Sunday, May 22, 2011

Pendekatan Klasik Untuk Menenangkan Bayi Baru Lahir

Sebuah hospital di Slovakia, Hospital Kosice-Saca,  telah menemui kaedah berkesan untuk memberikan keselesaan kepada bayi yang baru lahir sementara terpisah daripada ibunya yang sedang menjalani rawatan iaitu dengan mengalunkan lagu-lagu klasik seperti Mozart dan Vivaldi. Dr. Slavka Viragova berkata, dengan menggunkan 'headphone' bersaiz biasa bayi-bayi ini diperdengarkan lagu-lagu klasik berirama perlahan dan lembut bertujuan untuk menggantikan  sementara suara ibunya serta membantu mengawal pernafasan dan denyutan jantung bayi menjadi lebih sempurna. Beliau yang melancarkan projek tersebut mendakwa, mozart membantu bayi untuk mengingati ibu ketika ia tidak bersama mereka.
Islam mengajarkan kita supaya sering memperdengarkan  bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sejak bayi masih  di dalam kandungan ibu lagi.  Justeru kaedah menggunakan 'headphone' ini mungkin sesuai digunakan kerana bunyi yang diperdengarkan  terus meresap melalui telinga bayi lebih jelas, cuma kita hanya perlu menggantikan lagu Mozart dengan alunan syahdu & merdu ayat-ayat suci Alquran daripada qari atau qariah yang tersohor. Cubalah...

10 comments:

Freaky said...

pasang bacaan ayat al-quran lagi bagus untuk bayi kecik macam ni.

Satu habuk tak jadi

melle amir said...

setuju dengan freaky

Kakzakie said...

Kakak alunkan semua anak kakak dengan lagu seperti zikir munajat, selawat nabi, dlm berzanji pun banyak dan buat sendiri tak payah guna radio. Mesti tidur punya.....

Nens Collection said...

macam2 omputis ni..

chico said...

wah idea bernas.. kalo ada ank nti nk wt lah cm nie

jeely jelly said...

setuju !! tp setuju dengn gantikan surah2 al-quran..

nunui Joe said...

setuju! :)

SyazWaniAmira said...

ye betol 2 ;)

raima said...

ank buah ema pn kakak ema buat cmni^^

p/s: mula2 pelik gila,awat nya headphone pkai kat perut^^
ting tong^^

utk tujuan ini lah rupanya, hihihi
skrg ank buah ema dh besar+cerdik^^

Green Apple said...

idea yg baik....