Saturday, February 26, 2011

Patin Masak Tempoyak Temerloh

"Masam, pedas, sedap dan segar".  "Ikan patin masak tempoyak di sini yang masam dan pedas memikat hati saya untuk menikmatinya dan saya ketagih untuk terus menikmatinya lagi," kata pengunjung di sebuah gerai di tapak Pekan Sehari.
"Di sini, mereka bela ikan dalam sangkar. Itu yang sedap. Kalau dalam kolam rasanya berbeza dan agak hanyir. Cara memasak di Temerloh juga berbeza dari tempat lain sebab itu orang lain kena cuba," kata Baharuddin Isa, 42, dari Kuantan.  Begitulah antara beberapa pandangan daripada pengunjung tentang keenakan rasa  ikan patin masak tempoyak Temerloh.
Temerloh memang terkenal dengan ikan patinnya.  Kebanyakan  pengusaha kedai makan di sini mendapatkan bekalan ikan patin daripada penternak ikan dalam sangkar yang terdapat di sungai Temerloh. Rasa ikan patin dalam sangkar  lebih sedap berbanding ikan patin yang dibela di dalam kolam.
Penternak patin Shaari Othman berkata harga sekilogram patin "liar" yang terdapat di dalam sungai boleh mencecah RM80 sekilogram tetapi sukar didapati kerana ia perlu dipancing.
"Ikan yang diternak di sangkar di Sungai Pahang, dijual antara RM12 hingga RM14 sekilogram sahaja," katanya.
Patin turut dijual di pasar minggu di Temerloh setiap Ahad. [malaysiakini]

19 comments:

Nina Juliana said...

wah.. feveret saya tu.. kalau nak tau, rencah utk gulai tempoyak tu digaul dgn ikan patin kemudian dibungkus dgn daun pisang dan dibakar lagik sedap rasanya..

zulkbo said...

salam..
sedap tu..tak hengat
kalau makan..mak mertua
lintas buat derk je..he he

orang muo said...

nina: tq bagi info ringkas cara2 masak patin dgn tempoyak..
zulkbo: betul bro... mmg tak nampak..lagi2 kalau mak mentua lalu belakang kita ha ha :)

akuanakpahang said...

Salam, org Pahang juga yang dtg komen :) Ikan patin sangkar sungai Pahang mmg sedap :)
New Entry "Salam,salam juga, lawan, lawan juga :)"

Miecyber said...

Pergh....tak leh tahan baca dan tengok gambor dalam entri nie...

Kadar celik huruf wanita Malaysia terbaik di dunia

Adinda Amy Sensei said...

bestnyee...

Amorng38 said...

Lapar balik tengok tajuk post 2..huhu

relevan said...

Patin..huish ! 3 pinggan nasik ..

Cik Yana said...

Sedapnya masak tempoyak. Sedapnya. hahaha~

ybs said...

om,
mak mertua sy tinggal di temerloh tp dia tak makan ikan patin dan anak pompuan dia (isteri sy) pon tak makan, ade ler penah beli sekali dan dorang masakkan tp tak best la sbb sy sorang jer makan....huhu

Freaky said...

mak aih memang berselera plak tgk makanan tu.. adess

nurul_diya m. nor al-haj said...

yummy...sedapnya..
dah lama x mmkn ikan patin..

zmah said...

Dah lama tak pekena masakan ini.

Kak Rosaliza said...

Assalam org muo..akk suka sangat ngan msk tempoyak patin, ingat lagi masa mengandung awal tahun lepas teringin sangat nk mkn patin ni,nasib baik lah ada kwn suami buat kenduri masak ikan patin sangkar kat kuala lipis...sedapp sangat

PSX said...

Jadi laper ni...

Piasara said...

sedapnya..tp ini la satu2 ikn yg kami tak pernah msak sbb suami sy tak suka..masak tempoyak pulak..ank2 lak tak suka bau tempoyak tu..
tp kalau adik ipar msk..(dia org k.lipis)mmg best...masak daging pun boh tempoyak...

ATikah Mustapa said...

dak eh.....
perghhh..buat plok letak lada banyak2

firohar said...

nmpk menyelerakan..hehe..;)

Pemerhati Dunia said...

Wah, sedapnya...