Subscribe Us

Katak Makan Katak?

Katak Kuak atau katak besar [bullfrog] akan makan apa saja ketika perutnya sedang kelaparan. Ia cekap menangkap  pelbagai jenis haiwan kecil termasuk ular, tikus, kelawar, burung kecil  malah katak.  Foto di atas telah dirakam oleh sepasang suami isteri, Tad dan Karen  ketika sedang membersih kolam renang mereka di rumahnya, di Bacon Maryland, USA. 
Pada musim sejuk  katak kuak ini  tinggal berehat sementara di bawah tanah  dan biasanya hidup berhampiran dengan kolam dan sungai. Katak ini boleh membesar antara 6 hingga 8 inci, panjang kakinya pula mencecah 10 inci.  Katak kuak  menyerang mangsa dengan merodok atau menerkam dan terus menelannya.  Jika saiz mangsa agak lebih besar daripada mulutnya, ia menekan [menolak]  mangsa di dalam mulutnya menggunakan lengannya. [dailymail.co.uk]

Catat Ulasan

9 Ulasan

m93 berkata…
katak kuak ni kuat makanlah. menakut!
Kak Mahh berkata…
Dah tak ada makanan lain sebab itu ia makan spesisnya.
Ted berkata…
katak makan ular? hebat katak nie~
Adinda Amy Sensei berkata…
salam orgmuo...

ada jugak katak makan katak ek..
ohhh ganasnya katak itu.. :)
sud@is berkata…
lupa bangsa sendiri..
Pengumpul Blog berkata…
biasanya kita dengar haruan makan anak, tapi ni katak makan katak.
Penulis Rindu berkata…
salam..jangan kawan makan kawan dah..hehe
ibnuismail berkata…
kesian katak kecik tuh...huhu
ice berkata…
eee geli seyh