Tuesday, January 11, 2011

Rekod Dunia : Jualan Automotif 2010 Negara China 18.6 Juta Unit

Beijing - Tahun 2010 China memecah rekod dunia  jualan automotif terbesar berjumlah 18.6 juta unit [32%] , hampir sama dengan jumlah penduduk Malaysia! Bulan Disember saja berjumlah 1.67 juta unit.
China mengatasi Amerika Syarikat pada 2009 menjadi pasaran kereta yang terbesar di dunia dan merupakan pasaran utama bagi pengeluar asing. GM, Ford dan Volkswagen semua mencatat rekod jualan di negara itu tahun lalu dan kini mengatasi jumlah jualan keseluruhan.Beijing memperkenalkan dasar stimulus bertujuan untuk menyokong pasaran kereta semasa krisis kewangan global.
Dengan jumlah penduduk lebih 1.5 billion tidak mustahil  jika negara China mampu menguasai pasaran kereta dunia. Kuasa membeli penduduk serta pertumbuhan ekonomi China yang semakin kukuh tahun demi tahun memberi peluang rakyatnya menikmati arus pembangunan pesat setelah sekian lama negara ' naga gergasi ' ini tidur lena. 
Sebagaimana Nabi Muhammad dalam hadis- hadis sahih yang bermaksud "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah dunia ini dikuasai oleh kaum bukan dari bangsa Arab tetapi kaum-kaum yang  tinggal jauh dari kamu [tanah Arab], dan wajah mereka  rata seperti permukaan meja."  
Ternyata kini ekonomi dunia sudahpun dikuasai oleh bangsa-bangsa di timur yang wajahnya seperti digambarkan oleh Nabi Muhammad seperti  bangsa Jepun, Korea, dan China. 
Adakah bangsa Melayu termasuk dalam senarai kaum seperti yang digambarkan oleh Nabi Muhammad? Wajah orang Melayu ada juga yang seakan-akan bangsa China, Jepun malah orang putih dan India juga ada...he he.. minta  respon anda pembaca budiman :)

9 comments:

Syafiq Rosli said...

huhu..byknye..

kakyon said...

muka orang m'sia hanya 45% aje seperti permukaan meja..hehe

Freaky said...

pergh banyak gile dijual.. thanx 4 da info n colgate :)

MAPPIAU said...

hurrmmmmm entri ni buat saye berfikir sejenak..oh dah nak akhir zaman nampaknye dunia nih.

Laman Teman said...

memang penuh la jalan...huhu..

mungkin ini adalah satu petanda daripada hadis Rasulullah..
sememangnya petanda-petanda akan keluar di kala kita berada di fasa yang hampir dgn fasa kemusnahan dunia..

BRO_MONDAY said...

Salam "oram muo"...thanks ok coz share info ni...entry yam sangat bagus...ai laik dis...1 lagi, thanks jugak coz singgah mai blog tempohari..

p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
1. New Entry "^mEmBER opiS eKsiDEN^"

Miecyber said...

Mungkin tak lama lagi China akan menjadi Kuasa Ekonomi Utama Dunia.


Payung LED

::nuRuLaDHar:: said...

perghh!

Mr. TN_SkY said...

Fuh...lagi 12 juta..sama dah degan penduduk negara kita..hehe...=_=