Sunday, January 30, 2011

Antartika : Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu

BENUA Antartika - tiada tempat di dalam dunia ini yang dapat menandingi keunikan dan keindahan kawasan ini yang diliputi lautan salji tanpa mengira musim.
Antartika dikatakan paksi kepada pembentukan sejarah awal benua. Menurut ahli-ahli geologi, di sekitar 360 juta tahun lalu, daratan bumi ini sebenarnya bersatu di sekitar kutub selatan.
Satu daratan yang disebut Pangeas kemudian terpecah dua menjadi Laurasia dan Gondwana. Seterusnya, kedua-duanya ini terurai dan menjadi benua-benua dan pulau-pulau yang kini tersebar mengelilingi bumi.
Manusia mula mendekati benua Antartika sejak 1820.

Thursday, January 27, 2011

Burung Nuri Kakapo Spesis Terancam Tidak Boleh Terbang Sukar Ditemui

Burung Nuri Kakapo yang berjalan kuak ini dan tidak boleh terbang adalah salah satu burung yang paling berwarna-warni di dunia, amat sukar ditemui  dan hanya  didapati di kawasan paling terpencil.
Foto yang diambil
oleh Shane McInnes di New Zealand, merupakan salah satu entri yang memenangi pertandingan spesis  burung  antarabangsa yang dilindungi dari 566 burung yang paling terancam di Bumi.
"Sangat sedikit orang yang bertuah dapat melihat 
Kakapo dari jarak yang dekat.  Setelah anda tiba di sana anda harus menghabiskan masa berjam-jam menunggu untuk melihat dan mendapatkan gambar yang anda inginkan, bahkan boleh memakan masa beberapa minggu atau bulan. "'kata Andy swash, daripada pasukan  Projek Langka Dunia, yang menghantar jurugambar  ke tempat terpencil di seluruh dunia. [dailymail.co.uk]

Wednesday, January 26, 2011

Worlds Largest Cities By Population

 1. Greater Tokyo – 34.2 millions

 2. Guangzhou – 24.9 millions

Tuesday, January 25, 2011

Mi Bandung Muo Spesial Abu Bakar Hanipah Warisan Keluarga Sejak 1930 Sering Menerima Kunjungan VIP

Muar atau Muo begitu sinonim dengan makanan spesialnya iaitu mi bandung muo. sebelum ini orang muo ada menyiarkan artikel tentang mi bandung muo Kedai Abang Sayang.  Seorang lagi pengusaha kedai makan mi bandung muo spesial  ialah En Abu Bakar Hanipah, 60 tahun, yang mewarisi perniagaan daripada datuk dan ayahnya.  Kedai mi bandung muo Abu Bakar Hanipah terletak di Kedai Kopitim Wah San, Jalan Abdullah, bandar Muo.  Mi bandung muo En Abu Bakar Hanipah  memang terkenal bukan saja  menjadi tumpuan orang awam  pelbagai kaum bahkan sering menerima kunjungan daripada pelanggan atau tetamu VIP dan VVIP. 
 
Harga sepinggah RM4.00

Sunday, January 23, 2011

Puntung Rokok Sebagai Bahan Anti Karat

Shanghai: CNNGo mewartakan, Cina menjadikan puntung rokok yang dibuang bersepah merata tempat oleh perokok lebih berguna untuk melindungi paip besi di negara itu daripada masalah karat. Sekumpulan pengkaji Cina mengesahkan puntung rokok apabila direndam dalam air dapat membantu mencegah pengaratan
Dalam industri minyak, bahan-bahan seperti yang terdapat dalam puntung rokok  telah diterapkan untuk jenis logam besi (N80). Besi terlindung dari karat, mencegah kerosakan dan gangguan dalam produksi minyak. Para pengkaji telah mengenal pasti sembilan bahan kimia dalam ekstrak rokok, termasuk nikotin, yang  bermanfaat untuk efek antikarat.
Kini, perokok di seluruh negara Cina telah mengetahui kegunaan puntung rokok dengan mengitar semula sebagai bahan anti karat di tempat mereka masing-masing.  Secara tidak langsung kebersihan persekitaran daripada puntung rokok yang bersepah-sepah di merata tempat telah dapat di atasi.  [sumber: CNNGo]

Friday, January 21, 2011

Gara-Gara "Gigitan Cinta" Wanita Terkena Stroke

Wellington: Sebagian tubuh seorang perempuan warga negara Selandia Baru menderita lumpuh sementara akibat "gigitan cinta" di tengkuknya dari pasangannya. Demikian diberitakan oleh doktor di New Zealand Medical Journal, baru-baru ini.
Dalam jurnal tersebut, para doktor mengatakan, perempuan yang berusia 44 tahun tersebut datang ke bahagian  kecemasan Hospital Middlemore, Auckland.  Wanita tersebut mengadu kehilangan gerak pada lengan kirinya sewaktu menonton televisyen.  
Setelah pemeriksaan dijalankan para doktor mendapati wanita itu menderita stroke ringan. Namun, para doktor tidak  mengetahui puncanya sehinggalah mereka menemui satu kesan vertikal kecil di tengkuk perempuan tersebut dekat urat nadi besar. Ternyata, itu adalah "gigitan cinta" atau "hickey" yang ia "terima" beberapa hari sebelumnya. 

Thursday, January 20, 2011

Keadaaan Sukar Ular & Katak Saling Memahami

Banjir besar yang berlaku di Queensland, Australia baru-baru ini, sebuah foto tentang peristiwa pelik sempat dirakamkan oleh Armin Gerlach, seorang juruteknik komputer.  Umum kita mengetahui ular dan katak adalah pemangsa dan mangsa.  Namun foto di atas memberi pengajaran kepada kita apabila masing-masing berada dalam  situasi yang teramat sukar, kadang-kadang kita terpaksa melupakan sementara permusuhan sesama sendiri.  Rasa simpati dan saling membantu lebih diutamakan daripada kepentingan diri.
Seekor katak hijau berpaut pada badan ular coklat berjuang menyelamatkan diri  daripada banjir besar yang melanda tempat tinggal haiwan ini. Ular dengan rela hati memberi peluang sang katak menumpang atas badannya ke tempat yang lebih selamat. Namun pada akhir perjalanan mereka, kita tidak tahu sama ada ular akan bertindak menjadikann katak sebagai habuannya....bangau oh bangau.. katak oh katak ..kenapa engkau panggil hujan...

Wednesday, January 19, 2011

Quran Besar Tulisan Tangan Berusia 500 Tahun Milik Perpustakaan John Rylands University of Manchesters

Sebuah kitab Al-Quran Bertulis tangan berusia 500 tahun , sebanyak  470 halaman berukuran 35 x 24 inci, sama dengan ukuran skrin TV plasma besar.  Kitab ini ditulis oleh beberapa ahli Kitab  dan iluminator untuk Kansuh al-Ghuri, Sultan Mameluke kedua terakhir dari Mesir.
Ahli sejarah berpendapat kitab ini ditulis bermula pada separuh kedua abad ke-14 hingga tahun 1500. Pada mulanya ia disimpan di perpustakaan sultan di Kaherah dan akhirnya diambil alih oleh Earl dari Crawford.

Pilihan Raya Umum Awal Jika BN Raih 5,000 Undi


Singapura: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mungkin memutuskan tarikh pilihan raya umum akan datang berdasarkan kepada keputusan majoriti yang bakal dimenangi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bulan ini. 

Satu laporan laman berita The Malaysian Insider semalam berkata pihaknya difahamkan bahawa Datuk Seri Najib sedang berusaha agar BN meraih sekurang-kurangnya majoriti 5,000 undi daripada kubu Umno Johor itu sebelum membuat keputusan sama ada akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 Malaysia itu tahun ini.

Best Friends

A child kisses her bird outside Mijas's San Anton hermitage, near Malaga southern Spain Jan 17, 2011.[Photo/Agencies]
Foto memaparkan erti persahabatan sebenar antara seorang kanak-kanak dengan haiwan peliharaannya. Ekspresi wajah kanak-kanak  ini begitu mempesonakan, dipenuhi rasa kasih dan sayang .Begitu juga dengan burung peliharaannya seolah-olah mengerti  apa yang tersirat di hati kanak-kanak ini. Syahdu...

Tuesday, January 18, 2011

Laundry In An Ice Hole

A woman uses a stick to rinse her laundry in an ice hole at Siverskoye lake in the town of Kirillov, some 500 km (311 miles) north of Moscow, Russia Jan 17, 2011. [Photo/Agencies]

ASEAN Jadi Tuan Rumah Piala Dunia 2030?

Singapura - Malaysia pencetus idea...KEJOHANAN bola sepak Piala Dunia berlangsung di rantau ini?

Ini mungkin menjadi satu kenyataan kelak kerana negara- negara Asean sedang menyiapkan saranan kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) untuk menjadi tuan rumah bersama kejohanan Piala Dunia 2030. Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura semalam, saranan agar Asean menganjurkan pertandingan berprestij itu ialah bagi membantu pertubuhan itu menjadi lebih dekat dengan rakyatnya.

Lagu "Andai Aku Jadi Gayus" Pengalaman Bekas Banduan Sedang Ngetop di Utube

Lagu yang berjudul Andai Aku Jadi Gayus yang dicipta dan dinyanyikan sendiri oleh Bona, bekas banduan yang baru keluar dari penjara Gorontalo, Indonesia.  Bona [ Bone Paputungan ] mencipta lagu ini kerana terinspirasi daripada pengalaman peribadinya sebagai seorang banduan biasa ketika menjalani hukuman sangat berbeza dengan apa yang dialami oleh Gayus Tambunan seorang mafia along yang mendapat layanan istimewa pihak penjara kerana kuasa wang boleh membeli apa saja termasuk jiwa manusia pegawai penjara. Liriknya sangat menarik, puitis dan sinis dengan melodi lagu yang begitu mengasyikkan. Perdengarkan  lagu ini serta hayati liriknya. Persoalannya...mungkinkah perkara ini juga berlaku di Malaysia? [ liputan6.com]

Monday, January 17, 2011

Cabai Merah Yang Manis

Bogor: Cabai sinonim dengan rasanya yang pedas. Namun di tangan Ibu Fatimah, cabai merah yang segar bertukar  menjadi manisan. Manisan cabai milik Fatimah dijual pada harga Rp 70 ribu per kilogram. Kalau anda ke Bogor dan berhajat ingin merasanya  singgahlah  di kawasan Cimahpar, Bogor, Jawa Barat.

Bahan-bahan untuk membuat manisan ini sangat mudah, antaranya mestilah cabai merah, gula, garam, dan air. Mula- mula cabai merah dibelah untuk dibuang isinya. Selanjutnya rendam cabai yang telah dibuang isinya ke dalam air garam selama enam hingga 12 jam. Ini untuk menghilangkan sisa-sisa rasa pedasnya.

Sunday, January 16, 2011

Pesawat NASA Generasi Masa Depan 2025

Future flight? Boeing unveils its innovative design for a faster, bigger and cleaner aircraft
NASA telah memilih tiga syarikat reka bentuk pesawat super berkonsepkan "wraps off" lebih senyap,  pesawat efisyen berkuasa yang berpotensi  bersedia untuk terbang sebelum 2025.  Design  pesawat super ini adalah hasil rekaan daripada Lockheed Martin, Northrop Grumman dan Syarikat Boeing. Pada bulan-bulan terakhir tahun 2010, ketiga-tiga syarikat ini telah memenangi kontrak daripada  NASA untuk menjalankan kajian dan menguji konsep mereka sepanjang 2011 ini.
Nampaknya, NASA mensasarkan untuk membangunkan barisan pesawat
super yang lebih tenang, lebih besar, lebih cepat, serta mempunyai teknologi membakar bahan bakar lebih lambat dan lebih bersih [mesra alam] daripada pesawat yang ada sekarang. [dailymail.co.uk]

Top 10 Youngest Billionaires

1. Mark Zuckerberg

Net Worth : $6.9 billion
Known for : Co-founder of Facebook
Age : 26 (May 14, 1984)







2.Dustin Moskovitz

Net Worth : $1.4 billion
Known for : Co-founder of Facebook
Age : 26 

 

3. Scott Duncan  

Net Worth : $3.1 billion
Known for : pipelines(energy)
Age : 27 

 

Saturday, January 15, 2011

Luar Biasa: Singa Betina Bunuh Buaya Yang Cuba Serang Anak

Bostwana - Pada kebiasaannya pertembungan dua jenis haiwan ganas  masing-masing akan cuba mengelakkan diri satu sama lain. Namun satu peristiwa  luar biasa ini telah berlaku apabila dua jenis haiwan ganas antara singa dengan buaya saling bertindak menyerang antara satu sama lain.  Punca pertelingkahan bermula dengan anak singa cuba diperangkap dan diserang oleh sang buaya semasa si ibu baru saja membunuh seekor kerbau berhampiran tempat tinggal sang buaya. Naluri sebagai ibu begitu kuat untuk mempertahankan anak lalu terus bertindak membalas serangan bersama beberapa ekor singa betina yang lain.
  A lioness stared down the crocodile after it tried to snap at a cub
Akhirnya sang buaya ganas tertewas jua dan menjadi habuan kawanan singa. Peristiwa ini sempat dirakam oleh Tony Goldman, 58 tahun semasa dalam  perjalanan safari ke Duba Plains, di Botswana, bersama anaknya. Lihat foto-foto menarik adegan pertarungan sengit antara dua jenis haiwan hebat ini yang telah dirakam oleh Mr Tony...[dailymail.co.uk]

Friday, January 14, 2011

Kacang Soya Mampu Melawan Kanser Payudara & Prostat

Para saintis percaya kacang soya dapat meningkatkan pertempuran melawan prostat dan kanser payudara.  Penyelidik dari Universiti di Buffalo, New York telah melakukan kajian ke atas 1,300 orang wanita dan menunjukkan isoflavon dari kacang soya dapat mengurangkan risiko terkena kanser payudara.
Penyelidik, Anne Weaver menemui hasil kajiannya,  mereka yang diberi rawatan dengan  isoflavon  mempunyai 30 peratus pada risiko yang lebih rendah daripada tumor payudara invasif dan 60 peratus risiko yang lebih rendah dari tumor peringkat rendah. 

Easy patrols on two wheels

Policemen ride through the Tian'anmen Square in Beijing. The so-called "intelligent police vehicle," equipped with a camera, can run up to 20 kilometers per hour, which is equivalent to jogging speed. Being small and convenient, the vehicle can easily help police patrol among crowded and tight places. Whether it will become an official police vehicle is still under discussion.

Wednesday, January 12, 2011

Facebook Bernilai USD50 Bilion

LAMAN rangkaian sosial Facebook dilaporkan berjaya mengaut pelaburan daripada Goldman Sachs dan seorang pelabur Russia dalam perjanjian yang meningkatkan nilainya mencapai AS$50 bilion.  Menurut satu laporan The New York Times, Goldman melaburkan sebanyak AS$450 juta dalam Facebook, sementara lagi AS$50 juta dilaburkan oleh Digital Sky Technologies. Akhbar tersebut, menerusi sumber-sumber yang tidak dinamakan, melaporkan bahawa syarat-syarat perjanjian itu meletakkan nilai lebih AS$50 bilion ke atas Facebook.

Berjalan Kaki Hindari Pelbagai Jenis Penyakit Berbahaya

Tubuh sihat boleh diperoleh tanpa memaksa anda membeli peralatan tertentu  yang harganya agak mahal.  Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan meluangkan waktu dan mengamalkannya setiap hari tanpa mengeluarkan kos yang tinggi dan membebankan.  Aktiviti yang dimaksudkan ialah  berjalan kaki selama 30 minit sehari.  Jalan kaki yang dimaksudkan  adalah berjalan kaki secara cepat atau berjalan pantas seperti anda dalam keadaan tergesa-gesa.
Aktiviti berjalan kaki disertai diet dapat mengelakkan  kemungkinan seseorang terkena diabetes, bahkan kepada mereka yang berisiko sekalipun. Hal ini berdasarkan kesimpulan penelitian terbaru oleh  National Institute For Diebetes, Kidney Disease, and digestive United States.

Tuesday, January 11, 2011

Rekod Dunia : Jualan Automotif 2010 Negara China 18.6 Juta Unit

Beijing - Tahun 2010 China memecah rekod dunia  jualan automotif terbesar berjumlah 18.6 juta unit [32%] , hampir sama dengan jumlah penduduk Malaysia! Bulan Disember saja berjumlah 1.67 juta unit.
China mengatasi Amerika Syarikat pada 2009 menjadi pasaran kereta yang terbesar di dunia dan merupakan pasaran utama bagi pengeluar asing. GM, Ford dan Volkswagen semua mencatat rekod jualan di negara itu tahun lalu dan kini mengatasi jumlah jualan keseluruhan.

Monday, January 10, 2011

Legenda 'Buah Asmara' Ribuan Batu Tidak Menjadi Penghalang Tetap Segar Tiba Untuk Santapan Kekasih

Warna kulit kemerah-merahan, berbentuk segi tiga runcing dibahagian bawah, rasanya memang manis, lazat serta digemari ramai manusia di seluruh dunia. Itulah Buah Asmara atau laici.  
Menurut sejarah China lebih ribuan tahun yang lalu seorang wanita yang tercantik pada zaman tersebut bernama  Yang Yuhuan tinggal di Chang'an, sekarang Xi'an, di Wilayah Shaanxi menjadi gundik kepada Maharaja  Xuanzong pada zaman Dinasti Tang  (685-762). Yang Yuhuan sangat gemar makan buah laici.
Demi kasih dan cinta agungnya terhadap bidadari kesayangannya, Maharaja Tang

Sunday, January 9, 2011

Kereta Elektrik Tanpa Pemandu Masa Depan Elak Kesesakan Trafik

Kompak, mesra alam  dan boleh bergeak sendiri tanpa pemandu. Kenderaan keluaran General Motors, The EN-V (Electric-Networked Vehicle) dua tempat duduk bergerak menggunakan  kuasa bateri  sekitar 25 batu untuk sekali cas dengan kelajuan maksimum 25 batu sejam, boleh berpusing 360 darjah. Sesuai di bandar, dan tempat tertutup  untuk mengurangkan kesesakan trafik dan tempat 'parking'

10 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Otak

Berikut adalah senarai jenis makanan terbaik untuk kesihatan otak anda.  Kesmua makanan ini bukan saja lazat dana menyelerakan, malah sangat berkhasiat untuk kesihatan otak anda supaya lebih cerdas, memori sentiasa segar dan mampu mudah mengingat. [sumber : horizontalimage.com]
1. Coklat atau koko
Coklat memang digemari ole semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak kerana rasanya yang sangat lazat. Tepung coklat sebenarnya sangat berkhasiat kerana ia mengandungi 'antioxidants' paling bertenaga  yang penting untuk membantu meningkatkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak.

Cili, Lada Hitam & Halia Pelangsing Tubuh

Mengamalkan diet  bukanlah satu-satunya cara untuk memiliki tubuh langsing yang menarik mata sesiapa saja yang memandannya.  Memilih bahan perencah tertentu dalam masakan juga boleh mengurangkan lebihan lemak di tubuh. Bahan masakan yang mudah didapati seperti cili atau cili padi, lada hitam dan halia adalah antara bahan yang mampu membantu tubuh kita menjadi langsing. Bagaiman bahan-bahan masakan ini berfungsi melangsingkan tubuh anda?
1. Cili
Kandungan utama yang terdapat dalam keluarga cili  adalah capsaicin.  Banyak penelitian membuktikan, capsaicin dapat membakar kalori dengan cepat.  Capsaicin bertindak memicu menaikkan suhu tubuh yang kemudian diikuti dengan pembakaran kalori.

Thursday, January 6, 2011

Telur Baik Untuk Kesihatan Jantung?

New York: Perdebatan tentng efek telur terhadap  kesihatan jantung terjawab sudah. Pakar kesihatan Don McNamara menegaskan bahwa telur memiliki banyak manfaat untuk kesihatan jantung.  Bahkan, Organisasi Heart Foundation menyarankan kita makan enam butir telur seminggu.
"Banyak orang lanjut usia takut memakan telur kerana mereka bimbang akan kolesterol yang terkandung dalam telur.  Namun banyak penyelidikan  menunjukkan bahwa kolesterol tidak akan mempengaruhi risiko serangan jantung," kata McNamara dalam  Zee News.

100 Ribu Warga Britain Memeluk Islam, Dua Pertiga Wanita Kulit Putih

London- Maklumat  terkini hasil penelitian yang dijalankan oleh pertubuhan "multi-faith group Faith Matters"  melaporkan rakyat negara Britain yang  memeluk Agama Islam Inggeris telah melebihi 100.000.  
Yang menariknya 70 peratus terdiri daripada warga kulit putih dan dua pertiga daripadanya adalah dari kalangan wanita Inggeris.  Pada tahun 2010 saja, seramai 5 200 warga Inggeris telauh menukar agamanya kepada Islam.
Angka ini hampir dua kali ganda dalam tempuh sepuluh tahun dengan majoriti yang menukar agama kepada Islam adalah wanita kulit putih berumur 27 tahun kerana mereka begitu muak dengan budaya kebendaan  serta  cara hidup yang tidak bermoral [budaya negatif].
Berdasarkan perangkaan  dalam penelitian oleh pertubuhan
"multi-faith group Faith Matters" 
mengandaikan  bahawa negara Inggeris sedang menjalani proses 'Islamification'.  Walaupun sudah memeluk Islam mereka mendakwa merasa  serasi dan selesa tinggal di Britain walaupun adakalanya mereka menghadapi masalah kecil. [sumber: dailymail.com.uk]

Wednesday, January 5, 2011

Burung Hering Terbang Ke arab Saudi Sebagai Pengintip Rahsia Israel

Pihak berkuasa di Arab Saudi menangkap burung hering yang disyaki sebagai pengintip Mossad di kawasan luar bandar Arab SaudiBurung itu ditemui tersesat terbang ke wilayah arab Saudi yang dipasang dengan alat pemancar dan gelang pada kaki bertulis  "Tel Aviv University" 
Walaupun tag ini menunjukkan bahawa burung tersebut merupakan sebahagian daripada projek penyelidikan jangka panjang tentang pola penghijrahan burung, penduduk dan wartawan tempatan berkata kepada surat khabar Al-Weeam Arab Saudi bahawa masalah ini tampaknya menjadi "plot Zionis.  Mereka melatih hering untuk dijadikan pengintip ". Berita penangkapan burung pengintip telah menjadi topik hangat dalam ratusan blog dan forum berbahasa arab[sumber : dailymail.co.uk/news]

Tuesday, January 4, 2011

Jualan Hangat : Dapatkan Barangan Jenama Desigual Percuma Dengan Syarat Tanggalkan Pakaian Anda Hanya Underwear Saja ...Oh Tidak..

 ribuan pelanggan berkumpul di luar kedai mencuba nasib
Spain- Macam-macam .. percuma...Sebuah syarikat pengeluar pakaian berjenama terkenal Desigual di Spain menawarkan jualan istimewa kepada sesiapa saja  secara percuma tetapi dengan syarat mereka mesti menanggalkan semua pakaian mereka kecuali dengan berseluar dalam untuk layak masuk mendapatkan apa saja barangan secara percuma di kedai tersebut.  Dengan keadaan cuaca yang terlalu sejuk ribuan pelanggan mencuba nasib dengan membuka pakaian  mereka menunggu di luar kedai Desigual  untuk menjadi 100 pelanggan bertuah, malah ada yang sanggup berada  di situ sejak 3 petang sehari sebelumnya.  Namun  mereka yang tidak berjaya tetap ceria kerana kedai berkenaan menawarkan potongan separuh harga bagi semua jenis pakaian jenama Desigual. Bagaimana dengan kita..sanggup ke anda menggadai maruah semata-mata nak dapatkan barangan pakaian  percuma..[biarlah aku pakai kain pelikat lusuh asalkan tidak melanggar syariat]

Monday, January 3, 2011

Siapa VIP Yang Melindungi Kelab Gay?

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Pusat aktiviti kumpulan pengamal seks songsang atau kelab gay di negara ini dikesan bergerak secara tersembunyi dan sukar dikesan malah dipercayai 'dilindungi' golongan orang kenamaan (VIP).
Seperti 'tidak boleh disentuh', agensi penguat kuasa turut berhadapan cabaran menjalankan operasi di lokasi-lokasi panas yang dikenal pasti menjalankan aktiviti seks songsang.
Difahamkan, kebanyakan golongan gay terbabit terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi, profesional, tokoh korporat dan selebriti [Utusan Malaysia]
Nauzubillah...teringat semasa sekolah dulu ustaz menceritakan  satu kisah atau peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Nabi Luth kerana disebabkan kaumnya yang telah sesat mengamalkan budaya hubungan sejenis, maka Allah menurunkan bala ke atas negeri tersebut dengan memerintahkan malaikat Jibril mengangkat negeri Sadum ke atas tinggi sekali lalu menterbalikkan dan menghempaskannya sehingga hancur sehancur-hancurnya.  Kemudian diturunkan hujan batu dari langit sementara dari dalam tanah pula keluar api sehingga musnah semuanya kecuali Nabi Luth serta kaumnya yang taat dan beriman kepada Allah swt. Oh Malaysiaku...

Saturday, January 1, 2011

Makan Telur Cacing Gelang Untuk Kurus Supaya Mendapat Peluang Kerjaya

China- Pelajar- pelajar wanita di negara China sanggup makan telur cacing gelang untuk memastikan mereka nampak kurus dan menarik semasa menghadapai sesi temuduga.
Telur-telur cacing gelang ini akan menetas di dalam perut lalu bertindak sebagai agen  menurunkan berat badan tanpa bersusah payah melakukan diet atau senaman
Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya di kawasan luar bandar begitu hebat di negara China terutamanya golongan wanita lepasan institusi pengajian tinggi kerana jumlah calon yang amat ramai sementara peluang kerjaya yang terhad sekitar 22% berbanding jumlah pemohon lebih 112 juta orang pada setiap tahun. Mereka yakin dengan penampilan bentuk tubuh yang yang menarik akan membantu mereka mendapatkan pekerjaan. [sumber: dailymail.co.uk]
Bagaimana pula di Malaysia? Cantik, menawan, gemuk, gempal?  Sebagai warganegara kita berharap tiada diskriminasi  untuk melayakkan seseorang mendapat pekerjaan dengan memilih paras rupa daripada sijil dan kemahiran. Walaubagaimanapun penampilan diri juga memainkan peranan sekiranya anda ingin berjaya dalam temuduga.
Selamat Tahun Baru. Semoga 2011 lebih menyinar untuk Malaysia.