Thursday, March 24, 2011

Bahayanya Laman Sosial Facebook Terhadap Kanak-Kanak Bawah Umur

Dianggarkan lebih ratusan ribu kanak-kanak di bawah umur 13 tahun menggunakan laman sosial Facebook setiap hari. Apa yang merisaukan para ibu bapa ialah  laman sosial ini boleh mengancam keselamatan serta menimbulkan kes jenayah kanak-kanak jika tidak mendapat pemerhatian sewajarnya daripada orang tua.
Sistem akses  Facebook  yang amat mudah mendapatkan banyak kritikan kerana anak-anak dapat memalsukan umur mereka untuk mendapatkan akses menggunakan laman sosial terbesar itu.

Penelitian terbaru menunjukkan bahawa sesetengah dari keseluruhan anak di AS menggunakan Facebook dengan memalsukan umur mereka.  Menanggapi hasil penelitian tersebut, Senator Al Franken menulis surat kepada CEO Facebook, Mark Zuckerberg membicarakan perihal reformasi sistem 'privasi' dari laman sosial yang dikelolakannya.

Facebook menjadi igaun yang  mengerikan kerana ia telah menjadi tempat bagi banyak berlakunya kes jenayah ke atas kanak-kanak. Pemikiran anak-anak yang mudah dipengaruhi tentunya akan menjadi sasaran mudah para pedofilia yang kerap menggunakan laman tersebut untuk mencari mangsa.

"Berdasarkan kebijakan Facebook, sekitar 13 juta remaja berusia di bawah 18 tahun dengan mudah menyatakan informasi peribadinya sebagai pengguna dewasa. Pengguna yang masih di bawah umur ini akan menjadi sasaran dari berbagai predator yang  mengancam kehidupan mereka. Yang paling mengerikan, anak-anak tersebut didapati secara tidak sengaja memberikan alamat rumah atau nombor telefon mereka kepada orang-orang yang tidak bertanggung jawab," kata Franken. (AP/Vin)

11 comments:

sayabukanSAMDOL said...

budak2 skg dh maju sgt

diana said...

bagi no telepon dan alamat umah yang bahaya tu..

Freaky said...

kalau boleh jangan la bagi adik2 / anak2 yang x ckup matang gune fb. betol2 bahaya

Kolostrum4U said...

Betul adik2.Jangan SEKALI KALI beri alamat dan nombor phone rumah ataupun ibubapa pada orang tanpa pengetahuan ibubapa.

Sam Posmen said...

parents sekarang pon tak kesah sangat. ada yang sibuk je memanjang. suka anak duduk rumah tak merayau merata-rata.

tapi jarang sekali kalau bab nak monitor apa aktiviti yang di lakukan seharian

~~zAnAfAhMi~~ said...

itu sebabnya parents kena pantau apa yg anak2 lakukan samada di depan atau belakang. anak saya pun hantu fb tp main game, selalu juga saya jeling2...

rin said...

Ye ibu bapa kena pantau...

tapiiiiii

soalannya mampukah kita memantaunya sepnjg masa? Dlm kita terleka sikit, perkara buruk akan berlaku. Kita ibubapa pun ada tanggungjawab lain yg kita kena penuhi.

Piasara said...

"ohh tidak,tidak,tidak..anak2 saya yg umur 13 dan 15 thn tu ada..yg 11 thn dn kebwh tu sorry noo..yg 13 thn tu dok asrama,fb 2 minggu sekali jer.yg 15 thn lak seminggu sekali,2-3 jam jer..
setuju sgt2 fb memberi impak tak baik kalau tiada pantauan dr parents.."

Anonymous said...

MINTA IZIN COPY

Rozuan Ismail said...

bahaya sebenarnya FB ni kalau disalahgunakan..lebih2 lagi budak2..

Sam Posmen said...

@rin

pantau tu bukan 7/24 mesti kena berkepit je ngan anak. maksudnya caring sikit setiap aktiviti yang anak kamu lakukan.