Tuesday, February 1, 2011

Ariel Peterpan Porn Dijatuhi Hukuman Penjara 3 Tahun Setengah Terlalu Ringan...Penunjuk Perasaan Merusuh Tidak Puas Hati

 Penunjuk perasaan (kanan) bersiap untuk melemparkan batu di atas sebuah kereta penyokong Ariel.
Bandung: Ribuan orang yang berhimpun di hadapan mahkamah berdemonstrasi dan merusuh kerana rasa tidak puas hati  dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas penyanyi Ariel Peterpan  yang terlalu ringan.  Beberapa orang penunjuk perasaan melontar kenderaan polis yang membawa Ariel ke mahkamah dengan telur busuk dan tomato. Mereka begitu marah dan mengkritik bintang terkenal itu yang telah merosakkan minda dan akhlak pemuda pemudi Islam dengan video pornonya bersama selebriti terkenal Luna Maya dan beberapa artis yang lain. Mereka begitu kesal dan percaya sudah ribuan anak-anak muda Islam telah memuat turun video tersebut  yang boleh mengakibatkan runtuhnya akhlak dan akidah  tetapi pesalah hanya dikenakan hukuman ringan.
Berikutan keputusan mahkamah, berlaku pergaduhan antara anggota kumpulan Persatuan Islam dengan penyokong ArielJika para peminat Ariel mengatakan ia tidak adil dihukum, kumpulan Muslim  pula mendakwa Ariel seharusnya dipenjara sehingga 12 tahun.

 Kumpulan Muslim mengadakan demonstrasi anti-pornografi di luar mahkamah Bandung
Ariel Peterpan telah dijatuhi hukuman tiga tahun enam bulan penjara. di Mahkamah  Negeri, Bandung, Jawa Barat.  Dia terbukti bersalah melakukan jenayah sosial dengan memberi kesempatan kepada orang lain untuk menyebarkan pornografi, membuat serta menyediakan pornografi.  Selain itu Ariel dihukum membayar denda RP 250 juta tambahan tiga bulan penjara.  Hukuman ini lebih ringan dibandingkan tuntutan oleh pendakwa raya.  Sebelumnya pendakwa raya  menuntut hukuman lima tahun penjara dan denda Rp 250 juta.

Islam dengan jelas telah menetapkan [hukum hudud] bahawa seseorang lelaki atau wanita yang melakukan zina maka hukumannya ialah rotan 100 kali jika masih bujang, dan hukuman rejam sampai mati ke atas lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin.  Maka apalah yang ada dengan hukuman penjara hanya 3 tahun lebih memang teramat ringan dan tidak setimpal dengan kesalahan yang termasuk dalam senarai perlakuan dosa besar. Nauzubillah... Ya Allah jauhkan kami dan pelihara kami dari tipu daya syaitan yang direjam dan jauhkan kami dan pelihara kami daripada tipu daya orang-orang yang zalim melakukan kerosakan di dunia.  Amin...

5 comments:

k_Own said...

padan dgn muka die. huh !

zulkbo said...

salam..
pengajaran buat beliau
dan kita semua..agar jangan
memandang mudah dan rendah
hukuman Allah lagi berat
menanti..

Farhana Sahri said...

huh! kn dh kena

Piasara said...

tak cukup tu,patut kena tambah lagi..apapun itu baru hukum dunia,harap lepas ni dia insaf..dan semua umat Islam pun akan insaf dan menjadi muslim yang sebenar,bukan Islam pada nama ja(kata2 untuk diri sendiri juga..)..AMIN!

~Nani3@InTaN~ said...

pengajaran buat kita semua....