Saturday, March 26, 2011

Seronok Naik Teksi IT...Lengkap Dengan Kemudahan IT

Singapura - Jika anda berpeluang menaiki teksi Encik Mohamad Rafee Naina Mohamad, 49, anda bukan sahaja dapat menikmati perjalanan menyeronokkan.  Malah, anda boleh menggunakan telefon, komputer riba, alat pencetak laser, khidmat mengecas pelbagai jenis telefon dan juga alat mengurut bahu - kesemuanya dalam teksinya.
'Beliau minta izin menggunakan komputer riba saya untuk memeriksa e-melnya. Saya izinkan dan selepas itu semakin ramai penumpang yang mula 'meminjam' komputer riba saya,' ujar ayah dua anak lelaki dewasa itu.  Encik Rafee berkata beliau mula menawarkan pelbagai khidmat itu beberapa tahun lalu apabila seorang penumpang terpandang komputer riba dalam teksinya.

Katanya, selepas mula 'meminjamkan' komputer ribanya kepada penumpang, ada pula yang meminta beliau sediakan alat pencetak dalam teksinya.  'Saya fikir mengapa tidak dan dari situ saya mula tawarkan penggunaan alat perhubungan seperti telefon dan kamera, yang menggunakan protokol Internet (IP),' katanya.  Lebih menarik lagi, Encik Rafee menawarkan penggunaan kesemua alat-alat itu kepada penumpangnya tanpa mengenakan sebarang bayaran tambahan.

'Bagi saya, ia adalah satu khidmat sampingan yang dapat saya berikan. Lagipun, kos menggunakan alat-alat itu semua tidaklah terlalu tinggi,' ujarnya.  Walaupun beliau tidak mengenakan sebarang bayaran, Encik Rafee sering menerima tip.  'Ada penumpang yang kata mereka malu jika tidak berikan sebarang tip setelah menggunakan peralatan dalam teksi saya tetapi saya sendiri tidak pernah meminta,' kata beliau.

Menceritakan bagaimana khidmat yang disediakannya mendatangkan manfaat kepada penumpang, Encik Rafee berkongsi kisah seorang penumpang yang tergesa-gesa mahu ke bangunan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) untuk mencetak penyata CPF-nya.  Penumpang tersebut menaiki teksinya di Toa Payoh dan ingin ke bangunan CPF di Bishan dan beliau kelihatan tergesa-gesa kerana ketika itu sudah lewat petang.  'Sebelum saya bergerak, saya sempat bertanya apa tujuannya ke bangunan CPF itu. Apabila saya dapat tahu, saya memberitahu beliau saya boleh cetakkan penyata CPF-nya tanpa ke bangunan CPF.  'Saya berkata saya takut beliau nanti tidak sempat mencetak penyata akaunnya memandangkan waktu sudah lewat,' tambah beliau.  Menurut Encik Rafee, penumpang tersebut mencetak penyata akaunnya tanpa sedikit pun berganjak dari tempat duduknya dalam teksi beliau.

13 comments:

Mohd Sabri said...

inilah yang dikatakan minda rakyat kelas pertama..

akuanakpahang said...

Jangan penumpang bawak turun sekali labtob tu putih mata :)

Piasara said...

"alahh...nak komen tp rupanya sama pulak dgn komen akuanakpahang tu..jgn penumpang bwk lari laptop tu sudahlah...tp mmg kelasss lah driver teksi tersebut...."

aNdi.Hanin::حنين نظوره said...

nampak kelas sungguh teksi kat singapore neh. hm...kat malaysia, teksi takde aircond pun wujud lagi.

zati embong said...

eh,singapore.jat ingtkan kat malaysia.

zuneta said...

wah...best tu... hehe...takut org merompak je ni...kena ada elemen kselamatan jgk ni...kat malaysia...ermm...nak suruh guna meter pun susah...

kiz said...

menarik ni..barulah di namakan zaman IT..

+akufobia+ said...

bila nak ada kat malaysia.

SpaQue said...

hebat pakcik ni...

Entri bes kat sini Tak Kan Layu Melayu | Pak Pandir - Ye Ke

Pirate said...

Pemandu nie berminda kelas pertama. Penumpang yang menggunakan dan memberi bayarantips juga berminda kelas pertama. Tetapi kalu penumpang bwk lari gadget2 tue bermakna penumpang itu mungkin berminda kelas ortodoks!. Byk rsnya kat Malaysia nie huhuuuu

HATYCIKNUURUL said...

boleh la berblogging mse dlm tu kn,.ehhe

miss nina said...

satu anjakan paradigma. boleh juga jadi nilai tambah utk dia, maklumlah satu kelainan dan bermanfaat.

man said...

memanang mantap teksi tuh. tapi kos tambang pun mesti kaw punya dia cas! :P