Friday, May 27, 2011

Cikgu Dera Murid Sesuka Hati

Mesir- Seorang guru lelaki, bernama Magdi el-Shaar, bertindak melakukan hukuman keterlaluan kepada murid-muridnya hanya kerana kerja rumah yang tidak disiapkan. Hukuman memukul tapak tangan dengan pembaris beberapa kali, menarik rambut, serta jeritan kesakitan dan ketakutan kanak-kanak yang dihukum terpapar di dalam video itu  amat menyedihkan apatah lagi kanak-kanak tersebut hanya baru berumur bawah 10 tahun.

WARNING: VIDEO CONTAINS DISTRESSING IMAGES OF CHILDREN BEING BEATEN.
Alasan yang diberikan mengapa bertindak seperti itu, dia dilaporkan telah menyalahkan revolusi negara awal tahun ini, yang telah terjadi di kota Kafr Shukr, Gharbiya.
Apabila El-Shaar ditanya pendakwa mengapa bertindak demikian dia berkata, "Mengenakan hukuman fizikal merupakan cara terbaik untuk mendisiplinkan anak-anak terutama selepas pemberontakan 25 Januari."

Lebih daripada 10 orang kanak-kanak, semua berusia di bawah 10, kelihatan sedang didera.  Polis mengatakan guru berkenaan telah ditangkap dan disoal siasat oleh pegawai perundangan tempatan dan sekolah berkenaan ditutup sementara atas arahan Menteri Perpaduan Sosial.
Akhbar di Mesir mengatakan perkhidmatan perpaduan sosial akan memutuskan sama ada akan membuka kembali atau menutup sekolah itu bergantung pada hasil siasatan.

20 comments:

MOK&SONS said...

fuhhh..giler..berapi jer aku tgk..

ASaDa RyutaRo said...

tengok dari satu sudut, semacam bagus jugak cara ini. hukuman yang diberi tidaklah mendatangkan cedera melampau, sekadar untuk pengajaran kepada murid dia.

kat mesir ni, budak dia melampau. tak berdisiplin dan tidak mementingkan pelajaran. dari video ni, apa yang saya lihat, ini salah satu cara cikgu tu mendidik..

kalau zaman2 mak ayah saya dulu, macamni lah gaya cikgu tu mengajar di sekolah. bahkan atok nenek dah pesan awal kat cikgu suh pukul kalau tak buat apa yang diarahkan.

Mrs.Yie said...

ni keje orang yg x de akal..cuma orang yg tidak bertamadun saja akan melakukan perkara sedemikian..

kulop ludin said...

zaman la nie, mmg takleh nak guna cara nie... berbanding time dolo2...

seingat teman, lebih kurang beberapa belas tahun lepas... corporal punishment dah tak dibenarkan... semua pihak akur.... kemudian tiap sekolah yang layak dah ada kounselor... dah beberapa belas tahun selepas itu, hasilnya adalah seperti yang kita dapatan sekarang...

*tapi dalam bideo tu... kasar sangat.. walopon hasilnya mungkin baik dalam masa berbelas tahun akan datang juga!!

wadud@duad said...

huh.. kat mesir pon ada ke? lagi terok ntah2..

anonymous said...

mungkin boleh diterima jika sekadar memukul tapak tangan tetapi perbuatan menarik rambut, agak melampau. kasihan kanak-kanak tu.

bagaimana perasaan cikgu tu jika perbuatan yang sama dilakukan ke atas anaknya?

anamizu said...

ade pro & cons..


zaman pukul memukul mungkin dah berlalu.tmbh2 kalo kat malaysia ni..
cuit sikit je pun mak ayah nk saman cikgu..

dah x same mcm dulu..
tp kalo setakat pukul tgn tu ok lg la..yg tarik2 rambut tu melampau la pulak..

APAN said...

betul gak boleh mendisiplinkan budak2...tpi kalo dlm video ni cam x bape nak betol je...

Zulfikar Hazri said...

xdela teruk mana pun... aku dulu lagi teruk... pembaris kuning yg besor lagi.. lagi kuat kene sebat

Khairil said...

hui..budak besar ni dah beri pandangan mengenai politik..dahsyat...

Fathiah Hamim said...

adoiiii!!!!! nak rotan sket2 je la!!!! nape kat belakang tengkuk tuhhh!!!

marauhirang said...

Salam..
Sape kate pukul x leh dalam mendidik..nie semua tanggapan yang silap...dalam mendidik cara sembahyang..kan kita di suruh ajar anak pada waktu tujuh tahun dan pukul kalau dia engkar apabila usia 10 tahun..so apa salahnya..cuma kalau anak kecil bawah sepuluh tahun tu memang x wajar di pukul....

Jangan Kalot said...

Orang Arab memang macamtu. kasar.

visit

jangankalot.blogspot.com

Made Budi said...

kalau di Indonesia hal ini akan dilaporkan kepada pihak yang berwajib atau police oleh orang tua si anak

mashi said...

kasar betul cikgu 2..

Odah + One = OdahOne said...

slmt hr guru kpd cikgu2 yg berhemah & xbrutal mcm ni...memukul murid just utk mengajar bukan nak mmbunuh...apolh cikgu cmni jdlh tukang sebat kat pnjara wtpe nak jadik cikgu...hoho...ada kena mkn penampo ni...

RX-S ENERGY INDUCTION

SoutulMujahid said...

cikgu keparat. aku dapat ni, ikut hati nak je aku terajang kepala dia

tapi yg pelik, ade gak org kat atas ni sokong. mcm xde hati perut je

Al-kisah Blog Seekor Makcik yang Menghina Islam...

zullnadz said...

panas hati aku tengok haishhhh ada ke patut dia buat budak kecik macam tu

ZullNadz New Entry:Ferguson pandai cakap Melayu

ann said...

Pukul tgn jer lah.. yg pegi balun kat belakang tu naper

Miecyber said...

Cikgu tu stress kot...

Skim Latihan 1Malaysia = SL1M