Monday, January 10, 2011

Legenda 'Buah Asmara' Ribuan Batu Tidak Menjadi Penghalang Tetap Segar Tiba Untuk Santapan Kekasih

Warna kulit kemerah-merahan, berbentuk segi tiga runcing dibahagian bawah, rasanya memang manis, lazat serta digemari ramai manusia di seluruh dunia. Itulah Buah Asmara atau laici.  
Menurut sejarah China lebih ribuan tahun yang lalu seorang wanita yang tercantik pada zaman tersebut bernama  Yang Yuhuan tinggal di Chang'an, sekarang Xi'an, di Wilayah Shaanxi menjadi gundik kepada Maharaja  Xuanzong pada zaman Dinasti Tang  (685-762). Yang Yuhuan sangat gemar makan buah laici.
Demi kasih dan cinta agungnya terhadap bidadari kesayangannya, Maharaja Tang mengarahkan supaya menghantar buah laici segar walaupun jarak yang amat jauh ribuan batu jauhnya. 
Untuk mengatasi masalah penghantaran lambat tiba, tambahan pula buah laici merupakan sejenis buah yang tidak tahan lama kesegarannya, maka Maharaja Tang telah menubuhkan pasukan perkhidmatan pos  yang sistematik dan dikagumi pada masa itu. Baginda menggunakan pasukan berkuda dari satu setesen pos ke setesen pos yang lain dengan pasukan berkuda silih berganti antara pusat pos. Dalam tempoh terdekat buah laici dapat dihantar khusus untuk gundik kesayangan. dalam keadaan segar. Untuk mengekalkan kesegaran, buah laici disimpan beserta dengan dahan dan ranting di dalam kontena bertutup rapat  serta dikelilingnya dibubuh lilin.
Sebuah puisi oleh Du Mu, seorang penyair dari Dinasti Tang (618-907) tentang kisah bauah asmara: "Seekor kuda gallops di tanah dengan kelajuan penuh, dan gundik tertawa. Siapa lagi yang tahu itu laici datang .." Sejak saat itu laici telah diiktiraf sebagai " Buah Nasional" buah lazat terbaik di China   dan menjadi simbol percintaan. 
Pastikan laici dalam tin yang anda beli dijamin halal oleh Jabatan Agama Islam Malaysia. Banyak buah laici bertin diimport dari negara china yang tidak pasti kebersihan dan kesuciannya walaupun bercap logo halal jakim.

5 comments:

misza said...

makan buah laici segar je. susah nak jumpa tin yang ada loga halal JAKIM.

PinkLuscious said...

ouhh..baru tawu, buah laici ni buah asmara..hehe

~~zAnAfAhMi~~ said...

begitu romantiknya nama buah ni, hehe....mcm ni nak soh che abe kita gi beli buah asmara la....mesti tak jumpa!

kakyon said...

lama dah tak makan laicee tin..

chiLleD...!! said...

besnya buah laici ni..=)