Monday, February 28, 2011

Arowana Penyeri Rumah, Penghibur & Merawat Stress

Hampir semua orang mempunyai haiwan kesayangan masing-masing.  Antara haiwan  peliharaan atau haiwan hiasan yang menjadi kegilaan semua golongan masyarakat ialah ikan kelisa atau arowana. Ikan arowana terdiri daripada  pelbagai jenis dengan harga daripada  yang murah seperti kelisa hijau atau kuning, kelisa Australia dan half red yang berharga antara RM 150.00 - RM 300.00 sehinggalah arowana jenis yang mahal seperti Red Tail  golden arowana, [ RTG Indonesia RM800 - RM950.00], High Back Golden Arowana [RM 1800- 3000.00],  Malaysian  Golden Arowana [RM2500 - RM5000] dan kelisa merah jenis " Super Red" berharga antara RM 1800- RM3500.00.

Saturday, February 26, 2011

Patin Masak Tempoyak Temerloh

"Masam, pedas, sedap dan segar".  "Ikan patin masak tempoyak di sini yang masam dan pedas memikat hati saya untuk menikmatinya dan saya ketagih untuk terus menikmatinya lagi," kata pengunjung di sebuah gerai di tapak Pekan Sehari.
"Di sini, mereka bela ikan dalam sangkar. Itu yang sedap. Kalau dalam kolam rasanya berbeza dan agak hanyir. Cara memasak di Temerloh juga berbeza dari tempat lain sebab itu orang lain kena cuba," kata Baharuddin Isa, 42, dari Kuantan.  Begitulah antara beberapa pandangan daripada pengunjung tentang keenakan rasa  ikan patin masak tempoyak Temerloh.

Friday, February 25, 2011

Teknologi Sains Perubatan Mencipta Telinga Menggunakan Tulang Rawan Daripada Rusuk

Lahir tanpa telinga kanan, Ethan Giles-Bowman, 9 tahun menjadi semakin malu dengan keadaan dirinya yang serba kekurangan. Dia menyimpan rambutnya panjang untuk  menutupi lipatan kulit yang sepatutnya   telinganya.
Kini Ethan, 9 tahun menikmati  hidup baru setelah pakar  bedah berjaya mencipta telinga telinga untuknya menggunakan tulang rawan yang diambil dari tulang rusuknya.
Ini adalah proses yang menyakitkan, tetapi kanak-kanak ini tetap tabah dan bersemangat dan bangga dengan telinga baru yang  tampak realistik.
Ethan adalah kanak-kanak pertama di Britain menjalani operasi  rumit pemasangan telinga baru selama enam jam. 

Thursday, February 24, 2011

Tuah Sekeping Gambar Kembar Enam di Facebook, Oprah Winfrey Menghadiahkan $250,000

Tuah sekeping foto unik " Rozonno dan Mia McGhee bersama kembar enam mereka"  - Olivia, Madison, Rozonno Jr, Yosia, Elia dan Ishak - muncul dalam rancangan talk show Oprah hari ini selepas mereka menjadi sensasi di internet.  
Tuah yang tidak disangka bermula apabila Mia memuat naik foto yang sungguh unik dan menarik  di halaman Facebooknya. Seperti orang lain, Oprah Winfrey amat tertarik dengan gambar tersebut lalu ingin menemui mereka. Dalam rancangan bual bicara, pasangan itu berkata kepada Oprah, bagaimana sukarnya untuk mengurus bayi kembar enam, tambahan pula kos yang tinggi diperlukan.  Mereka memerlukan 50 diapers dan 30 botol susu sehari sedangkan Rozonno hanyalah seorang pekerja di syarikat perkhidmatan mencuci karpet.  Di akhir rancangan, Oprah telah menghadiahkan keluarga Rozonno $ 250,000 kredit di Walmart serta berbulan madu di Las Vegas.
Pasangan ini telah berusaha mempunyai bayi selama tiga tahun sebelum akhirnya beralih ke rawatan kesuburan.

Just Like Mum! Anak Chetah Belajar Berdikari...Bersedia Menghadapi Cabaran Hidup

Walaupun  bulu badan masih kelihatan seperti  baru lahir,  baru belajar menyeimbangkan  kaki yang tampak terlalu panjang untuk tubuh mereka, namun anak-anak chetah berusaha mahu menjadi lebih cekap, pantas dan kuat seperti ibunya.
Keletah enam ekor anak chetah  sempat dirakam di Kem Kicheche Masai Mara  di Kenya's  mengikuti ibu mereka di sebatang pohon akasia berusaha belajar memanjat untuk melihat kawasan dataran dengan lebih jelas. Cheetah adalah mamalia terpantas di planet ini.  Namun pada peringkat awal bulan pertama kelahiran adalah saat paling kritikal bagi anak-anak chetah yang masih lemah dan sering berada dalam bahaya. Haiwan ini bergantung pada kelajuan untuk kelangsungan hidup. 

Wednesday, February 23, 2011

Bangun Jam 5 Pagi Membawa Obor Pergi Ke Sekolah Berjalan Kaki 10 Km

 Seorang pelajar 12 tahun memegang obor untuk menerangi jalan ke sekolah, di kampung Yantang , wilayah Shaanx, Barat Daya China .  Rumah Zhang Huaying  terletak 10 kilometer dari sekolahnya di puncak gunung pada ketinggian 200 meter. Dia bangun pukul 5 pagi dan menghabiskan lebih dari dua jam berjalan kaki ke sekolah setiap hari. Lebih dari 50 pelajar  tinggal di gunung itu dalam radius 3 hingga 10 kilometer dan perlu menghabiskan 3 hingga 6 jam sampai ke sekolah. [Gambar / Asianewsphoto]

Sunday, February 20, 2011

The world's Biggest Family : Seorang Lelaki Dengan 39 Isteri, 94 Anak dan 33 Cucu

 Encik Ziona Chana bersam 39 isteri
India - Seorang lelaki, Encik Ziona Chana, memegang rekod sebagai lelaki yang mempunyai isteri paling banyak di dunia.  Beliau tinggal di kampung Baktwang, Mizoram, India di sebuah rumah 4 tingkat, 100 buah bilik, bersama dengan 39 orang isteri, 94 orang anak, 14 orang menantu perempuan dan 33 orang cucu.
Pernah satu ketika dalam setahun beliau mengahwini 10 orang wanita!
Encik Ziona Chana bersama ahli keluargnya
Oleh sebab bilangan ahli  keluarga yang cukup besar, keluarga ini diurus seperti dalam disiplin tentera, dengan isteri tertua Zathiangi,

Friday, February 18, 2011

Pokok Ajaib Berusia 400 Tahun Kekal Subur Sendirian di Tengah Gurun Berpasir Tanpa Air

Hidup  sendirian di tengah-tengah gurun, berbatu-batu jauhnya dari sumber air dan tumbuhan yang lain, sebatang pokok yang digelar sebagai " Pohon Kehidupan" atau "The Tree of Life" ini  terletak 2 kilometer dari Bukit Dukhan, masih  bertahan hidup dengan baik sejak  400 tahun yang lalu walaupun berada di atas bukit berpasir setinggi 25  meter  menghadap lautan pasit yang terbentang luas tanpa air.
Pokok ajaib ini telah menarik perhatian banyak orang sama ada pelancong , ahli sains dan pakar biologi dari seluruh dunia  untuk melihatnya sendiri tentang keajaiban pokok kehidupan ini. Keajaiban alam 400 tahun telah membuatkan ahli biologi dan saintis bingung  selama bertahun-tahun untuk mencari jawapan bagaimana pokok ini mampu hidup begitu lama, sedangkan sumber air amat jauh daripada pokok tersebut. 

Wednesday, February 16, 2011

3 Melayu Tersenarai 20 Individu Terkaya di Malaysia

 Robert Kuok
Kuala Lumpur- [Bernama]- Robert Kuok, "Raja Gula" yang memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini, mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset benilai RM50.04 bilion, disusuli taikun telekomunikasi T Ananda Krishnan, yang bernilai RM45.78 bilion.  Hanya 3 orang bangsa Melayu termasuk dalam senarai 20 individu terkaya di Malaysia yang tersiar dalam majalah perniagaan
Malaysian Business.
Berikut Senarai 20 Individu Terkaya di Malaysia
1. Robert Kuok-  Raja Gula - aset bernilai RM50.04 bilion [gambar atas]

2. T Ananda Krishnan - telekomunikasi- aset bernilai RM45.78 bilion

Sunday, February 13, 2011

Terciptanya Tauhu Mencetus Budaya Baru Negara China

Tauhu, atau secara harfiah diterjemahkan sebagai dadih kacang, adalah makanan yang berasal dari China sejak 2200 tahun dahulu dan kini menjadi antara menu atau perencah  penting masakan di seluruh dunia. 
Tauhu dikatakan berasal dari Dinasti Han Barat (206BC-AD 24).  Pada waktu itu, Liu An, cucu dari Maharaja Liu Bang, sangat ingin belajar seni magis keabadian.  Maka dia pun  pergi jauh ke puncak gunung untuk mendapatkan ubat [pil] abadi.  Namun dia  gagal dalam usahanya untuk menghasilkan ramuan abadi, sebaliknya dia dengan tidak sengaja telah mencipta menggunakan beberapa ramuan campuran daripada jus kacang dengan gipsum,  kemudian membentuk pepejal  berwarna putih dan lembut dengan aroma memikat.  Para petani tempatan yang berani mencuba rasa produk tersebut dan mendapati  bahawa ia sangat  lazat. Semenjak itu makanan yang baru tercipta oleh Liu An  itu diberi nama "dadih kacang" atau "tahuu"  dan kampung halamannya yang terletak di wilayah Anhui Shouxian, telah digelar "kota kelahiran tauhu".  

Saturday, February 12, 2011

Asal Usul & Disebalik Popularnya Buku "Kama Sutra"

Mumbai: Ramai yang sudah  mengetahui  dengan buku Kama Sutra. Namun tahukah anda bagaimana asal usulnya? Buku Kama Sutra yang dikenal sebagai buku panduan bercinta itu telah berumur lebih dari 1800 tahun lalu.  Buku Kama Sutra yang aslinya,  berasal dari India ini hanyalah berupa tulisan biasa. Tidak semua isinya berkaitan dengan masalah seks dan percintaan.  Pengarang Kama Sutra, Vatsyayana menuliskan buku ini  ketika beliau sedang melakukan meditasi dan bukannya semasa melakukan hubungan intim bersama pasangannya.
Kemudian, buku Kama Sutra: Panduan Untuk Menuju Seni Dalam Kenikmatan " telah  ditulis semula oleh Aditya Narayan Dhairyasheel Haksar yang tidak hanya menuliskan kitab berupa tulisan dalam bahasa Sanskrit, tetapi membawa legenda akan hubungan antara dua manusia.  Buku ini kemudian lebih berisi tentang berbagai macam posisi saat melakukan hubungan intim.

Friday, February 11, 2011

Katak Makan Katak?

Katak Kuak atau katak besar [bullfrog] akan makan apa saja ketika perutnya sedang kelaparan. Ia cekap menangkap  pelbagai jenis haiwan kecil termasuk ular, tikus, kelawar, burung kecil  malah katak.  Foto di atas telah dirakam oleh sepasang suami isteri, Tad dan Karen  ketika sedang membersih kolam renang mereka di rumahnya, di Bacon Maryland, USA. 
Pada musim sejuk  katak kuak ini  tinggal berehat sementara di bawah tanah  dan biasanya hidup berhampiran dengan kolam dan sungai. Katak ini boleh membesar antara 6 hingga 8 inci, panjang kakinya pula mencecah 10 inci.  Katak kuak  menyerang mangsa dengan merodok atau menerkam dan terus menelannya.  Jika saiz mangsa agak lebih besar daripada mulutnya, ia menekan [menolak]  mangsa di dalam mulutnya menggunakan lengannya. [dailymail.co.uk]

Thursday, February 10, 2011

Jarang Berlaku : Gorila Melahirkan Anak Kembar

Seekor Gorila Gunung telah melahirkan sepasang anak kembar jantan 3 Februari yang lalu di  Taman Nasional Gunung Berapi, Rwanda.  Pada ketika ini tidak lebih 800 ekor gorila gunung masih wujud di seluruh dunia.  Amat jarang sekali gorila Rwanda melahirkan anak kembar dan ini adalah kes yang kelima berlaku.  Biasanya gorila melahirkan seekor anak setiap empat tahun sekali.

Tuesday, February 8, 2011

Fakta : Perbezaan Kawasan Artik Dan Antartika

FAKTA PENTING Tahukah anda terdapat perbezaan yang nyata antara kawasan Artik dan Antartika.
- Kawasan Artik terletak di Kutub Utara manakala Antartika terletak di Kutub Selatan.

- Kawasan Artik adalah lautan yang dikeliling oleh benua dan pulau-pulau manakala Antartika adalah benua yang dikelilingi oleh lautan.
- Walaupun Artik pada dasarnya ialah seperti laut beku, pengaruh air secara sederhana menjadikan iklim di kawasan ini lebih sesuai untuk kehidupan manusia dan binatang berbanding benua antartika. 

 - Di kawasan Artik, salji lebih mudah cair dan mengalami proses pengejatan berbanding di Antartika. 
- Keadaan ini menjadikan pembentukan ais kurang berbanding di Antartika.
- Semasa musim panas, kawasan di Artik tidak mempunyai ais dan ini memberi peluang kepada tumbuh-tumbuhan untuk hidup.

Saturday, February 5, 2011

Koma Bila-Bila Masa...Anjing Genius Menjadi Doktor Peribadi

Seekor anjing bijak, Shirley menjadi doktor peribadi sepanjang masa kepada seorang kanak-kanak berusia 7 tahun.   Rebecca  menghadapi masalah jatuh koma pada bila-bila masa saja yang boleh mengancam nyawanya.  Rebecca menghadapi masalah penyakit diabetes jenis  agresif  peringkat pertama yang bermaksud ia boleh mendapat serangan hipoglikemik dan boleh jatuh koma bila-bila masa. 
Namun  hidung luar biasa doktor peribadinya seekor anjing bijak, Shirley, sentiasa mengawasi dan mengetahui keadaan Rebecca kerana Shirley boleh mencium bau  darah gadis kecil itu ketika kadar gula menjadi terlalu tinggi atau terlalu rendah. 
Ketika anjing dapat mengesan perubahan itu, ia akan menjilat Rebecca sampai tersedar  atau  segera memberi isyarat kepada gurunya.

Friday, February 4, 2011

Jangan Terlalu berkasar Dengan Anak-Anak!

Walaupun ia adalah raja rimba, tetapi gambar di atas menunjukkan siapa sebenarnya yang lebih berkuasa. Ya permaisuri rimba. Singa betinalah yang berusaha memburu, memelihara dan menjaga keselamatan anak-anaknya.  Singa jantan menundukkan kepalanya apabila singa betina menegurnya. Foto-foto yang telah dirakam oleh seorang jurugambar amatur,  Jennifer Lockridge, di the National Zoo in Washington DC, mencatat peristiwa menarik apabila singa betina memberi teguran kepada sang singa  jantan, Luke bersikap agresif terhadap anaknya, Lusaka ketika bermain-main dengan bapanya  kerana menggigit ekornya. Zoo Kebangsaan Washington memiliki dua ekor singa betina dan 7 ekor anak singa yang kesemuanya adalah dari satu bapa, Luke. [dailymail.co.uk]

Rahsia Bayam Menjadikan Anda Kuat & Bertenaga Seperti Popeye

'Makanan super' yang memberikan Popeye otot-ototnya membesar dan pejal bukanlah ilusi kartun semata-mata...kini telah ditemui rahsianya. Para saintis telah menemui nitrat yang terkandung dalam sayuran hijau terutamanya bayam mampu meningkatkan 'powerhouses' dalam sel yang menyediakan tenaga.  Dengan sejumlah kecil bayam ia cukup untuk meningkatkan kecekapan mitokondria, sel tenaga untuk pembesaran. 
Pada awalnya kita menyangkakan zat besi dalam sayuran hijau sebagai sumber tenaga, tetapi yang sebenarnya nitrat yang  membekalkan 'super energy'. 
Sementara itu, Prof Weitzberg dan rakan sekerja, Profesor Jon Lundberg mendapati bahawa dengan bantuan bakteria nitrat ia dapat meningkatkan kadar oksida nitrat dalam tubuh diet. Nitrit oksida adalah molekul yang membuka pembuluh darah, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan  peredaran darah.
Kajian juga mendapati ubat kumur 'mouthwash' telah memanfaatkan nitrat untuk menghasilkan oksida nitrik sebagai agen dalam proses membunuh bakteria di dalam mulut.

Thursday, February 3, 2011

Dunia Dibadai Amukan Cuaca ...seluruh Hemisfera Utara Dilitupi Salji

Keadaan cuaca dunia sekarang semakin sukar diramal. Gambar satelit yang dirakam dan dikeluarkan oleh National Oceanic And Atmospheric Association (NOAA) menunjukkan negara-negara di bahagian utara dunia berhampiran hemisfera utara sedang menderita dicengkam litupan salji tebal yang teruk.   Salji yang membentang luas dari pantai barat Kanada ke pantai timur China, seolah-olah dunia terbahagi dua bahagian.  Jika sebelah utara dunia sedang dibadai salji, dunia sebelah selatan pula sedang diamuk bencana banjir dan taufan.  Saat ini Australia sedang menanti kunjungan serangan taufan  Yasi dengan kelajuan angin 300kmh manakala sesetengah negara termasuk Indonesia dan Malaysia sedang dilanda banjir.  Keseluruhan pelusuk dunia kini sedang diamuk oleh kemarahan cuaca milik Allah swt. Renung-renungkanlah.... 
 Hundreds of drivers on Lake Shore Drive in Chicago, which was blasted by 20 inches of snow, abandoned their cars in an almost apocalyptic scene as authorities closed the road

Wednesday, February 2, 2011

Cuti-Cuti Tahun Baru Cina...Jom Melancong [Tourism Malaysia]

[foto: orang muo dan pelancong lain menerima sambutan luar biasa dpd orang ramai di lapangan terbang KLIA :)]
Orang Muo ingin mengucapkan 'Selamat Tahun Baru Cina' kepada semua rakyat Malaysia berbangsa Cina. Sempena cuti Tahun Baru Cina ini marilah kita mengambil peluang  untuk melancong di dalam negeri.  Banyak tempat- tempat menarik yang boleh dilawati di seluruh negara. Jom melancong bersama Tourism Malaysia. " You're not just  a tourist..You are an honoured guest of  Malaysia "

Hubungan Seks Suami Isteri Waktu Pagi Meningkatkan Tahap Kesihatan Serta 'Mood' Segar Sepanjang Hari [18SX]

Bagaimana mahu memulakan harian anda dengan suasana sihat dan 'mood' yang segar? Jawapannya mulakannya dari bilik tidur anda.  Begitulah hasil kajian pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr Debby Herbenick, saintis penyelidikan Amerika dan kolumnis seks mendapati pasangan orang dewasa yang sering mengadakan hubungan suami isteri pada  waktu pagi  [ subuh sebelum atau selepas] ternyata tidak hanya merasa lebih bersemangat untuk  hari itu, tetapi juga bermanfaat untuk menguatkan sistem kekebalan tubuh.

Dunia Dah Hampir Kiamat..Masih Ada Suku Kaum Hidup Terpencil

Lost tribe: Bow and arrow at the ready, and with faces contorted with curiosity, the group stare and point at the unknown object hovering in the sky
Satu suku kaum yang telah hilang satu masa dulu di hutan Amazon telah ditemui semula. Suku kaum ini tinggal di sempadan  negara Brazil dan Peru di dalam hutan tebal Amazon telah terputus hubungan dengan dunia luar.  Kira-kira 150 orang  masih bertahan meneruskan hidup primitf mereka tanpa berpeluang menikmati kehidupan dunia sekarang.

Faedah Sehingga 18% Dilema Kad Kredit

Perlukah kita memiliki Kad kredit?  Dengan kadar faedah yang dikenakan kepada setiap pelanggan sehingga lebih 18% setahun,  ia  memang membebankan bagi sesetengah pengguna. Mungkin ramai pengguna tidak menyedari perkara ini atau buat-buat tidak tahu sahaja memandangkan tawaran untuk mendapatkan kad ini terlalu mudah.  Anda tidak perlu bersusah-payah ke bank dan mengisi borang tebal seperti  hendak membuat pinjaman , sebab di mana-mana saja wakil atau agen kad kredit menanti anda menawarkan kemudahan kad kredit dengan syarat yang amat mudah. 

Tuesday, February 1, 2011

Ariel Peterpan Porn Dijatuhi Hukuman Penjara 3 Tahun Setengah Terlalu Ringan...Penunjuk Perasaan Merusuh Tidak Puas Hati

 Penunjuk perasaan (kanan) bersiap untuk melemparkan batu di atas sebuah kereta penyokong Ariel.
Bandung: Ribuan orang yang berhimpun di hadapan mahkamah berdemonstrasi dan merusuh kerana rasa tidak puas hati  dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas penyanyi Ariel Peterpan  yang terlalu ringan.  Beberapa orang penunjuk perasaan melontar kenderaan polis yang membawa Ariel ke mahkamah dengan telur busuk dan tomato. Mereka begitu marah dan mengkritik bintang terkenal itu yang telah merosakkan minda dan akhlak pemuda pemudi Islam dengan video pornonya bersama selebriti terkenal Luna Maya dan beberapa artis yang lain. Mereka begitu kesal dan percaya sudah ribuan anak-anak muda Islam telah memuat turun video tersebut  yang boleh mengakibatkan runtuhnya akhlak dan akidah  tetapi pesalah hanya dikenakan hukuman ringan.