Thursday, January 6, 2011

100 Ribu Warga Britain Memeluk Islam, Dua Pertiga Wanita Kulit Putih

London- Maklumat  terkini hasil penelitian yang dijalankan oleh pertubuhan "multi-faith group Faith Matters"  melaporkan rakyat negara Britain yang  memeluk Agama Islam Inggeris telah melebihi 100.000.  
Yang menariknya 70 peratus terdiri daripada warga kulit putih dan dua pertiga daripadanya adalah dari kalangan wanita Inggeris.  Pada tahun 2010 saja, seramai 5 200 warga Inggeris telauh menukar agamanya kepada Islam.
Angka ini hampir dua kali ganda dalam tempuh sepuluh tahun dengan majoriti yang menukar agama kepada Islam adalah wanita kulit putih berumur 27 tahun kerana mereka begitu muak dengan budaya kebendaan  serta  cara hidup yang tidak bermoral [budaya negatif].
Berdasarkan perangkaan  dalam penelitian oleh pertubuhan
"multi-faith group Faith Matters" 
mengandaikan  bahawa negara Inggeris sedang menjalani proses 'Islamification'.  Walaupun sudah memeluk Islam mereka mendakwa merasa  serasi dan selesa tinggal di Britain walaupun adakalanya mereka menghadapi masalah kecil. [sumber: dailymail.com.uk]

7 comments:

Freaky said...

alhamdulillah. hebat betol gerakan dakwah disana sampai dapat menarik ramai memeluk islam

SoutulMujahid said...

boleh tgk video kat sini gak. memang best sgt5!!! ramai giler org Barat masuk Islam!!! Allahu Akbar

Kebangkitan Umat Islam di Barat

akuanakpahang said...

Salam, Alhamdulillah islam semakin diterima disana. New Entry "Suram sikit hari ini..."

aZIEra itu aKu.... said...

alhamdulillah....islam makin diterima ramai...

9W2URY said...

Alhamdullillah... semoga mereka dan kita semua menjadi umat islam yg berkualiti.

KUREKURE COMEL said...

alhamdulillah...

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

alhamdulillah ya Allah..semoga mereka kuat imannya..