Wednesday, January 12, 2011

Berjalan Kaki Hindari Pelbagai Jenis Penyakit Berbahaya

Tubuh sihat boleh diperoleh tanpa memaksa anda membeli peralatan tertentu  yang harganya agak mahal.  Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan meluangkan waktu dan mengamalkannya setiap hari tanpa mengeluarkan kos yang tinggi dan membebankan.  Aktiviti yang dimaksudkan ialah  berjalan kaki selama 30 minit sehari.  Jalan kaki yang dimaksudkan  adalah berjalan kaki secara cepat atau berjalan pantas seperti anda dalam keadaan tergesa-gesa.
Aktiviti berjalan kaki disertai diet dapat mengelakkan  kemungkinan seseorang terkena diabetes, bahkan kepada mereka yang berisiko sekalipun. Hal ini berdasarkan kesimpulan penelitian terbaru oleh  National Institute For Diebetes, Kidney Disease, and digestive United States.
Penelitian selama tiga tahun ini melibatkan 3234 sukarelawan dengan berat badan berelebihan serta  kebanyakan mereka berisiko diabetes. Mereka yang terdiri dari orang Afro-Amerika, Hispanik, Asia dan Indian melakukan diet dan jalan kaki. Hasilnya, dengan amalan berjalan santai 30 minit sehari, ia dapat mengurangkan 5-7 persen berat tubuh dan peratus  kemungkinan menghidap diabetes berkurangan sehingga 58 persen.
Berjalan kaki 30 minit sehari juga dapat mengurangi metabolic syndrome, salah satu penyebab tingginya risiko terkena penyakit jantung, diabetes, dan stroke. Demikian hasil kajian Duke University Medical Center.
Sebuah penelitian di Britain pun menyebutkan bahawa berjalan kaki selama setengah jam sehari dapat mengurangi bahaya penyakit jantung sebanyak 11%, terutama bagi perempuan.
Journal of the American Medical Association menyebutkan, berjalan kaki beberapa jam dalam sebulan dapat  menghindari risiko kanser payudara. Aktiviti ini membuatkan  lemak pada perempuan berkurang dan menjadi sumber estrogen.

8 comments:

amiYo said...

aih..nk kene g kuliah jalan kaki la esok ni... -.-

Pistachio said...

=.="


xcukup jalan kaki..

Asma said...

yup..setuju, jom amalkan ramai2...=)

eMMe said...

saya mmg kurang berjalan, byk duduk besarkan B****T...hehehee...

Miecyber said...

Tips berguna untuk kesihatan...


Karikatur

tengku asmadi said...

bagus utk kesihatan ..senaman 20 minit sehari pun dah cukup..jangan malas ..kena konsisten ~cegah sebelum terlambat

::nuRuLaDHar:: said...

hari2 nurul g keje jalan kaki..eheee =)

toyolkiut said...

alamak..
TK bnyak duduk je ni..