Subscribe Us

Quran Besar Tulisan Tangan Berusia 500 Tahun Milik Perpustakaan John Rylands University of Manchesters


Sebuah kitab Al-Quran Bertulis tangan berusia 500 tahun , sebanyak  470 halaman berukuran 35 x 24 inci, sama dengan ukuran skrin TV plasma besar.  Kitab ini ditulis oleh beberapa ahli Kitab  dan iluminator untuk Kansuh al-Ghuri, Sultan Mameluke kedua terakhir dari Mesir.


Ahli sejarah berpendapat kitab ini ditulis bermula pada separuh kedua abad ke-14 hingga tahun 1500. Pada mulanya ia disimpan di perpustakaan sultan di Kaherah dan akhirnya diambil alih oleh Earl dari Crawford.


Quran adalah salah satu daripada beberapa naskah yang menjadi Koleksi Crawford, pelbagai artifak diambil alih oleh  Earls Crawford. Kitab ini dibeli oleh Enriqueta Rylands pada tahun 1901 dan  menjadi koleksi  perpustakaan suaminya John Rylands.  Perpustakaan ini akhirnya menjadi  sebahagian dari University of Manchester  sekarang.


Kerja-kerja menyalin setiap helaian muka surat Al-Quran ini sedang dilakukan  menggunakan teknologi digital yang diketuai oleh  En Carol Burrows di University of Manchester's John Rylands Library. Salinan tersebut akan dipublishkan sebagai Alquran digital online untuk para pelajar yang hendak membuat rujukan. Keadaan kitab yang sudah berusia ratusan tahun ini semakin rapuh  tidak mengizinkan untuk dijadikan sebagai kegunaan umum. Sebagai ganti kitab digital online akan diterbitkan.

Catat Ulasan

13 Ulasan

Unknown berkata…
menarik ~ cuba bongkarkan kitab injil yg btul2 ... tp skang mmg ssh nk dpt kitab injil yg btul punya..

PS : Jom jadi VIP di Blog Kodet
siap publish AlQUran digital lagi, susah2 sgt, beli jela baru. isinye same je
Hafriz Mohamad berkata…
Subhanallah....
shahrilhakime berkata…
Sayang......kesudahannye Al QUran ni jadi hakmilik oghang bukan Islam.... takde ke sape2 yang berminat nak ambik balik AL QUran ni???
ch!natsu berkata…
subhanAllah..
if dapat dijaga dgn baik dan disebarkan mksudnya itu lebih bgus kan..
mgkin ada yg terbuka ht menerima hidayah..
wallahhualam..
X berkata…
nasib bek Al-Quran nyh kategori khazanah terpelihara.. kalo x mesti dorunk x pkai glove kan?? huhu.. ye lah, dorunk kat berhadas besar n x suci..
umiawadah berkata…
yang memegang al-Quran tu bukan Islam ke?
w.a.n.i.e berkata…
besarnye..subhanallah
anamizu berkata…
subhanallah (-_-)

recent post : |maksud tersirat pelekat P|
Tanpa Nama berkata…
dorg pulak yg ade AlQuran kite....
Jumir berkata…
Sayang....patutnya org kite yg pegang Al-Quran tu.
ain revival berkata…
dgn adenya al-quran tuh..mngharapkan mereka memperolehi hidayah nnt..
insyaAllah...
Tanpa Nama berkata…
What a great resource!