Thursday, January 20, 2011

Keadaaan Sukar Ular & Katak Saling Memahami

Banjir besar yang berlaku di Queensland, Australia baru-baru ini, sebuah foto tentang peristiwa pelik sempat dirakamkan oleh Armin Gerlach, seorang juruteknik komputer.  Umum kita mengetahui ular dan katak adalah pemangsa dan mangsa.  Namun foto di atas memberi pengajaran kepada kita apabila masing-masing berada dalam  situasi yang teramat sukar, kadang-kadang kita terpaksa melupakan sementara permusuhan sesama sendiri.  Rasa simpati dan saling membantu lebih diutamakan daripada kepentingan diri.
Seekor katak hijau berpaut pada badan ular coklat berjuang menyelamatkan diri  daripada banjir besar yang melanda tempat tinggal haiwan ini. Ular dengan rela hati memberi peluang sang katak menumpang atas badannya ke tempat yang lebih selamat. Namun pada akhir perjalanan mereka, kita tidak tahu sama ada ular akan bertindak menjadikann katak sebagai habuannya....bangau oh bangau.. katak oh katak ..kenapa engkau panggil hujan...

28 comments:

ch!natsu said...

haiwan pun slg membantu..

Nerzhul said...

wow...kemana ular bawak katak tu..ke sarang nye ka..?hehee

Mama JnJ said...

menarik..haiwan pun ada timbang rasa huhu

Jumir said...

Idup kena give n take. Respect la...

qimie said...

katak oh katak ke bangau oh bangau?!.. hehehe

RuSh D said...

mmg ajaib kejadian tuhan

orang muo said...

qimie: yelah dah lama tak nyanyi lagu tu tersilap... bangau bukan katak

Ein Auzai'y said...

wah biar betul....kejadiaan allah tue memang indah...

Rynie Nas a.k.a Myung Hee said...

rasanya lepas banjir tu mesti katak dan ular berkawan baik...hahaha.....
pelik tapi benar....huhu

ummiarissa said...

lihat sahaja haiwan pun boleh ada sifat bantu membantu...bagaimana dengan manusia..sentiasa mencari salah orang dan tidak ikhlas membantu...renungkanlah..

Seri Bahasa said...

semoga ia boleh memberi keinsafaan kepada manusia agar lebih bersikap toleransi dalam apa jua situasi.

orang muo said...

ummi & seri& sahabat2 : setiap bala yg diturunkan mmg ada hikmahnya, antaranya utk memberi kesedaran dan keinsafan kpd setiap makhluk di dunia terutamanya umat manusia yg sering lupa & lalai dgn perintahNya.., kadang2 ada antaranya mempersenda agama sendiri... pada akhir zaman umat islam akan kufur pada siang hari dan bertaubat pada malamnya dan sebaliknya..kemudian mereka kufur lagi dan bertaubat kembali kerana iman yg rapuh serta terlalu cinta akan dunia semata2...nauzubillah

kay-N said...

waahhh...katak tu elok jeee dok melekat kat ular tu..hehe..

hawiz said...

hehe..baik sungguh..n3 yg bgs..bess

Pistachio said...

ular pn berjiwa mulia~

BuLat i2 CirCLE said...

cantekny gambo..wloupon kakat boley brnang..die gunakn kemudahan yg ada..hehe

old_trafford said...

mana shoutmixnya...hehe

nora said...

terkagum sekejap

Miecyber said...

Bersatu teguh, bercerai roboh...

RM 200 juta untuk seragam harga barang luar bandar

Farhana Sahri said...

ular 2 xsedar la 2 dia bwk pe..hehehe..pndai2 je ak ni

thomas said...

jikalau manusia bersikap mcm itu,aman damailah dunia ni,mungkin terjadi juga bila banjir besar melanda seluruh dunia.

toyolkiut said...

iktibar buat manusia yg punya akal..

.::: Princess MOMOY :::. said...

haiwan pun ada belas kasihan
manusia makin nipis belas kasihannya

Mereka ini sangat GOJES !
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
Nak Lagi Pendrive MURAH ?

Afiq Bukhari said...

subhanallah..

si para para said...

hehe kawan rapat masa sekolah tadika dulu tu..

ASaDa RyutaRo said...

cam adaptasi bed time story lak. katak berkawan dengan ular.. kalau dalam kisah dongeng dahulu kala tu, buaya berkawan dengan monyet.

shahsyaz said...

neh dikatakan, haiwan berhatikan manusia...

marina anakcikbob said...

perghh.. teladan ni..
tp besor giler ulau tu..
ee.. ngeri!