Saturday, May 14, 2011

Bagaimana Pesawat Terselamat Daripada Panahan Kilat & Petir

Sesiapa saja tentu berasa amat takut dengan sambaran kilat apatah lagi diikuti  pula dengan bunyi dentuman petir  yang begitu kuat. Pesawat yang yang sedang melakukan penerbangan di udara sudah biasa melalui saat cemas ditembak panahan kilat & petir yang bervoltan tinggi.  Namun apa yang menakjubkan kebanyakan pesawat mampu menepis tembakan halilintar tersebut.
David Learmount, pegawai operasi dan editor keselamatan dari laman Flightglobal, mengatakan beliau tidak terkejut jika sebuah pesawat Airbus A380, pesawat komersial terbesar di dunia, selamat daripada sebarang kerosakan setelah di panah petir.  
"Pesawat boleh terkena petir beberapa kali setahun. Walaupun kita lihat kejadian seperti ini boleh dilihat sangat dramatik, ia  tidak memberikan kesan apa-apa. Bagaimana ia terselamat?
Hal ini kerana tubuh pesawat mengandungi logam secara langsung bertindak sebagai konduktor, membolehkan pancaran kilat yang mangandungi arus elektrik bervoltan tinggi melaluinya dan terus menuju ke bumi,"
"Jika badan pesawat tidak mengandungi  logam, sudah pasti pesawat itu boleh meletup apbila terkena panahan petir."  kata David Learmount.

Baru-baru ini sebuah pesawat perkhidmatan Emirates dari Dubai membawa 500 penumpang dan awak yang sedang bersedia untuk melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Heathrow telah dipanah kilat & petir pada badan pesawat tepat di atas kepala pilot tetapi terselamat  tanpa sebarang kerosakan dan kecederaan. Peristiwa  luar biasa itu telah dirakam ketika cuaca buruk  pada malam Sabtu bulan lepas oleh jurugambar Chris Dawson di selatan-barat London.

17 comments:

Freaky said...

hebat kan kejuruteraan sekarang. takde kesan buruk walaupun dipanah kilat

shigellazoster said...

huhu wah cik senah pernah terpikir..da terjawb soklan cs nampaknye.. hew... tak takut la pasni nak nek kapal tebg'

Miecyber said...

Bila ada kilat saya nak pakai baju besilah..selamat sikt kot.

Jerebu kembali lagi....

AtukWee [Count Byron] said...

Salam. Kite pon org Muo... emmm... ok isteri kite org muo :)
Salam Bro... nice blog
I am learning a lot here.
TKasih

Cik Sue said...

saya pun selalu tertanya-tanya hal ni pada diri sendiri...nampaknye macam che senah lah persoalan dah terjawab..hihihihi

Pijahh' de-Arr said...

baru tau..~

hebat !

zulkbo said...

salam..
hebat otak manusia yang
di kurniakan Allah..tapi
sepandai mana pun akan
kalah juga satu hari kan?
:)

De'din said...

makin lama makin maju,,
kejuruteraan antara aspek penting dalam kemajuan !

Nur Hawa Mohd Zin said...

mmg patut pun direka kapal terbang macam tu sebb jalan utama adalah udara jadi safety penting...:)

Izza said...

sekiranya takdir untuk mati pada hari tu,tidak selamatlah org tu. hehe!

geram said...

teknologi yg digunapakai dlm merekacipta kapal terbang telah membawa kebaikan kpd semua..artikel yg bagus..tq..

Khairil said...

manusia belajar dari kegagalan...walaupun canggih mana pun teknologi manusia masih tetap tidak dapat melawan kuasa tuhan..

Mohd Ridhuan said...

kecanggihan skrg..

Jose Ramon Santana Vazquez said...

...traigo
sangre
de
la
tarde
herida
en
la
mano
y
una
vela
de
mi
corazón
para
invitarte
y
darte
este
alma
que
viene
para
compartir
contigo
tu
bello
blog
con
un
ramillete
de
oro
y
claveles
dentro...


desde mis
HORAS ROTAS
Y AULA DE PAZ


COMPARTIENDO ILUSION
ORANG MOU

CON saludos de la luna al
reflejarse en el mar de la
poesía...




ESPERO SEAN DE VUESTRO AGRADO EL POST POETIZADO DE CARROS DE FUEGO, MEMORIAS DE AFRICA , CHAPLIN MONOCULO NOMBRE DE LA ROSA, ALBATROS GLADIATOR, ACEBO CUMBRES BORRASCOSAS, ENEMIGO A LAS PUERTAS, CACHORRO, FANTASMA DE LA OPERA, BLADE RUUNER ,CHOCOLATE Y CREPUSCULO 1 Y2.

José
Ramón...

mus said...

Salam persahabatan kembali, org TI perak

PenaDigital said...

Mohonlah Pena Digital diletakkan dlm bloglist tuan, terima kasih

Coretan anuar said...

Syukur Alhamdulillah..

Sealamt 5 tahun duduk di Mukah Sarawak.. tak pernah lagi merasai babak-babak yang menakutkan semasa naik pesawat balik ke semenanjung..

kalau tak rasa takut juga.. Tambahan ada bawa anak-anak kecil sekali..

Entri Terkini Di Blog Saya:
Domain Laman Web Percuma di Lot.My??

Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menjana Trafik Ke Blog Anda??

Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia

Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda