Subscribe Us

10 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Otak

Berikut adalah senarai jenis makanan terbaik untuk kesihatan otak anda.  Kesmua makanan ini bukan saja lazat dana menyelerakan, malah sangat berkhasiat untuk kesihatan otak anda supaya lebih cerdas, memori sentiasa segar dan mampu mudah mengingat. [sumber : horizontalimage.com]
1. Coklat atau koko
Coklat memang digemari ole semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak kerana rasanya yang sangat lazat. Tepung coklat sebenarnya sangat berkhasiat kerana ia mengandungi 'antioxidants' paling bertenaga  yang penting untuk membantu meningkatkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak.

2.  Ikan
Asid lemak atau dikenali sebagai omega3 yang terkandung dalam ikan amat bermanfaat untuk tubuh. Sebagai contih, omega3 membekalkan banyak oksigen ke otak lalu membolehkan otak anda menyimpan banyak maklumat baru di samping mengekalkan memori lama atau yang sedia ada.  Antara jeinis ikan yangbmempunyai banyak asid lemak ialah ikan haring, salmon dan tuna.

3. Kekacang dan Bijian
Pelbagai jenis makanan yang mengandungi kekacang  dan biji-bijian seperti hazelnut, kacang tanah, almond, walnut, pecans dan sebagainya adalah benar-benar baik untuk kesihatan otak. Hal ini demikian kerana ia juga mengandungi Omega-3 serta Omega-6. Ia telah diketahui  sebagai anti-depressants kerana mereka membantu anda berfikir positif.

4.  Sayuran Hijau
Sayuran hijau seperti kobis, bayam dan lain-lain sangat bagus untuk otak anda kerana menmgandungi vitamin B6, vitamin B12 yang sangat membantu ketika kita perlu mengingati maklumat lama dan memproses maklumat  yang baru saja anda pelajari.

5.  Serbuk Kari
Kari mengandungi antioksidan yang melawan penuaan otak dan memelihara fungsi kognitif semasa  umur manusia menjadi tua .Kari  juga mengandungi antioksidan untuk melawan kerosakan 'radial' bebas yang menyebabkan peradangan dan penyakit lain.

6. Beri
Beri yang penuh dengan anti-oksidan sangat baik dalam meningkatkan kemahiran motor dan kemampuan belajar secara keseluruhan sementara flavenoid sangat baik untuk meningkatkan memori. 

7.  Teh 
Teh atau teh hitam mengandungi catechin  sangat bermanfaat bagi otak. Katekin membuat fikiran segar dan tajam, juga mencegah keletihan mental. Baik teh hitam dan teh hijau sangat baik untuk kesihatan.

 8.  Tiram
Tiram  kaya dengan zat besi dan zink  yang memelihar  otak sentiasa tajam dan berkemampuan untuk meningkatkan daya ingatan. Ini adalah makanan laut kedua yang paling sihat dan sangat berguna bagi otak manusia.

9.  Telur
Telur mengandung vitamin B12 dan lesitin.  Vitamin B12 bukan saja mencegah penyusutan otak yang terjadi akibat penuaan, tetapi juga mencegah penyakit Alzheimer. Walaupun  telur mengandung kolesterol tinggi tetapi ia juga mengandungi choline yang tinggi, yang merupakan bahan pembinaan sel otak.

10.  Bijirin
Semua jenis bijirin terdiri daripada vitamin B6 yang penuh dengan timin, sangat berguna untuk meningkatkan memori. Bijirin juga meningkatkan aliran darah ke otak dan amat diperlukan dalam  membantu fungsi otak.

Catat Ulasan

19 Ulasan

URY berkata…
Trm ksh atas info yg berguna. Apapun pendapat saya, kena berpada-pada dan seimbang juga walaupun ia baik. kalau lebih takut timbul masalah juga...
Firdaus Life berkata…
terima kasih kerana share info ni :)
fiqkbe berkata…
beras pun termasuk dlm bijirin kan?
whitecappuccino berkata…
semua makanan ni saya suka :)
toyolkiut berkata…
wah..
semua feberet TK tu, kecuali kari..
alah sikit, cepat sakit perut..
yg lain bantai banyak pun xpe..
info yg sangat bagus..
trima kasih daun keladi..
mdhafiz berkata…
good info.. :)
Kak Mahh berkata…
Jom kita pi shopping..makanan berkhasiat.
anamizu berkata…
coklat bes!! ^^
Nabilla Nasir berkata…
saye amalkan minum teh hijau. disarankan untuk semua. bagus taw. bagus untuk cuci usus jugak
D'lla berkata…
like this info :)
ira mohd berkata…
sume ira suke makan. hehe ;p
Tanpa Nama berkata…
slmat pg...maaf sy ambil satu artikel orang muo
boy berkata…
info yang baik tq tq
Hairun Azmi berkata…
Tips yang sangat berguna...

Semua yang ada dalam senarai tu saya suka ...bestnyer...


Israel gunakan burung hering sebagai pengintip
Tanpa Nama berkata…
cokelat tu kegemaran seri. kalau kari tu biasa, rutin kat rumah.
BRO_MONDAY berkata…
salam ('',) ai dah folo blog ni...gaya penulisan entry yam ai suka...banyak info menarik ni...tengs sudi share dengan kami...

p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
1. New Entry "**aDa BuDaK HILANG!!!!**"
2. New Entry "^ haLLo..BuLeH saya BanTu??? ^"
mamawana berkata…
suka wat kek cokelat...
Tanpa Nama berkata…
wah..info yg bagus..mmg semua jenis makanan suka!
Nur Hani berkata…
kalau macam ni, i will no longer feel guilty of eating chocolates la ! :) hahah best nya, tapi yang hani dgr kan, dark chocolate without dairy mmg bagus untuk otak :)