Wednesday, February 2, 2011

Hubungan Seks Suami Isteri Waktu Pagi Meningkatkan Tahap Kesihatan Serta 'Mood' Segar Sepanjang Hari [18SX]

Bagaimana mahu memulakan harian anda dengan suasana sihat dan 'mood' yang segar? Jawapannya mulakannya dari bilik tidur anda.  Begitulah hasil kajian pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr Debby Herbenick, saintis penyelidikan Amerika dan kolumnis seks mendapati pasangan orang dewasa yang sering mengadakan hubungan suami isteri pada  waktu pagi  [ subuh sebelum atau selepas] ternyata tidak hanya merasa lebih bersemangat untuk  hari itu, tetapi juga bermanfaat untuk menguatkan sistem kekebalan tubuh.
Penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa orang dewasa yang memulakan hari mereka dengan cara ini akan lebih sihat dan lebih bahagia daripada mereka yang hanya memilih untuk minum teh dan roti bakar sebelum keluar ke tempat kerja.  Ini kerana bahan kimia yang dilepaskan semasa hubungan seks pagi dapat meningkatkan kesihatan dan 'mood' baik untuk sepanjang hari, malah ia dapat mengelakkan bukan saja masalah angin dalam badan dan flu tetapi juga mampu meningkatkan kualiti rambut , kulit serta kuku mereka  lebih sihat.  Dr Debby Herbenick berkata: "Hubungan seks pada pagi hari akan melepaskan kimia oksitosin  yang dapat mewujudkan perasaan ceria  yang membuat pasangan merasa saling mengasihi dan terikat sepanjang hari."
Hubungan seks waktu pagi mampu menguatkan sistem kekebalan tubuh anda untuk hari itu dengan meningkatkan tahap  IgA anda, sejenis antibodi yang melindungi  jangkitan.  Zat kimia yang dilepaskan meningkatkan kadar estrogen, yang meningkatkan kualiti tekstur kulit dan rambut."
Kajian yang dilakukan oleh Queens University di Belfast mendapati bahawa melakukan hubungan seks tiga kali seminggu boleh mengurangkan separuh risiko serangan jantung atau stroke.
Oleh itu, orang dewasa harus tetap cuba untuk mencari masa untuk melakukannya walaupun banyak halangan seperti masa yang terbatas, kerja dan anak-anak.
Penyelidikan dari Universiti Nottingham pula mendapati bahawa lelaki yang terus mengamalkan kehidupan seks yang teratur pada usia 50an mereka juga berisiko lebih rendah terkena kanser prostat. [sumber : dailymail.co.uk]

18 comments:

cacing said...

betul ke??? cacing teringat ada dulu sape cite tah, antara adab tuk melakukan hubungan intim ni kena lah diwaktu malam n gelap, supaya pasangan tidak nmpk ape-ape kecacatan pada tubuh kite....

orang muo said...

pagi tu bermaksud sebelum subuh, awal subuh, waktu subuh :)

toyolkiut said...

wow..
hebat..

Mr. TN_SkY said...

hehehe..info untuk yg dah brkahwin..yg belum brkahwin mcm sky..ttp mata je lah hehe

ha..bro.:-) Ur link SkY dah msukkan dlm link exchange.. :-) Ini reward sebab kamu komen kasi idea ritu ye..:-) thanks..Komen kamu sangat membantu budak baru dalam dunia blogging nie =_=...Harap tidak jemu melawat pondok kecil...Dan SkY drop komen here too ye hehe..
JELAS SAHABAT BUKAN SEBARANG SAHABAT, SAYANG SEMUA

Solihin Zubir said...

uhuiii.. lpas ni kena tidur dulu baru bangun bermesra... hehehe.. (bajet dh kawen)

DKosongLapan said...

errr...macam mane tak tau niii....kene bagitau oghang ghumah awok niii...hehehe

bluedianthus said...

Bagus info ini bagi mereka yang dah berkahwin..Yang belum kahwin tu jadikannya sebagai pengetahuan berharga..:)

zulkbo said...

salam..
setuju..!!!
dah lama praktiskan..
he he...

azzey said...

menarik nih..heh3.....

yahaya said...

oopss iyer...

Mabuk! said...

Nice info,
baru tau.
Hehe.

Abu Luqman said...

amboi zul sutuju je..aku pun dah praktik..time nie..meter tengah naik..umph la..bro

Nazri_Hanafiah said...

macam mana ni....patut ker aku komen post ni....hahaha

josrevalution said...

tapi bro..kalo subuh2..bau mulut mungkin tidak menyenangkan...huhu....kalo yg bro kata sebelum subuh leh..hehe..maksud sbnrnya fakta info nie untuk lebih menyenangkan dan utk lebih impak maksima korang kena bangun,mndi kalo malas cuci muka brus gigi,sembyng subuh bagi yg 5 waktu..n baru beroprasi..hehe..

Anonymous said...

Ada juga lakukan lepas solat subuh tapi tak selalu...

www.myobw.com said...

macam tu pula ye... sebelum atau selepas subuh! hmmm... zaman skang nie mana ada kira waktu.. sesah ajer!... pagi ke petang ke malam 'yang penting mereka puas intim!' hahahahaha...

SYARIFF HAIKAL said...

wahh mau try ni.hahah

Anonymous said...

Asalamualaikum...Memang benar ada manafaatnya...terbukti berkesan...nak tahu kena cuba sendiri dengan pasangan yang sah...(dr pengalaman sendiri)....Jazakallah nhu khoiran..