Monday, May 30, 2011

Hari Tanpa Beg Plastik VS Hari Menjual Beg Plastik

Hari Sabtu telah diwartakan sebagai hari tanpa beg plastik di pasar-pasar raya atau pusat beli-belah seluruh negara.  Pada hari tersebut pelanggan-pelanggan yang membeli-belah tidak dibekalkan dengan beg-beg plasitk secara percuma seperti pada hari-hari yang lainnya.  
Tujuan diadakan ' Hari Tanpa Beg Plastik ' memanglah baik iaitu untuk menyedarkan semua warganegara supaya peka dan sedar akan kebersihan alam sekitar  dan mencintai persekitaran  sihat daripada pencemaran alam.  
Namun apa yang kita lihat kempen ini seperti kurang berkesan. Ramai beranggapan kempen ini menyusahkan kerana mereka terpaksa membawa bekas barang sendiri dari rumah.  Majoriti mereka yang membeli-belah tidak suka membawa bakul dan sebagainya kerana itu hanya tidak memberi keselesaaan kepada mereka.
Mereka lebih rela @ 'rela paksa' membayar kos bagi setiap beg plastik yang diperlukan.
Nampaknya kempen hari tanpa beg plastik sudah tersasar daripada matlamat sebenar. Malah kempen tersebut 'sudah tukar' kepada 'HARI MENJUAL BEG PLASTIK'

14 comments:

bksempoi said...

btui, boleh jadi juga hari mengaut untung habis habisan sebab beli satu barang pun beriya sangat nak masuk dalam plastik then tak tanya, tetiba je charge $0.20. Bukan sekali, satu tempat, sorang aku je...berkali kali, mana-mana tempat, dan byk org dah kena depan mata sendiri. Bagi aku biarkan diorang masuk barang dalam plastik dgn tak bertanya dan cakap aku xnak bayar. biar pembeli yang beratur belakang tahu jgn kita diperlakukan macam tu.

princesspinky said...

betul2....ade jugak plastik..tp kne beli..
so patutnye, dorg mmg kne wat amalan gune beg sndiri/bakul sndiri utk letak barang...

xpun hnya kasi gune beg yg leh kitar semula..

Nur Hawa Mohd Zin said...

kadang2 terlupa nak bawa bekas dari rumah....kalu barat boleh buat guna beg kertas kenapa kita tak kan? yang barat tak elok ditiru yang bermoral diabaikan

NURUL AINI NORAZMAN said...

bawak bekas dari rumah adalah cara yg terbaik lah kan,.=))

wadud@duad said...

biasa la..
lama2 orang pon naek fadeup..
walau mende tu baik kan.. :)

KurekureKecik said...

sangat setuju dgn title entry nih!

emeera asnary said...

nk carik pendapatan tmbahan tuu hehe ;P

ummiarissa said...

betul tu,saya terpaksa beli juga plastik walaupun beli sebotol air,nak dokong anak lagi,nak bimbit beg lagi...nampaknya plastik yang dulu free sahaja kini terpaksa dibeli...tak releven ni..

Odah + One = OdahOne said...

benda ni mmg ada pro & contranya...tapi stkt ni xnmpk lg dia punya efek +ve lagi & xbrape nak bjaya...mybe kena ubh style lain kot sbb rkyt msia ni susah nak terima prubahan yg drastik lgpn dah dr dulu mmg kita gunakan beg plastik utk g shopping...kalo guna paper beg pun ok gak...skrg ni tokey pasaraya ada side income jual beg plastik & xperlu kuar mdal byk2 bli plastik..save our environment & profit goes to???

Dian Dahlia said...

patot kedai2 ni di bekalkan dgn paper bag je, jgn gne plastik dh.. stop kan pgeluaran beg plastik.. kempem tuh bia lah sungguh2, jgn jnji bleh je..

Anak Wak Mail said...

haha..betul tu,,hari menjual beg plastik..sepatutnya tak boleh jual langsung..barulah betul2 kempen..=)

syaz@rozelt said...

setuju!..sy la salah sorang yg lebih sanggup beli beg plastik tu..hehe

amna said...

betul sangat tu..
kalau nak dibandingkan dengan harga beg kertas yang dijual tu, bayaran yang dikenakan untuk beg plastik JAUH lebih murah ^,^''

p/s : parent pun jarang2 bawa bakul p pasarya sendiri

Penang said...

kerajaan DAPing Penang yang start dulu benda ni.. duit 2kupang tu xtau pi mana...yang pasti kerajaan DAPing kata bagi kat orng susah, tapi xkuar apa2 bukti...