkan ketentuan yang diperbarui, Plass memenuhi syarat untuk meraih gelaran sarjana dalam studi umum.  Dengan kejayaannya itu beliau telah mencatat rekod sebagai pelajar sarjana  tertua di dunia dalam Guinness World Records

Thursday, June 16, 2011

Kanak-Kanak Tiga Tahun Cuba Turun Melalui Saliran Paip Dari Tingkat 7 Tersangkut di Celah Unit Pendingin Hawa

Beberapa keping gambar yang menyesakkan nafas dirakam oleh seseorang tentang bagaimana sekumpulan jiran tetangga membantu seorang lelaki dengan saling memegang erat dan bersandar di tepi balkoni untuk menyelamatkan seorang kanak -kanak yang terperangkap antara dinding dan satu unit  pendingin hawa di luar bangunan tingkat tujuh apartmen komuniti di selatan Beijing, 15 Jun, 2011. Peristiwa dramatik menyelamatkan kanak-kanak tiga tahun itu berlaku selepas dia jatuh dari tingkat atas ketika cuba turun melalui saliran paip untuk mencari neneknya yang telah secara tidak sengaja terkunci di luar rumah. Akhirnya kanak-kanak itu berjaya diselamatkan hasil kerjasama jiran tetangga. Lihat foto seterusnya. [Photo / Beijing Times]

Wednesday, June 15, 2011

Nak Jimat Petrol Sumbat Kereta di Dalam Van Pulang Ke Kazakhstan

Polis Jerman begitu terkejut ketika mereka menahan sebuah van putih  apabila mereka mendapati sebuah kereta baru Mazda 626 silver termuat di bahagian belakang van tersebut.  Dua orang dari Kazakhstan itu telah memutuskan untuk menjimatkan kos trailer selepas Mazda 626 silver milik mereka turun dari kapal untuk di bawa pulang ke rumah sejauh 2,200 batu . Dua lelaki tersebut meminta bantuan beberapa orang rakan untuk menyumbat kereta berkenaan dengan mengalas tilam di bawahnya untuk mengelakkan daripada tercalar.  
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Konstanty Krol,38 dan Cezar Chmielewski,28, pihak polis telah  menahan kenderaan bermuatan berat selepas melihatnya meluncur di Bargthheide, Jerman.

Sunday, June 12, 2011

Kaca Mata Pintar...Merakan Terus 'Upload'

London: 'US based social media company ZionEyez' telah memperkenalkan sepasang kaca mata hitam yang boleh merakam apa saja yang pemakainya melihat melalui matanya dan kemudian meng-upload melalui sambungan bluetooth ke laman sosial Facebook secara real-time.
Bingkai yang dilengkapi dengan alat perakam suara dan kamera video begitu kecil terletak di bahagian lengan kanan kaca mata bergabung dengan rangka utama, tidak mungkin untuk seseorang menyedari bahawa proses merakan sedang berlaku.

Friday, June 10, 2011

Perhimpunan Demonstrasi Tayang 'Body'


Pelajar-pelajar Chile tidak berpuas hati bertindak mengadakan perhimpunan dengan melumur warna [cat] pada seluruh anggota badan dan sesetengahnya separuh bogel di bandar Valparaiso, 121km dari barat-laut Santiago mendesak pihak kerajaan supaya melakukan transformasi sistem pendidikan.
Banner tertulis "Free Education now" (top) and "Education does not sell" menggambarkan sistem pendidikan negara Chile begitu membebankan para pelajar dengan kos yang amat tinggi apabila pendidikan dipolitikkan dan mengarah kepada bisnis semata-mata. Apa yang dikesali cara mereka melakukan protes langsung tidak bertamadun dan melanggar etika kemanusiaan.
Perkara yang sama juga telah berlaku di Britain beberapa bulan yang lepas, pelajar-pelajarnya merusuh merosakkan harta awam kerana membantah kenaikan yuran pengajian.
Mungkinkah satu hari nanti sistem pendidikan di Malaysia juga seperti apa yang berlaku di Chile?

Thursday, June 9, 2011

Wad Bersalin Paling Sibuk Di Dunia...100 Kelahiran Sehari

Manila - Sebuah wad bersalin di Hospital Dr Jose Fabella Memorial Manila merupakan antara wad bersalin paling sibuk di dunia di mana 60-100 bayi dilahirkan pada setiap hari.  Ibu-ibu yang sedang menunggu kelahiran terpaksa berkongsi katil, 3 orang untuk satu katil!! Wad yang sedia ada terpaksa menampung sehingga 300 orang ibu bersalin berasak-asak di dalam wad yang sama.  Namun menurut  Ketua Doktor hospital berkenaan Dr Arlene Matanguihan," Kadang-kadang pada masa yang sama sehingga 16 orang berada di dalam bilik bersalin untuk proses kelahiran.  Namun kami masih mampu menguruskannya dengan baik, dan sehingga kini belum ada berlaku kejadian yang tidak diingini."

Monday, June 6, 2011

'Superhands' Kalis Minyak Mendidih 480c...Menggoreng Ayam Dengan Tangan Saja

Chiang Mai, Thailand - Mr Trichan, 50 tahun begitu terkenal dengan kebolehan dan kelebihan  luar biasa dirinya... menggoreng ayam tanpa menggunakan sudip atau senduk.  Beliau hanya menggunakan tangannya untuk memasukkan ketulan ayam ke dalam minyak masak panas mendidih.  Kemudian memasukkan tangannya lagi untuk mengangkat dan mengeluarkan ayam goreng yang sudah masak dari dalam kuali  yang penuh dengan minyak masak mendidih pada suhu 480c.  Namun kulit tangannya tetap elok tanpa sebarang kecederaan akibat kesan minyak yang panas itu.

Sunday, June 5, 2011

Heavy Metals Found in Cosmetics

It often seems that the elements of Mendeleev’s periodic system of chemical elements, such as lead, arsenic and cadmium, are more like a poisonous mixture, and not the components of popular cosmetics. But a new study conducted in Canada showed that these toxic heavy metals were found in forty-nine popular cosmetic products tested, and none of them contained any information on the package.

Friday, June 3, 2011

Bikini Berkuasa Solar

Ciptaan terkini  Andrew Schneider, daripada 'Brooklyn-based designed' bikini berkuasa solar berfungsi sebagai soket bertenaga suria yang mampu mengecas semula peranti elektronik mudah alih anda. Bikini solar ini berfungsi kerana ia direka daripada gabungan kain yang dijahit bersama dengan panel foto-voltaic menggunakan  benang konduktif membolehkan pemakainya serta rakan -rakan yang berada di sebelahnya berkongsi plug iPod atau kamera ke dalam soket USB yang dijahit pada kain.  Pakaian ini boleh berada di dalam air dan perlu dikeringkan soketnya untuk mengecas semula peranti. Setiap set bikini memerlukan 80 jam untuk disiapkan. Harganya £120 setiap set.


Thursday, June 2, 2011

Gilalah Bapa Ni..Ugut Polis Dengan Menghunus Pedang Samurai Pada Anak Sendiri

 Terror: Crazed motorist Zhang Gang threatens his daughter May with a samurai sword
Yunan- Seorang bapa sanggup menghunus pedang samurai ke arah anak perempuannya sendiri hanya kerana mahu mengugut pihak polis supaya tidak menghampirinya. Kejadian yang amat mengerikan ini berlaku apabila Zhang Gang, 34 cuba melarikan diri dengan memecut keretanya setelah berlaku kemalangan dengan sebuah kereta lain. Dia yang cuba mengelakkan diri daripada kesalahannya itu telah dikejar oleh polis peronda, dan 15 minit kemudian berjaya dihalang