Saturday, April 23, 2011

Benarkah ini? Semua Bahasa Manusia Bermula dari Afrika...

London: Seperti asal-usul nenek moyang kita, semua bahasa juga berasal dari benua Afrika. Demikian pendapat sejumlah ilmuwan Barat setelah meneliti asal loghat dan bahasa yang berkembang di Benua Hitam sejak 150 ribu tahun lalu.

Penelitian yang menggunakan "World Atlas of Language Structure" sebagai sumber utamanya itu berpegang pada teori bahwa peradaban yang lebih tua memiliki perbezaan linguistik yang lebih banyak berbanding peradaban yang lebih muda. Dengan menganalisis ratusan bahasa, para penyelidik mendakwa telah berjaya menemui bukti dengan banyaknya bila dan dari mana bahasa-bahasa tersebut berasal.
"Kami menyelidiki sekitar 504 bahasa untuk mengetahui berapa banyak fonem (bunyi pengucapan khusus) yang ada dalam bahasa tersebut. Dari penelitian ini kami menemukan bahwa bahasa-bahasa di Afrika rata-rata memiliki sekitar 100 fonem. Bahasa Inggris, Prancis dan Jerman saja hanya memiliki sekitar 45 fonem," jelas Dokter Quentin yang mengetuai penyelidikan itu. [Sila baca keseluruhannya untuk mengelak kekeliruan]

Wednesday, April 20, 2011

Lapan Manfaat khusus Untuk Wanita Pentingnya Hubungan Intim Suami Isteri

Sesetengah orang atau masyarakat tertentu mengatakan ada 1001 sebab mengapa wanita harus bersedia untuk sering berhubungan intim bersama suami. Beberapa perkara positif dapat dikesan hasil daripada berhubungan intim ini, antaranya adalah dapat meningkatkan mood, mempengaruhi keindahan kulit dan penampilan lebih menarik selain kepuasan secara fisik.  Namun mengikut kajian daripada pakar-pakar  kecantikan,  ada 8 kebaikan [manfaat] yang diperoleh khusus untuk wanita [isteri] apabila melakukan hubungan intim berama suaminya. Manfaat yang dimaksudkan ialah ...

Membuat Wanita Lebih Cantik
Hal ini telah dibuktikan secara ilmiah bahawa ketika  berhubungan intim, wanita yang memiliki hormon estrogen harus diproduksi dalam jumlah besar kerana ia membantu menjadikan kulit mereka lebih halus dan rambut mereka berkilau.

Saturday, April 16, 2011

Inginkan Anak Perempuan? Amalkan Diet Makanan Yang Kaya Dengan Kalsium dan Magnesium

Ingin punya anak perempuan? Menurut hasil kajian para saintis Belanda, dari universiti Delft dan Maastricht, sekiranya anda ingin meningkatkan peluang untuk  melahirkan anak perempuan lakukanlah diet dengan mengambil makanan yang mengandungi tahap tinggi kalsium dan magnesium, seperti sayur-sayuran hijau, dalam beberapa minggu sebelum konsepsi [sebelum kehamilan].
Sebaliknya, makanan yang kaya dengan kalium dan natrium - seperti pisang dan kentang - lebih cenderung untuk membantu wanita yang ingin memiliki anak laki-laki, walaupun hal ini belum diuji. 

Wednesday, April 13, 2011

Video U-Tube Paling Hangat : Lucunya.....Presiden Czech Curi Pen!

Peristiwa yang  amat melucukan dan menjadi persoalan tentang apa yang menarik perhatian Presiden Republik Czech, Václav Klaus, tanpa rasa malu sanggup mencuri sebatang pen [protocolar pen] semasa dalam lawatan rasmi ke negara Chile.   Namun Jurucakap president menjelaskan bahawa pen itu adalah hadiah.  Lihat video gelagat presiden Czech yang sedang meletup sejak dua hari ini di you tube dengan jumlah penonton yang sudah mencecah lebih 1 juta. Kelakar betul ...

Sunday, April 10, 2011

Hotel Angkasa Lepas Pertama di Buka 2012

Barcelona: Hotel di ruang  angkasa lepas yang selama ini hanya ada dalam cerita fiksyen ilmiah akan benar-benar wujud. Newslite melaporkan, baru-baru ini, hotel angkasa lepas pertama di dunia, Galactic Suite, akan mula beroperasi pada 2012.  Meskipun masih dalam tahap pembangunan, hotel ini telah menjadi impian para hartawan  berdompet tebal.
Setakat ini seramai 43 orang pelancong angkasa kepas telah menempah  bilik untuk hotel stesen ruang angkasa lepas yang berjarak 450 km dari bumi itu. Pelancong angkasa lepas perlu mengeluarkan sejumlah wang sebanyak £2,650,000  [RM15 juta] untuk berlibur di luar angkasa, sekaligus menginap selama empat hari di hotel itu. Di sana, mereka berpeluang  melihat matahari terbit 15 kali sehari.  
Lebih menarik lagi mereka dapat melihat perubahan  hari siang dan malam di seluruh dunia setiap 80 minit.

Friday, April 8, 2011

Peranan Ayah Membentuk Karakter Anak

Colombia: Banyak peluang bagi seorang ayah untuk mendidik anak-anak mengenal erti hidup. Bahkan dalam beberapa aspek, peranan ayah dinilai lebih efektif dibandingkan si ibu. Anda dapat melakukannya di mana saja, sama ada  secara langsung mahupun tidak. Berikut beberapa panduan untuk membentuk karakter yang lebih baik:

1. Sentiasa Berkomunikasi
Ajak anak anda berbual atau bertutur, maka anak anda akan mendengarkan. Menurut sebuah studi dalam Journal of Applied Developmental Psychology, ayah memiliki impak yang lebih besar terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan anak-anak pada usia 3 tahun dibandingkan yang dilakukan si ibu. Gunakan kata-kata yang bersemangat , walaupun anak anda tidak begitu memahami. Anak-anak belajar banyak dengan konteks.

Sunday, April 3, 2011

Korea Selatan No 1 Capaian Internet ke Rumah Terpantas di Dunia...'1Gbps'

Seoul- Korea Selatan  merupakan negara yang mempunyai sistem capaian atau sambungan Internet terpantas di dunia  - terpantas global setakat ini -namun ia masih belum cukup baik lagi pada tanggapan kerajaan Kore Selatan.
Pada tahun 2012, penduduk Korea Selatan akan menikmati  kemudahan Internet ke rumah-rumah dengan kelajuan '1Gbps'...1 gigabit per saat. Itu akan menjadi sepuluh kali ganda peningkatan daripada standard nasional dan lebih 200 kali ganda  lebih cepat yang dimiliki oleh penduduk-penduduk di Amerika Syarikat.
Satu projek perintis gigabit oleh kerajaan Korea Selatan sedang dilaksanakan, sebagai permulan  dengan 1,500 buah rumah untuk setiap bandar di lima buah bandar Korea Selatan. Setiap pengguna dikenakan bayaran sekitar 30.000 won [ RM 90.00] sahaja sebulan untuk sambungan internet 1Gbps.
Berikut  adalah senarai 10 teratas negara-negara  yang memiliki keupayaan capaian internet terpantas di dunia untuk  ke rumah-rumah.  [Peratusan berdasarkan jumlah pengguna broadband di setiap negara tersebut] :

Saturday, April 2, 2011

Pokok Oren Berbuah Lemon

Scotland - Pokok oren yang ditanam oleh  Pn  Juliet Nisbet, 48, sejak 9 tahun lalu tiba-tiba telah mengeluarkan 4 biji buah lemon.  Ketika dia melihat buah itu menguning pada dahan  di samping buah-buah oren yang lainnya, beliau  menyangkakan buah oren itu sedang bertukar warna untuk menjadi matang.  Namun beliau yang tinggal di East Lothian, Scotland, hairan melihat buah oren tetap kuning malah berubah bentuk seperti lemon.  Memang benar, pokok oren 3 kaki tinggi itu mengeluarkan 25 biji oren dan empat biji lemon tergantung pada ranting dahan  pokok
Namun, Neil Fishlock, ketua horticulture Dobi, tempat Mrs Nisbet membeli pokok itu menjelaskan berkemungkinan dulu pohon  ini ditut dengan tunas lemon dan baru kini tunas lemon telah muncul dan membesar bersama. Dahan lemon ini lama kelamaan berpotensi akan mengambil alih dan membunuh batang pokok oren.

Friday, April 1, 2011

Goat Stands Tall on Two Legs

 A little goat walks on its forelegs in a village in Northeast China's Jilin province. The goat was born with problems in its hind legs and was only able to walk with two legs from two months old. [Photo/CFP]