Wednesday, February 2, 2011

Faedah Sehingga 18% Dilema Kad Kredit

Perlukah kita memiliki Kad kredit?  Dengan kadar faedah yang dikenakan kepada setiap pelanggan sehingga lebih 18% setahun,  ia  memang membebankan bagi sesetengah pengguna. Mungkin ramai pengguna tidak menyedari perkara ini atau buat-buat tidak tahu sahaja memandangkan tawaran untuk mendapatkan kad ini terlalu mudah.  Anda tidak perlu bersusah-payah ke bank dan mengisi borang tebal seperti  hendak membuat pinjaman , sebab di mana-mana saja wakil atau agen kad kredit menanti anda menawarkan kemudahan kad kredit dengan syarat yang amat mudah.  Justeru berhati-hatilah kita menggunakan kad kredit. Satu kebaikan kad kredit jika bijak menggunakannya, iaitu memudahkan pengguna pergi ke sesuatu tempat dan membeli-belah tanpa  perlu membawa wang tunai yang banyak dan ini memang lebih selamat. Walaubagaimanapun anda perlu segera membayar hutang kad kredit anda sebelum tempoh tertentu untuk mengelakkan daripada dikenakan 'caj' perkhidmatan.  Kini semakin ramai pengguna kad kredit telah diisytiharkan muflis kerana gagal membayar hutang kad kredit akibat penggunaan tidak berhemah dan berbelanja berlebihan.  Berhati-hatilah.

1 comment:

farhana_aziz said...

memang tak berminat nak pakai kad kredit..huhu.tapi selalu dapat call dari bank soh amik kad kredit.bolayan je la..hidup setakat yang kita mampu lagi elok dari berhutang..