Tuesday, January 25, 2011

Mi Bandung Muo Spesial Abu Bakar Hanipah Warisan Keluarga Sejak 1930 Sering Menerima Kunjungan VIP

Muar atau Muo begitu sinonim dengan makanan spesialnya iaitu mi bandung muo. sebelum ini orang muo ada menyiarkan artikel tentang mi bandung muo Kedai Abang Sayang.  Seorang lagi pengusaha kedai makan mi bandung muo spesial  ialah En Abu Bakar Hanipah, 60 tahun, yang mewarisi perniagaan daripada datuk dan ayahnya.  Kedai mi bandung muo Abu Bakar Hanipah terletak di Kedai Kopitim Wah San, Jalan Abdullah, bandar Muo.  Mi bandung muo En Abu Bakar Hanipah  memang terkenal bukan saja  menjadi tumpuan orang awam  pelbagai kaum bahkan sering menerima kunjungan daripada pelanggan atau tetamu VIP dan VVIP. 
 
Harga sepinggah RM4.00
Antara tetamu istimewa [VIP] yang pernah singgah dan makan mi bandung muo Abu Bakar Hanipah ialah Bekas PM Pak Lah, YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin, Menteri Besar Johor, Bekas Menteri Besar NS Datuk Isa Samad, Menteri-menteri dan ramai lagi. Tetamu VIP ini sering berkunjung ke kedai ini adalah  untuk  menikmati rasa mi bandung Abu Bakar yang spesial, dan lain dari yang lain. 
Foto kenangan bersama tetamu istimewa
Satu lagi perkara yang menarik dan unik kedai ini ialah perniagaan warisan keluarga En Abu Bakar ini telah bekerjasama  dengan sahabat baik berbangsa Cina sejak tahun 1930an lagi sehinggalah kini yang diteruskan oleh En Wee Ming Han, 44 tahun daripada ayahnya yang sudah bersara, En Wee Teck Long, 85 tahun.  Jika En Abu Bakar mengusahakan mi bandung dan sate, En Wee pula menjual pelbagai jenis minuman panas dan sejuk di kedai yang sama.  Perkongsian perniagaan ini telah berlanjutan sejak dari tahun 1930 sehinggalah sekarang.  Slogan 1Malaysia sebenarnya telah diamalkan oleh mereka sejak lama dulu. Sebelum berniaga di kedai sekarang bermula pada 1961, mereka menjalankan perniagaan di jalan Ali bersebalahan panggung wayang rex [panggung wayang rex sudah tidak wujud lagi, digantikan dengan kedai pakaian].
 Perencah mi bandung muo Abu Bakar juga boleh didapati di kedai ini
 Selain mi bandung sate dan menu yang lain  juga turut disediakan
En Abu Bakar juga telah membuka cawangannya di Tanjung Emas [Gerai No 9]  dan di Agroo Bazaar Pagoh. Oleh itu bagi penggemar-penggemar mi bandung muo yang tinggal berhampiran Pagoh bolehlah anda berkunjung ke Kedai Mi Bandung muo Abu Bakar di Agroo Bazaar Pagoh.  Kedai ini dibuka pada setiap hari bermula dari  pukul 6 pagi hingga 6 petang di semua cawangan.
Agroo Bazaar Pagoh

 Kenderaan khas untuk urusan penghantaran dan tempahan

23 comments:

ummiarissa said...

bila le orang lipis nak sampai muo ni..nak merasa mee bandung muo ni..original!

sarah mohamad said...

tengok pun memang dah menyelerakan !!

URY said...

sedap nyeee.... terasa lapar la plak..

Alimaz-Kembara Terasing said...

emmmmmm teringin nak rasa.... tapi jauh wehhhhh

Miecyber said...

Kena cuba nie...

Obama minta projek dari China

atie aizam said...

feberet nih.. :)

DKosongLapan said...

uiiii....lapo balik walopon udah makan tadii.....dah lame tak ke Muo niii

Firdaus Alim said...

Macam sodap ajo Mee Bandung 2

mie said...

hanya pernah sampai sekali saja di Muar..
meme bandung semstinya telah dicuba

POLARIS said...

busu...sedap3..nanti nak eh mee bandung kalau g muo lagi...hehehe

Fadzli Amir said...

Nanti bila sampai muo( entah bila ) nak singgah kedai ni...hehehhe..tengok rupa pun dah kecur air liur./.

ybs said...

isteri buat sendiri jer gune rempah mi bandung hj sernan, jimat dan bole makan banyak!!!

hehe

♥ ieRa ♥ said...

meleleh air liur tgk...

TAMBAH TRAFIK DENGAN SUBMIT BLOG KE 2500 SITE SECARA PERCUMA!!!

toyolkiut said...

sedap sngt ke..
lum pnh makan lg..
TK suka mee yg cde kuah2..

Farhana Sahri said...

perrghh.sedapnye

orang muo said...

ybs: perencah mi bandung segera x sama sedapnya dgn mi bandung muo original :) 3 kedai je kat muo yg betul2 mi bandung muo ori..

KUREKURE COMEL said...

rindunye kat mee bandung muo ni....terliur.....huhuhu

kakyon said...

balik muo nanti boleh singgah..

zmah said...

Kalau jalan ke sana akak nak trylah

thomas said...

nampak sedap ni,nak try juga kalau ada lalu sana.

AMiRU said...

Dah lama xkena mee bandung, aritu balik muar pun xsempat nk pegi.. Murtabak S'pore kat Petronas tu sempat pulak.. Hahah

Mr iz said...

eden nak kono torai ni.... mesti baik punyo ni...he he...lapau la pulok... lalu sana mesti singgah....

Abu Luqman said...

pernah sampai sana tapi dah lama dah...2 tahun yg lalu