Wednesday, March 30, 2011

Mahu Kurangkan Berat Badan? Amalkan Minum Teh Tanpa Susu

Amalan minum teh  membantu mengurangkan berat badan tetapi efeknya akan hilang jika anda menambahkannya dengan susu berdasarkan penyelidikan terkini.
Para ilmuwan sudah menemui bahawa teh mengandungi sebatian tingkat tinggi yang disebut theaflavin dan thearubigin, mampu  mencegah obesiti, membantu mengurangkan jumlah lemak yang diserap oleh usus dan juga  menurunkan  jumlah kolesterol dalam badan. Bagaimanapun protein yang ditemukan dalam susu sapi menutralkan kemampuan melawan lemak ini.
"Apabila teh diminum bersama susu, theaflavin dan thearubigin akan membentuk kelompok dengan protein susu, yang menyebabkan lapisan endapan. Oleh itu, campuran teh dengan susu tidak  memberi manfaat untuk kesihatan kesihatan.
Justeru, kita disarankan supaya  selalu minum teh tanpa susu," kata Dr Dejavit Borthakur, seorang ilmuwan The research Association, di Jorhat, India, [Telegraph]
 

Sunday, March 27, 2011

Thailand's Got Talent :One-Handed Guitarist

Sehari selepas uji bakat ini ditayangkan, seluruh warga Thailand bercakap tentang kisah Somsak, 29 tahun tentang bakat luar biasanya yang bermain gitar hanya menggunakan sebelah tangan saja. Tragedi menyedihkan yang menimpa Somsak dalam kemalangan jalan raya pada 2001 telah meragut nyawa ibunya dan dia pula telah kehilangan keupayaan sebelah tangan kirinya.  Namun peristiwa tragis  ini tidak menghalang gitaris avid untuk terus berusaha  dan belajar sendiri bermain gitar hanya dengan satu tangan.  Lihat video hebat ini..

Saturday, March 26, 2011

Seronok Naik Teksi IT...Lengkap Dengan Kemudahan IT

Singapura - Jika anda berpeluang menaiki teksi Encik Mohamad Rafee Naina Mohamad, 49, anda bukan sahaja dapat menikmati perjalanan menyeronokkan.  Malah, anda boleh menggunakan telefon, komputer riba, alat pencetak laser, khidmat mengecas pelbagai jenis telefon dan juga alat mengurut bahu - kesemuanya dalam teksinya.
'Beliau minta izin menggunakan komputer riba saya untuk memeriksa e-melnya. Saya izinkan dan selepas itu semakin ramai penumpang yang mula 'meminjam' komputer riba saya,' ujar ayah dua anak lelaki dewasa itu.  Encik Rafee berkata beliau mula menawarkan pelbagai khidmat itu beberapa tahun lalu apabila seorang penumpang terpandang komputer riba dalam teksinya.

Friday, March 25, 2011

Biri-Biri Melahirkan Anak Anjing? Sheep + Dog= Impossible

Seorang penternak biri-biri di China mendakwa seekor biri-biri betina di ladangnya telah melahirkan seekor anak biri-biri tetapi mirip seperti seekor anak anjing.  Tubuhnya seperti biri-biri dengan berbulu tebal, tetapi mulut, hidung, ekor serta tapak kakinya menyerupai anjing.  Berita ganjil ini telah menyebabkan orang ramai berpusu-pusu ke ladang  Liu Naiying untuk melihat haiwan luarbiasa itu. Liu juga mengatakan gerak laku anak biri-biri pelik ini ketika  bermain seperti seekor anak anjing.
Menurut pakar veterinar, Yue Guozhang, penyelidik di Xi'an City Animal Husbandry Technology Centre, adalah mustahil biri-biri boleh mengandungkan baka anjing dan seterusnya melahirkan anak kacukan anjing & biri-biri kerana kedua-dua haiwan ini berlainan spesies.
Yue Guozhang menegaskan bahawa kes ini dikategorikan sebagai kelahiran luar biasa.

Thursday, March 24, 2011

Bahayanya Laman Sosial Facebook Terhadap Kanak-Kanak Bawah Umur

Dianggarkan lebih ratusan ribu kanak-kanak di bawah umur 13 tahun menggunakan laman sosial Facebook setiap hari. Apa yang merisaukan para ibu bapa ialah  laman sosial ini boleh mengancam keselamatan serta menimbulkan kes jenayah kanak-kanak jika tidak mendapat pemerhatian sewajarnya daripada orang tua.
Sistem akses  Facebook  yang amat mudah mendapatkan banyak kritikan kerana anak-anak dapat memalsukan umur mereka untuk mendapatkan akses menggunakan laman sosial terbesar itu.

Wednesday, March 23, 2011

Sosej Terpanjang di Dunia

Rom- Sepuluh orang chef  Itali berjaya  menghasilkan  sosej terpanjang di dunia. Sosej berukuran 597,8 meter panjang itu memecahkan rekod sosej versi Guinness Book of Records sebelum ini yang panjangnya hanya 392 meter.
Sepasukan chef  tersebut mempeuntukan masa tiga jam serta  daging seberat 589 kilogram untuk membuat sosej itu.  Ketua projek tersebut, Alberto Della Pelle, berasa  gembira dapat merealisasikan impiannya.
Setelah melakukan pengukuran rasmi oleh pihak Guinness Book of Records, sosej tersebut dipotong menjadi 7000 bahagian dan dijadikan sandwich kemudian dijual kepada warga setempat. Semua hasil jualan sandwich tersebut  disumbangkan untuk kebajikan.

Saturday, March 19, 2011

Tuah Kucing...Penduduk & Kucing di Cat Island Jepun Selamat Daripada Gempa dan Tsunami

Tashirojima, juga dikenali sebagai "Pulau Kucing" diyakini telah hancur oleh gempa 9.0 dan selepas tsunami baru-baru ini .  Namun berdasarkan laporan terkini menunjukkan populasi manusia dan kucing di pulau tersebut didapati selamat.  Penduduk- prnduduk pulau ini adalah nelayan dan mereka memelihara kucing  kerana mempecayai kucing memberikan mereka tuah, memberi keuntungan dan perlindungan daripada bahaya. 
Populasi manusia dari Pulau Kucing telah berkurangan sejak 1950, dan kini yang masih menetap di pulai ini  sekitar 100 orang penduduk tetap yang bekerja sebagai nelayan dan mengusahakan  industri pelancongan. Populasi kucing di pulau ini telah berkembang di bawah perlindungan pendududuk, dengan memastikan  bahawa tidak ada haiwan anti-kucing (seperti anjing) yang boleh didapati di pulau mereka. Sekarang ada ribuan kucing hidup di Tashirojima, tanpa mengira  status kedudukan mereka semuanya menghormati dan menyayangi kucing -kucing  dan mempercayai kucing membawa keuntungan mereka, keindahan dan kemampuan untuk menghapus tikus tanah. 
Walaupun kebanyakan mereka selamat namun mereka kekurangan bekalan makanan. Usaha menyelamat dan penghantaran bekalan makanan sedang diusahakan hanya boleh menggunakan helikopter sahaja kerana keadaan perairan yang tidak selamat selepas tsunami.
Nabi Muhammad saw juga amat menyayangi kucing.  Pastinya ada sesuatu  kelebihan tentang kucing.

Friday, March 18, 2011

Penduduk China Berebut Membeli Garam Gara-Gara Radiasi Nuklear Jepun

Jika Malaysia sering menghadapai masalah kekurangan bekalan gula pada musim-musim perayaan, berlainan pula dengan negara China gara-gara sumber maklumt yang tidak tepat mengatakan garam yang mengandungi iodin dapat merawat atau mencegah keracunan radiasi nuklear Jepun yang mungkin merebak hingga ke negara mereka.  
Orang ramai bergegas ke supermarket untuk membeli pakej garam beriodin, kerana mereka percaya bahawa iodin yang terkandung dalam garam boleh membantu mencegah keracunan radiasi atau kerana mereka percaya bahawa garam yang dihasilkan dari air laut tercemar dengan radiasi tidak selamat untuk dimakan. Kini kebanyakan kedai dan pasar raya telah kehabisan stok garam.

Wednesday, March 16, 2011

Ular Boa Mati Setelah Menggigit Payudara Model Israel

Seekor ular boa mati akibat keracunan silikon setelah menggigit payudara seorang model Israel, ms Orit Fox ketika sedang melakukan sesi fotografi dan temu ramah dengan wartawan. Kejadian berlaku semasa Orit membelai ular tersebut, kemudian menciumnya. Model yang juga seorang  pelakon pada awalnya nampak selesa bersama ularnya melakukan yang terbaik untuk tampil seksi semasa penggambaran di Tel Aviv. 
Dia dengan penuh yakin mencium dan menjilat wajah ular itu.  Ketika dia mengendalikan haiwan reptilia itu pada kedudukan untuk 'ciuman',  Ms Fox mengendurkan pegangannya di leher setelah menjilatnya,  reptilia itu tiba-tiba bereaksi dengan marah. Tidak semena-mena ular itu  langsung menuju ke arah aset berharga Fox dan membenamkan giginya ke payudara kirinya. 

Bayi Lahir Dengan Jantung di Luar Tubuh

Para doktor sebuah hospital di China berjuang untuk menyelamatkan bayi yang lahir dengan jantungnya yang membesar di bahagian luar tubuhnya.   Bayi yang baru berusia dua bulan, Xin Xin hanya memiliki selaput tipis yang menutupi jantungnya yang dapat dilihat dengan jelas berdegup di luar perutnya. Pakar  bedah kini sedang berusaha keras memikirkan cara terbaik untuk merawatnya.
Doktor Zhang Yuping, wakil pengarah jabatan paediatrics hospital berkenaan mengatakan: "Ini adalah kes yang sangat jarang berlaku.  Jantungnya begitu terdedah dan jika ia terkena ketukan sedikitpun atau sentuhan saja akan membawa kesan kesakitan"
Pakar bedah sekarang memutuskan untuk menunggu sehingga bayi ini  berusia tiga bulan dimana pada ketika itu  sebahagian dari organ-organ tubuhnya sudah berkembang  dan cukup kuat untuk operasi
pembedahan.  Semoga bayi ini selamat.

Monday, March 14, 2011

Kagum Bukan Saja Sebagai Juara All England Tetapi Sikapnya Yang Memahami Sensitiviti Budaya & Agama Bangsa Malaysia

Tahniah Datuk Lee Chong Wei yang berjaya mengekalkan kejuaraan kejohanan Badminton All England, lebih-lebih lagi setelah menundukkan musuh utamanya Lin Dan.  Apa yang ingin orang muo war-warkan di sini ialah sikap dan tindakan terpuji Chong Wei semasa upcara menerima hadiah di atas pentas juara.  Sesiapa yang mengikuti siaran langsung pada tengah malam tadi tentu anda sangat kagum dengan tindakan Chong Wei apabila dihadiahkan dengan sebotol arak, dengan riak muka terkejut, Chong Wei tidak menjulang botol arak tersebut tetapi segera meletakkannya di atas pentas dan menutupnya dengan replika cek.  Selesai saja upacara, Chong Wei tidak membawanya bersama,

Apakah Penyebab Rabun Malam?

Pasti anda pernah mendengar perkataan rabun malam di mana penghidapnya rabun semasa matahari terbenam.
Sebenarnya rabun malam merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin A dalam makanan yang menyebabkan sel mata yang kering dan menghadkan keupayaan untuk menguruskan intensiti (ketumpatan) cahaya.
Kesan sampingan yang lain termasuk kulit menjadi kasar dan bersisik di tangan dan kaki.
Pembentukan gigi dan pertumbuhan badan juga mendapat gangguan dan dalam beberapa kes kornea sangat kering dan legap dan membawa kepada buta.
Mereka yang menghidapi rabun malam perlu mengambil lebih banyak sayuraan berdaun terutama bayam, hati, mentega, buah-buahan, lobak merah, labu, susu dan ikan di dalam diet bagi mendapatkan lebih banyak vitamin A. - estidotmy

Friday, March 11, 2011

Universiti Tokyo, Universiti Kyoto & Universiti Nasional Singapura Terbaik di Asia dan Antara 100 Terbaik Dunia

Universiti  Tokyo terbaik di Asia
Majalah Times Higher Education telah menyenaraikan 3 buah universiti di Asia mengungguli antara 30  buah universiti terbaik di dunia.   Universiti Tokyo merupakan satu-satunya universiti di Asia yang berjaya dipilih dalam senarai 10 universiti terbaik, disusuli Universiti Kyoto di tempat ke-18.  Manakala Universiti Nasional Singapura (NUS) disenaraikan sebagai universiti ke-27 terbaik di dunia dan ketiga terbaik di Asia.
Seramai 13,388 ahli akademik berpengalaman dari 131 negara telah diminta memilih universiti yang pada pandangan mereka baik dalam bidang penyelidikan dan pengajaran di seluruh dunia.

10 Tokoh Terkaya Dunia

Menurut senarai Hartawan Sedunia' Forbes 2011, Encik Carlos Slim Helu, pemilik syarikat telekomunikasi Telmex di Mexico, kekal menjadi tokoh terkaya dunia dengan nilai harta naik AS$20 bilion kepada AS$74 bilion. Jurang perbezaannya dengan hartawan nombor dua, pengasas Microsoft serta pengerusi bersama Bill & Melinda Gates Foundation, Encik Bill Gates, semakin luas. Nilai harta Encik Gates mencapai AS$56 bilion. Di tempat ketiga, Encik Warren Buffet, menambah AS$3 bilion kepada nilai hartanya kepada AS$50 bilion.

Thursday, March 10, 2011

Lukisan Termahal Menggunakan 100 Ribu Karat Barang Perhiasan

Seorang pengumpul barang kemas China telah membelanjakan sejumlah wangnya untuk  menghasilkan sebuah lukisan termahal  Leonardo da Vinci "Mona Lisa" menggunakan  100.000 karat barang perhiasan terdiri daripada batu permata, emas, manikam dan sebagainya. 
Nama artis tersebut tidak diketahui, tetapi diperakui  bahawa beliau ialah  seorang kolektor perhiasan yang telah menghabiskan masa selama lima tahun untuk menyiapkan lukisan mewah daripada perhiasan yang pertama di dunia.  Namun beliau terpaksa menunggu dengan sabar untuk mengumpulkan semua barang kemas  termasuk batu permata mentah selama 30 tahun. Lukisan mewah yang indah dan mengagumkan ini sedang dipamerkan di sebuah pusat beli-belah di Kota Shenyang, China.

Tuesday, March 8, 2011

Lukisan Termahal Di Dunia USD106,5 juta

Lukisan hasil ciptaan pelukis terkenal Pablo Picasso dinobatkan menjadi lukisan termahal abad ini. Lukisan yang dibuat pada tahun 1932 itu terjual dengan harga US$106,5 juta [ RM 350 juta] juga menjadi lukisan termahal yang  dilelong semasa jualan lelong di rumah lelong Christie's, London.
 Lukisan yang bertajuk Nude, Green Leaves, and Bust itu dibeli oleh seorang kolektor rakya Britain yang namanya dirahsiakan. Lukisan tersebut untuk pertama kalinya akan dipamerkan di Muzium Tate Modern di London selama sebulan.
"Nude, Green Leaves and Bust merupakan salah satu inspirasi  atas kekaguman Picasso kepada seorang model yang kemudian menjadi kekasihnya, Marie-Therese Walter.[Telegraph]

Monday, March 7, 2011

Hanya Kerana Tajuk Buku Yang Sensasi Buku Berhalaman Kosong Terlaris Di Pasaran Britain

'What Every Man Thinks About Apart From Sex' [Apa Setiap Lelaki Fikirkan Selain dari  Seks'] begitulah tajuk sebuah buku catatan 200 halaman kosong yang dihasilkan oleh Mr Sheridan Simove , 39 tahun lulusan Universiti Oxford telah memecah rekod sebagai buku terlaris di kalangan pelajar-pelajar di Britain.  Buku berhalaman kosong dengan tajuk sensasi itu telah disalah anggap pembeli bahawa buku tersebut benar-benar  sebuah buku tentang seks walhal ia memang hanyalah buku berhalaman kosong atau buku catatan.
Menurut Simove, buku nota yang berharga  £4.69 [RM 25.00]  itu pada awalnya dipasarkan hanyalah untuk dijadikan sebagai hadiah, serta bahan kajian untuk mengetahui apakah yang sering difikirkan oleh setiap pelajar lelaki selepas habis kuliah  tetapi tidak menjangkakan sama sekali  ia telah digunakan oleh pelajar-pelajar sebagai buku catatan semasa menghadiri kuliah di kolej dan universiti kerana tajuk buku tersebut yang sensasi.  Melihat jumlah bukunya yang begitu laris, Simove merumuskan bahawa pelajar lelaki barat sememangnya amat ghairah dengan perkara tersebut  dan tidak pernah terlepas memikirkan tentang seks yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran mereka.

Lensa Kamera? Tumbler?

Unik kreatif & inovatif...bekas air lensa kamera.  Seorang wanita menuangkan air ke dalam bekas air berbentuk seperti lensa kamera, di Huaibei, Timur wilayah Anhui China. [Photo/Asianewsphoto]
Pelbagai cara kreatif dan inovatif untuk melariskan barangan di pasaran. Sebuah syrarikat pengeluar barangan di China telah mereka bentuk dan memasarkan  bekas air  atau 'tumbler' berbentuk lensa kamera sehingga menjadi tumpuan orang ramai kerana bentuknya yang cantik seolah-olah seperti lensa kamera yang sebenar tertera dengan jenama kamera popular.  Bekas air  lensa kamera begitu  popular di kalangan peminat fotografi di Internet.

Saturday, March 5, 2011

Penemuan Bakteria Baik Oleh Dr Shirota Menghasilkan Susu Fermentasi [Yakult] Untuk Sistem Penghadaman

Minuman yakult yang mengandungi sejenis bakteria baik untuk tubuh kita yang dinikmati pada hari ini sebenarnya dihasilkan oleh seorang ahli perubatan bernama Dr Minoru Shirota (1899-1982). Shirota bersama pengkaji dari Jabatan Perubatan, Universiti Kyoto, Jepun menemui bakteria tersebut hampir 80 tahun yang lalu melalui beberapa uji kaji ketahanan bakteria baik. Usaha beliau itu bermula apabila masyarakat Jepun  ketika itu dilanda penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman.  Ia disebabkan kekurangan nutrien, penjagaan kebersihan yang kurang dan kerana keadaan ekonomi Jepun yang kurang baik pada ketika itu.  Beliau mula mengasingkan hampir 300 jenis bakteria yakult antara tahun 1930 dan 1935 bertujuan mencari jenis bakteria yang sesuai untuk membantu memulihkan sistem penghadaman manusia.

Wednesday, March 2, 2011

Kota Terbaik Dunia & Kota Terburuk Dunia

Penyelidikan dan kajian tahunan yang dilakukan oleh Economist Intelligence Unit, kota Vancouver , Kanada diisytiharkan sebagai kota terbaik dunia dengan  memperoleh  98% berdasarkan  30 faktor  termasuk penilaian pada kombinasi stabiliti, politik, ekonomi, fasiliti kesihatan, kebudayaan dan persekitaran, pendidikan, keamanan dan infrastruktur kekal tidak berubah seperti pencapaian penilaian tahun lalu, demikian Reuters Life melaporkan. Sementara Harare, ibukota Zimbabwe tersenarai sebagai kota paling buruk sebagai tempat tinggal dengan memperoleh 37.5% penilaian.
Osaka menjadi menjadi wakil kota terbaik dari Asia, berada pada kedudukan tangga ke-12, bersaing dengan Geneva, Swiss dan mengalahkan ibu kota Jepun, Tokyo, yang berada di peringkat 18.  Hong Kong berada di peringkat ke-31 manakala Beijing, berada pada kedudukan ke-72.
Bagaimana pula dengan ibu kota negara Malaysia? Adakah Kuala Lumpur berupaya melayakkan diri termasuk dalam senarai kota terbaik dunia suatu hari nanti?
Berikut adalah senarai 10 kota terbaik dunia untuk tempat tinggal menurut The Economist Intelligence Unit:

Tuesday, March 1, 2011

Kanak-Kanak Serigala Popular Terpahat dalam Guinness World Record

Nama gelarannya ialah 'Gadis Serigala' atau 'Wajah Monyet'.  Gadis cilik Thailand, Supatra Sasuphan, 11 tahun hari ini secara rasmi telah diiktiraf sebagai kanak-kanak berbulu lebat dunia.
Walaupun dia sering menghadapi usikan dn ejekan daripada rakan-rakan sekolah di Bangkok Supatra tetap berbangga kerana telah mencatat nama dalam Guinness World Record, malah keadaan dirinya yang ditumbuhi bulu tebal termasuk di mukanya telah membantunya menjadi sangat popular. 
Sikap terbuka dan peramahnya telah menarik orang ramai untuk mendekatinya dan rakan-rakan sebaya tetap menghormatinya malah mereka berkawan baik dengannya.