Saturday, April 23, 2011

Benarkah ini? Semua Bahasa Manusia Bermula dari Afrika...

London: Seperti asal-usul nenek moyang kita, semua bahasa juga berasal dari benua Afrika. Demikian pendapat sejumlah ilmuwan Barat setelah meneliti asal loghat dan bahasa yang berkembang di Benua Hitam sejak 150 ribu tahun lalu.

Penelitian yang menggunakan "World Atlas of Language Structure" sebagai sumber utamanya itu berpegang pada teori bahwa peradaban yang lebih tua memiliki perbezaan linguistik yang lebih banyak berbanding peradaban yang lebih muda. Dengan menganalisis ratusan bahasa, para penyelidik mendakwa telah berjaya menemui bukti dengan banyaknya bila dan dari mana bahasa-bahasa tersebut berasal.
"Kami menyelidiki sekitar 504 bahasa untuk mengetahui berapa banyak fonem (bunyi pengucapan khusus) yang ada dalam bahasa tersebut. Dari penelitian ini kami menemukan bahwa bahasa-bahasa di Afrika rata-rata memiliki sekitar 100 fonem. Bahasa Inggris, Prancis dan Jerman saja hanya memiliki sekitar 45 fonem," jelas Dokter Quentin yang mengetuai penyelidikan itu. [Sila baca keseluruhannya untuk mengelak kekeliruan]
Kira-kira 150 ribu tahun yang lalu, cave art [salah satu bentuk komunikasi manusia paling primitif] mula berkembang di Afrika. Diperkirakan pada 80 ribu tahun lalu, bangsa keturunan Afrika pertama mula meninggalkan benua ini dan menjelajahi dunia dengan membawa bersama bahasa mereka.

"Bukti-bukti tersebut menandakan bahwa bahasa berasal dari sebuah sumber yang sama dan bukan berkembang masing-masing secara independen. Saya cukup terkejut mengetahui hal ini," kata Quentin lagi.
Penelitian yang diterbitkan di Jurnal Science ini juga mengaitkan antara jumlah fonem dengan proses kolonisasi. Menurut Quentin, jumlah fonem di area-area yang dikolonisasi oleh bangsa-bangsa lainnya umumnya bertambah dengan diperkenalkanya bahasa baru kepada bangsa terjajah. (CHR/Telegraph/MEL)

Islam telah menyatakan dengan jelas bahawa manusia pertama yang yang diturunkan dan menjelajahi bumi ini ialah Nabi Adam Alaihissalam bersama isterinya Hawa. Oleh itu bahasa pertama manusia di dunia adalah bahasa yang dipertuturkan oleh Nabi Adam as dan kaumnya, iaitu bahasa Suryani. Cuma yang menjadi persoalannya ialah di mana Allah menurunkan Nabi Adam as dari syurga ke muka bumi ini. Ada sesetengah pendapat mengatakan Nabi Adam diturunkan di benua India, ada juga yang berpendapat Nabi Adam turun di bumi Arab dan Afrika.
Diriwayatkan bahawa Nabi Adam dikeluarkan dari syurga dan diturunkan di India di satu tempat yang bernama Sarnadib mengikut pendapat yang paling masyhur.
Hawa pula diturunkan di satu tempat yang bernama Judah. Nabi Adam mencari Hawa dan mereka bertemu di Muzdalifah yang terletak antara Mekah dan Arafah. Mengikut pendapat lain mereka bertemu di satu tempat yang bernama Arafah. Sementara Iblis pula diturunkan di satu tempat yang bernama Al-Ublah di Iraq.
Dikatakan bahawa tempat yang paling harum baunya di atas muka bumi ini ialah tempat di mana Nabi Adam diturunkan. Ini disebabkan bauan syurga melekat di pohon-pohon yang terdapat di tempat tersebut. Wallahhu Taala A'lam

5 comments:

thomas said...

Ada kemungkinan juga semuanya bermula di Afrika.

Miecyber said...

Ini satu kejutan...

Tips Elakkan Mabuk Darat

Haka said...

nice article

zmah said...

Satu info yang baik

Abu Luqman said...

oh..rambut ku pun ada uban sikit..muda gi dah ada uban huhu