Monday, May 16, 2011

Pesawat Menggunakan Tenaga Suria Pertama di Dunia Berjaya Terbang

Bern: Kapal Terbang bertenaga suria pertama hasil rekaan pasukan penyelidik  Swiss berjaya terbang buat pertama kalinya. Pesawat itu berhasil melepasi ujian percubaan dengan melakukan penerbangan dari  Swiss ke Belgium.
Pesawat tersebut berlepas dari Payerne, Swiss pada 13 Mei  dan menempuh jarak sejauh 480 kilometer dalam tempoh 13 jam untuk sampai ke bandaraya internasional Brussels, Belgium.
Pesawat yang direka selama 8 tahun itu memiliki 12.000 panel suria pada sayap utama dan terbang pada kelajuan hampir 70 kilometer sejam.  Kini pasukan tersebut merancang akan melakukan penerbangan menggunakan pesawat bertenaga suria untuk mengelilingi dunia 2 tahun lagi (NHK/MEL)

8 comments:

Freaky said...

kapal terbang pun dah pakai tenaga suria.. x lama lagi ape pulak. huhu

Ibu Bapa suka anak Merempit

Nur Hawa Mohd Zin said...

melaka ada tenaga solar..agak2 nya akan wujud tak macam ni?

kiz said...

macam menarik ni..terbaik laa

wadud@duad said...

pergh... nice info la..

Abang Long said...

Salam...Bila agaknya boeing akan guna teknologi tersebut?

Cahaya hidup said...

jom pg china naik pesawat bertenaga suria!

Coretan anuar said...

Kalau semua pesawat boleh guna tenaga Suria..

Lepas ni mesti harga tiket kapal terbang dapat dikurangkan..

Tak der lah rasa terbeban sangat nak berkhidmat di wilayah lain..

Entri Terkini Di Blog Saya:
Domain Laman Web Percuma di Lot.My??

Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menjana Trafik Ke Blog Anda??

Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia

Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda

shark said...

waaa..
sat lg ciptaan terbaeek...
harap2 x terhempas ler..
harap2 lg diorg x wat untk amik pnumpang..