Subscribe Us

Koma Bila-Bila Masa...Anjing Genius Menjadi Doktor Peribadi

Seekor anjing bijak, Shirley menjadi doktor peribadi sepanjang masa kepada seorang kanak-kanak berusia 7 tahun.   Rebecca  menghadapi masalah jatuh koma pada bila-bila masa saja yang boleh mengancam nyawanya.  Rebecca menghadapi masalah penyakit diabetes jenis  agresif  peringkat pertama yang bermaksud ia boleh mendapat serangan hipoglikemik dan boleh jatuh koma bila-bila masa. 
Namun  hidung luar biasa doktor peribadinya seekor anjing bijak, Shirley, sentiasa mengawasi dan mengetahui keadaan Rebecca kerana Shirley boleh mencium bau  darah gadis kecil itu ketika kadar gula menjadi terlalu tinggi atau terlalu rendah. 
Ketika anjing dapat mengesan perubahan itu, ia akan menjilat Rebecca sampai tersedar  atau  segera memberi isyarat kepada gurunya.
Shirley akan duduk menemani Rebecca  bahkan akan bertindak pergi mengambil kit ujian perubatan di kelas [Harpole Primary School in Northamptonshire].  Setelah anjing itu telah melakukan tugasnya, seorang pembantu, Theresa Hodgkiss akan melakukan ujian kadar gula dalam darah Rebecca dengan memberinya gula jika terlalu rendah atau suntikan insulin [ hormon yg dikeluarkan oleh pankreas utk mengawal kepekatan glukosa dlm darah ] jika terlalu tinggi.  
Dengan masalah penyakit yang dihadapinya, Rebecca  bergantung hidup dan memerlukan perkhidmatan doktor peribadinya, Shirley seekor anjing bijak  sepanjang masa. [dailymail.co.uk]
 Shirley seharusnya diberi penghargaan dan anugerah atas jasanya.

Catat Ulasan

15 Ulasan

fiqkbe berkata…
bagus giler anjing ni! kagum =D
Just Mie berkata…
Dasyat dan setialah anjing tu..

Di serang babi hutan
Firdaus Life berkata…
bagus tol anjing ni leh jage budak tu
marina anakcikbob berkata…
pandainya.. tgk la ciptaan Illahi..
walaupun najis xbermaksud ia x berguna atau jijik..
sayangilah haiwan xkira apa2 haiwan pon..
Biela Sapine berkata…
Anjing pun boleh menjaga seorang manusia
anakpakcikali berkata…
tu lah kebesaran Allah..semua ciptaan die ade himat nye :)
Ayesha Hadijah berkata…
hah????

hehehe..
Unknown berkata…
kesian.
FaizFizy Rosle berkata…
kemas gak arh binatang ni. haha
Mime MF berkata…
hebat anjing 2..
bijak binatang nih..hu3
nUmara... berkata…
wallah!
[ apexogamy ] berkata…
good dog..hehe
farhana sahri berkata…
anjing adalah haiwan yg paling setia ngn tuannya...syabas Shirley..heheehe
Nur Hani berkata…
kalaulah ada manusia se-terer & sesetia anjing tu...
ice berkata…
abis kalau anjing tu mati camne? tak ade org ke nak nengokkan budak tu