Subscribe Us

10 Tokoh Terkaya Dunia

Menurut senarai Hartawan Sedunia' Forbes 2011, Encik Carlos Slim Helu, pemilik syarikat telekomunikasi Telmex di Mexico, kekal menjadi tokoh terkaya dunia dengan nilai harta naik AS$20 bilion kepada AS$74 bilion. Jurang perbezaannya dengan hartawan nombor dua, pengasas Microsoft serta pengerusi bersama Bill & Melinda Gates Foundation, Encik Bill Gates, semakin luas. Nilai harta Encik Gates mencapai AS$56 bilion. Di tempat ketiga, Encik Warren Buffet, menambah AS$3 bilion kepada nilai hartanya kepada AS$50 bilion.
 
'Hampir separuh daripada hartawan baru yang tersenarai berasal dari Asia Pasifik dan tiga suku daripada mereka meraih kekayaan daripada taruhan saham dalam syarikat tersenarai di pasaran saham. 'Ini diraih daripada pelbagai industri termasuk penjagaan kesihatan, permainan dalam talian dan runcit,' ujar laporan tersebut. China mendahului dengan 115 hartawan termasuk 54 muka baru, diikuti Russia dengan 101 hartawan, termasuk 31 hartawan baru. Brazil, Russia, India dan China menyumbang 108 muka baru dan secara keseluruhan memiliki 301 hartawan.

Jumlah hartawan di Indonesia naik seganda kepada 14, didorong oleh harga arang batu yang melambung lantas menyaksikan penyenaraian lima hartawan baru. 'Australia, India, Filipina, Korea Selatan dan Taiwan masing-masing menambah seorang hartawan baru, bahkan Jepun yang mengalami ekonomi lesu telah mewujudkan lima tokoh terkaya baru,' kata laporan tersebut. Menurut Forbes, hartawan termuda yang baru menyertai senarai Forbes adalah pengasas bersama Facebook, Encik Dustin Moskovitz, 26 tahun menduduki tempat ke-420.  Beliau memiliki nilai kekayaan $2.7 bilion. [cyberita.asia1.com.sg]


Catat Ulasan

1 Ulasan

CintaZulaikha berkata…
bill gates dah turn no 2 la...huhu. ke saya je baru dpt tau..kuikui