Saturday, April 2, 2011

Pokok Oren Berbuah Lemon

Scotland - Pokok oren yang ditanam oleh  Pn  Juliet Nisbet, 48, sejak 9 tahun lalu tiba-tiba telah mengeluarkan 4 biji buah lemon.  Ketika dia melihat buah itu menguning pada dahan  di samping buah-buah oren yang lainnya, beliau  menyangkakan buah oren itu sedang bertukar warna untuk menjadi matang.  Namun beliau yang tinggal di East Lothian, Scotland, hairan melihat buah oren tetap kuning malah berubah bentuk seperti lemon.  Memang benar, pokok oren 3 kaki tinggi itu mengeluarkan 25 biji oren dan empat biji lemon tergantung pada ranting dahan  pokok
Namun, Neil Fishlock, ketua horticulture Dobi, tempat Mrs Nisbet membeli pokok itu menjelaskan berkemungkinan dulu pohon  ini ditut dengan tunas lemon dan baru kini tunas lemon telah muncul dan membesar bersama. Dahan lemon ini lama kelamaan berpotensi akan mengambil alih dan membunuh batang pokok oren.

9 comments:

Freaky said...

nasib baik lemon dan oren tu x jauh sangat saudaranya. huhuhu

zulkbo said...

salam..
pada pemerhatian saya
dalam sepasu tu pasti ada
salah satu pokok nya..
sebab pokok lemon dan oren seakan
sama je batang dan daunnya

AmyZana said...

hahah
x heran ler kot pokok lain, buah lain. sbb dkt2 je kan ?
cube kalo pokok rambutan tibe2 kluar durian
mmg unik gile la... xD

yahaya said...

kalau berbuah seperti yg baju merah tu mcm mana ye..

CekWa said...

dua pokok dlm satu dahan, best jugak tu

nabihancakap said...

macam2 la dorang.. tapi xder ker pokok rambutan keluar durian.. sedap sikit.

kekekee

LindaRahim said...

ok je...lain la kalau berbuah tembikai...hihi...

mrs Gee :) said...

ok la lagi tuh.. anak beranak dia lagi tuh.. hehehe..

zmah said...

Maha Besar ALLAH