Wednesday, January 19, 2011

Pilihan Raya Umum Awal Jika BN Raih 5,000 Undi


Singapura: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mungkin memutuskan tarikh pilihan raya umum akan datang berdasarkan kepada keputusan majoriti yang bakal dimenangi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bulan ini. 

Satu laporan laman berita The Malaysian Insider semalam berkata pihaknya difahamkan bahawa Datuk Seri Najib sedang berusaha agar BN meraih sekurang-kurangnya majoriti 5,000 undi daripada kubu Umno Johor itu sebelum membuat keputusan sama ada akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 Malaysia itu tahun ini.

Beliau berkunjung ke Felda Tenang semalam menjelang hari penamaan calon di kawasan DUN itu Sabtu ini.
Pilihan raya DUN Tenang yang bakal diadakan pada 30 Januari ini adalah pilihan raya kecil ke-14 di Malaysia sejak pilihan raya umum ke-12 negara itu pada Mac 2008.  Ia diadakan berikutan kematian penyandang kerusinya, Datuk Sulaiman Taha, dari Umno, pada 17 Disember lalu.  Ia juga pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008.

Tenang adalah salah satu daripada dua kerusi negeri di kawasan undi parlimen Labis, yang dipimpin ahli parlimen daripada Pesatuan Cina Malaysia (MCA), Encik Chua Tee Yong.

Allahyarham Datuk Sulaiman, 59 tahun, mengalahkan calon Parti Islam SeMalaysia (PAS), Encik Mohd Saim Siran, dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya 2008.
Namun, Datuk Seri Najib difahamkan bahawa Umno pernah mencapai kelebihan majoriti 5,517 undi, dan ia dicapai dalam pilihan raya 2004.

'Tenang akan digunakan sebagai kayu ukur. Jika Umno boleh menang dengan majoriti antara 5,000 dengan 6,000 undi, maka pilihan raya mungkin diadakan Jun ini.
'Tetapi, jika Umno gagal mencapai sasarannya itu, maka pilihan raya mungkin ditangguhkan ke tiga bulan terakhir tahun ini atau mungkin juga tahun depan,' kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider. [cyberita.asia1.com.sg]

2 comments:

Miecyber said...

Cam takut jer PM...

BlackBerry halang laman web lucah di Indonesia

joecharlie said...

Noramla-sedih-sungguh sedih-apabila mengetahui bahawa skandalnya terbongkar.

Sebelum ini dengan angkuh Normala menafikan bahawa dakwaan kononnya dia pernah kahwin dua kali adalah fitnah dan tidak berasas.

Namun apabila terbongkar-bahawa 13 tahun lalu- Normala pernah berkahwin dengan seorang yang bernama Abdul Rahman Nordin yang berkerja di Merry Brown Johor Bahru- kini Normala hanya membisu seribu bahasa.

Malang sungguh nasib Cikgu ini-begini lah kalau nafsu menguasai diri.

Gelagat Normala yang ditunjukkan di depan umum-hanya sandiwara.

Jika dalam kehidupan sendiripun bersandiwara-apatah lagi jika ada kaitan dengan rakyat.

Kita mahu memilih pemimpin kita yang telus, jujur dan ikhlas-bukannya seperti Normala.

Kepada penduduk Tenang- anda akan lebih terbela jika memilih Azhar Ibrahim yang kosong masalah pribadi.
Anda mungkin juga meminati: