Friday, December 30, 2011

Aktiviti Terpadat di Dunia Digital Online Setiap 60 Saat... menakjubkan

Sebuah laman teknologi PC Mag hari ini [Rabu 28 Dis 11] telah memuat infografik mengenai aktiviti yang terjadi di dunia online bagi setiap 60 detik. Angka-angka yang disajikan sangat mengagumkan.
Di laman sosial Facebook misalnya, setiap satu minit muncul lebih dari 695 ribu update status, 79 ribu wall post, dan 510 ribu komentar.

Dari dunia 'si Burung Biru' Twitter, terdapat lebih dari 98 ribu kicauan yang muncul setiap minit sekaligus 320 akaun baru. Sementara di YouTube, pengguna memuat naik lebih dari 600 video baru yang memiliki total durasi lebih 25 jam.

Wednesday, December 28, 2011

Kafein Berlebihan Berbahaya Bagi Ibu Hamil

Edinburgh: Banyaknya minuman instan yang dijual bebas hendaknya menjadikan para ibu hamil haru berwaspada kerana minuman yang beredar di pasaran mengandungi kadar kafein yang boleh menyebabkan menimbulkan cacat pada bayi dalam kandungan, prematur hingga kematian janin dalam kandungan

Kafein tidak hanya terdapat pada kopi tetapi juga teh, coklat, maupun makanan lainnya yang berkemungkinan mengandung jenis zat ini.
Menurut laman klikdokter.com, minuman kopi yang dijual memiliki kadar kafein bervariasi dari 50 miligram hingga 322 miligram untuk secawan.

Monday, December 26, 2011

Wanita Hamil Tidak Perlu Makan Untuk 2 Orang ... risiko penggumpalan darah

Wanita hamil sangat memerlukan banyak nutrisi untuk memastikan kesihatan dirinya dan janin yang dikandung. Akibatnya banyak antara ibu-ibu mengandung merasa perlu makan dua kali lebih banyak. Masyarakat menganggap ini peningkatan nafsu makan yang wajar.
Namun, kebiasaan ini membuat mereka cenderung mengalami kenaikan berat badan yang cukup parah. Keadaan ini boleh membahayakan mereka.

Pakar kesihatan memperingatkan wanita hamil tidak perlu makan untuk dua orang. Penelitian di Britain mendapati wanita hamil tidak perlu makan lebih banyak sebab kalori ekstra untuk memasuki trimester ketiga sudah mencukupi.

Sunday, December 25, 2011

7 Bahagian Tubuh Wanita Menjadikan Suami Hangat

Sesetengah wanita beranggapan rupa paras yang cantik serta bentuk tubuh yang seksi merupakan aset utama untuk memikat hati suami. Sebenarnya daya tarikan pada seorang wanita bukan saja pada wajah atau bentuk tubuh yang menggiurkan.
Menurut Media love.allwomenstalk.com, selain rupa wajah, ada  tujuh bahagian tubuh wanita yang membuat kaum lelaki pasangan anda berasa hangat, ghairah dan bangga dengan anda.

1. Kulit Lembut
 
Lelaki cinta dengan kulit lembut pasangannya. Fikirkan tentang hal ini, kulit lelaki biasanya kasar sehingga mereka sepertinya mahu merasakan sesuatu yang lembut di sekitar mereka ketika berpelukan.

Thursday, December 22, 2011

Air Kelapa Menurunkan Berat Badan

Air kelapa memang sudah diketahui umum memiliki banyak khasiat, khususnya untuk wanita hamil, tetapi air kelapa juga baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan. Selain itu, ia juga berkhasiat sebagai minuman anti-penuaan.
Para ilmuwan India mengatakan, satu cawan air kelapa mengandungi sekitar 46 kalori, sedangkan santan kelapa mengandungi 550 kalori. Mereka percaya air kelapa dapat membantu menurunkan berat badan, kerana rasa manis air kelapa membantu kita melupakan sementara untuk menikmati makanan dan mengatasi keinginan yang besar untuk makan.


Air kelapa tidak mengandungi lemak, tetapi banyak mengandungi gula semulajadi dan mineral, dan juga kaya magnesium, potassium serta serat. Air kelapa juga menjadi pengganti cairan tubuh yang kurang, komposisi khusus elektrolit yang ada di dalamnya.

Komposisi air kelapa bentuknya seperti plasma, kerana itu semasa perang dunia dahulu, air kelapa digunakan sebagai larutan garam.
(geniusbeauty)

Persiapan Rapi Sambut Krismas Dengan Bekalan Darah

Jika kedai-kedai dan pasar raya di seluruh negara telah menyimpan stok barangan untuk sambutan Krismas sejak beberapa minggu yang lalu bagi memastikan mereka tidak kehabisan apa-apa bekalan, lain pula halnya dengan bank darah.
Sebuah pusat bank darah terbesar di dunia, The NHS Blood and Transplant centre di Filton, Bristol sudah bersiap sedia menyediakan bekalan darah untuk keperluan kecemasan supaya selari dengan permintaan yang akan meningkat mendadak sepanjang tempoh perayaan kerana pelbagai kemungkinan insiden yang mungkin akan berlaku antara hidup dan mati untuk beribu-ribu orang akibat kemalangan kerana alkohol

Terkini: Bayi Dua Kepala dilahirkan sihat... kedua-dua kepala menyusu badan

Seorang wanita Brazil telah melahirkan seorang bayi dengan dua kepala hari ini. Bayi itu dilahirkan melalui pembedahan di sebuah hospital di Anajas, utara Brazil dengan berat 9.9 lbImbasan menunjukkan walaupun bayi itu mempunyai dua kepala yang sempurna, tetapi bayi ini mempunyai satu jantung dan semua organ-organ penting berfungsi seperti biasa.

Menurut doktor bayi tersebut dalam keadaan sihat yang sempurna dan kedua-dua kepala telah mula menyusu ibunya secara normal.
Ibu berusia 25 tahun yang tinggal di kawasan luar bandar tidak membuat imbasan ultra-bunyi semasa kehamilannya disebabkan tiada kemudahan di hospital terdekat dan hanya mendapat tahu sebelum bayi itu lahir di 01:00 pada pagi Isnin.

Pengarah hospital, Claudionor Assis de Vasconcelos, memberitahu akhbar bahawa kelahiran normal berisiko yang besar untuk kedua-dua ibu dan bayi. Pembedahan mengambil masa sejam kerana bayi itu dalam keadaan melintang. [dailymail.co.uk]

Tuesday, December 20, 2011

Sambutan Sebelum Krismas: "Mad Friday" Pesta Mabuk-Mabuk di UK

Hari Jumaat sebelum Krismas atau 'Mad Jumaat' merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh para muda-mudi penganut Kristian di bandar-bandar besar UK kerana ia menjadi acara paling popular sebelum tibanya Hari Krimas setiap tahun. 
 Fancy a bite: A girl in a sexy santa outfit sits on the dirty pavement while a friend feeds her a take-away in Manchester

Sunday, December 18, 2011

Hilangnya Nilai Kemanusiaan: Setiap Satu Daripada Lima Wanita Amerika Diperkosa

Hampir 20 peratus wanita di Amerika Syaikat telah diperkosa atau mengalami percubaan perkosaan dalam hidup mereka. Sebuah studi yang dijalankan oleh Centers for Disease Control juga menyatakan, 25 peratus lagi wanita telah mengalami serangan seksual oleh pasangan atau suami mereka. 

Data statistik itu merupakan hasil dari kajian nasional tentang kekerasan seksual terhadap lelaki dan wanita. Bagi setiap satu jam lebih dari 1440 aduan dan laporan pemerkosaan, kekerasan, atau pengintaian dicatatkan.

Bertuah Kau Kucing! Pandai Pulak Pilih Tempat Paling Hangat Untuk Berehat .. duk atas apa tu

Kucing ini punya tempat berehat amat selesa untuk berdengkur kerana pemeliharanya memiliki dada yang agak besar.
Lucu...Video yang merakamkan bagaimana seronoknya si anak kucing yang comel berbaring dan berehat di atas dada seorang gadis dan enggan berganjak disiarkan di laman web
Gadis yang memanggil haiwan peliharaannya itu Yuki, cuba untuk mengalihkan kucing peliharaannya itu beberapa kali ke tempat lain namun ia terus memanjat kembali ke atas dada gadis pemeliharanya  lalu mula menjilat-jilat bulu membersihkan dirinya. Lihat video...

Friday, December 16, 2011

Macam Mana Ni.. Disuruh Tandatangan Borang SBPA Tapi... Pelarasan Skim Gred Gaji Baru Nak di Kaji 2012...Pelaksanaan 2013

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah mengesahkan pihaknya akan mengkaji semula elaun dan pelarasan gaji secara berperingkat mulai tahun depan susulan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan cadangan kajian itu akan bergantung pada kemampuan kewangan kerajaan kelak.
SBPA akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.

Thursday, December 15, 2011

Undang-Undang Islam Aceh: Peminat Rock Berambut Punks Dicukur Kepala dan Direndam Di dalam Kolam

Pihak berkuasa kerajaan Aceh terpaksa bertindak keras ke atas berpuluh-puluh orang pemuda peminat rock berambut punks dengan mencukur kepala mereka, merampas tindikan di badannya dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak dalam usaha membanteras gejala sosial buruk yang boleh mengancam nilai- nilai Islam yang sedang diterapkan di negeri itu.

Peragawati Pakaian Dalam Si cantik Manis Ini Lelaki... Kenapa, Tak Percaya ke?

London:Sekilas pandang model iklan pakaian dalam seperti foto di atas ini nampak sempurna seperti seorang gadis cantik  manis semasa sesi memperaga pakaian dalam wanita (breast holder). Sebenarnya model ini  jika dilihat lebih dekat, ialah seorang lelaki tulen.

Syarikat pemasaran  yang cerdik Departemen Store Hema memutuskan menggunakan model lelaki berusia 20 tahun Andrej Pejic untuk mempamerkan produk mereka 'mega Push-up Bra' yang terbukti dapat menaikkan dada yang rata. Mereka merekrut model lelaki untuk membuktikan kepada pelanggan mereka bahawa mega Push-up Bra dapat membuat payudara pemakainya terangkat dengan ekstra dua ukuran cup.

Wednesday, December 14, 2011

Kebesaran Allah : Anak Babi Lahir Dengan Dua Mulut dan Tiga Mata

Seekor daripada 5 ekor anak babi yang baru dilahirkan di dapati dalam keadaan luar biasa dimana ia mempunyai 2 muncung mulut dan 3 mata.  Anak mata tambahan ini terletak di tengah-tengah antara dua muncung mulut pada dahinya.  Anak babi pelik ini dilahirkan di ladang penternakan babi tempatan milik Xiao Jintu, di Changtai ,Wilayah Fujian selatan China.
Sejak berita tentang kelahiran luar biasa 'piglet' orang ramai sama ada dari penduduk tempatan mahupun dari luar tidak putus-putus datang untuk melihat anak babi pelik ini.  

Hanya Allah swt yang Maha Pencipta lagi Maha Bijaksana yang boleh berbuat apa yang dikehendakinya. Jika Allah menghendaki sesuatu itu berlaku, hanya dengan berkata, 'Kun fa yakun'... jadi, maka jadilah ia.[dailymail.co.uk]

Tuesday, December 13, 2011

Tak Sampai Hati Nak Memakannya.... Lobster Albino Yang Bertuah

Seorang nelayan bertuah dapat menangkap seekor udang galah albino di pantai Dorset. Seluruh anggota badannya berwarna putih dan berusia 30 tahun.  Udang kara albino adalah disebabkan oleh kekurangan pigmen warna.  Udang albino bersaiz besar amat sukar ditemui di UK dan kali pertama pernah ditangkap  kira-kira 20 tahun yang lalu. 
Udang kara albino ini ditempatkan di Pusat Hidupan Laut di Weymouth. [dailymail.co]

Wajah Kelihatan Tua Berbanding Usia Disebabkan Gula Dalam Darah Tinggi?

Adakah wajah anda kelihatan lebih tua berbanding usia anda? Kalau sudah demikian, periksalah kadar kandungan gula dalam darah. Penyeldikan terbaru menemukan bahawa kadar gula dalam darah yang tinggi menyebabkan wajah seseorang tampak lebih tua daripada usia sebenar.

Satu kajian kerjasama antara Leiden University Medical Centre dan Unilever RnD menemui hubungan antara kadar gula darah pada manusia dan usia wajah. Orang yang berusia antara 50 tahun dengan kandungan gula yang tinggi akan terlihat lebih tua berbanding mereka yang memiliki kadar gula lebih rendah. Para pengkaji menyimpulkan bahawa setiap 1 mmol/liter meningkatnya kadar gula dalam darah, wajah seseorang akan tampak lebih tua lima bulan seperti dikutip dari laman medicmagic.

Monday, December 12, 2011

Isu Hangat di Eropah: Ulama Larang Wanita Menyentuh Atau Memegang Pisang dan Timun Kerana Mirip....


Seorang ulama muslim di Eropah mengatakan wanita seharusnya tidak mendekati ataupun memegang pisang atau timun. Alasannya, agar kaum hawa tidak berfikiran kotor sehingga menyebabkan mereka terangsang terutama yang belum berumahtangga.

Seperti dikutip dari
el-Sawsana, sheikh yang tidak disebutkan namanya itu mengatakan jika wanita ingin memakan pisang atau timun harus ada pihak ketiga yang memotong-motong dan menyajikan buah tersebut dalam bentuk yang sudah terpotong-potong. Pihak ketiga yang menyajikan dan memotong buah itu dianjurkan seorang lelaki dalam keluarganya seperti ayah atau suami atau saudara lelaki.

Menurut ulama tersebut, buah-buahan dan sayuran tersebut menyerupai penis [alat kelamin lelaki] dan boleh merangsang wanita untuk memikirkan soal seks. Berita tersebut dilaporkan dalam laman web berita di Mesir,
Bikya Masr.

Saturday, December 10, 2011

Mengapa Perlu Minum Teh Hijau

Teh hijau memiliki banyak khasiat dan manfaat sama ada untuk kesihatan mahupun kecantikan. Berikut beberapa manfaat lain teh hijau jika diminum secara teratur.

1.Menghindari penyakit 

Teh hijau merupakan antioksidan yang kuat dan terbukti dapat mengurangkan serangan kanser paru-paru, kanser prostat, kanser kulit, stroke, dan serangan jantung. Untuk menambahkan tenaga ekstra ketika meminumnya, tambahkan dengan perahan lemon. Kandungan flavonoid dalam teh hijau amat berkesan memerangi virus hepatitis C.

Kalaulah Semua Agama Saling Menghormati... Aman Dunia

Salam hari Jumaat penghulu segala hari.  Berikut paparan video seorang muslim sedang mengerjakan sembahyang  sementara menanti waktu penerbangan di lapangan terbang yang diperhatikan oleh penumpang-penumpang lain yang bukan Islam.  Mesej video ini ialah mereka saling menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza kepercayaan dan pegangan agama.

Friday, December 9, 2011

Inilah Taukeh Aplikasi Game Angry Birds Bersama Isterinya Memakai Gaun Angry Birds

Ramai antara kita belum mengenali pembuat atau pereka aplikasi permainan Angry Birds yang sedang hit di kalangan pencinta games seluruh dunia.
Gaun petang yang dipakai oleh isteri Peter Vesterbacka, pemilik Rovio, syarikat pereka aplikasi permainan popular 'Angry Birds' yang menjadi kegilaan masyarakat dunia menghiasi suasana di istana Presiden Findland. Gaun elegan satu bahu yang dipakainya menjadi tumpuan dan perhatian para jemputan  Istana Presiden Finland hari ini kerana mengandungi logo besar mata burung  permainan popular telefon pintar. Mereka hadir untuk meraikan Hari Kemerdekaan. Presiden Halonen tahun ini menganugerahkan pingat dan hiasan kepada lebih daripada 4,000 rakyat untuk menghargai pencapaian mereka mengharumkan nama negara dalam bidang masing-masing.

Thursday, December 8, 2011

Rusa Dan Biri-Biri Sedang Hangat Bercinta... luar biasa

"Apakah yang harus dilakukan apabila biri-biri jantan jatuh cinta dengan rusa betina?" Haruskah kita pisahkan atau biarkan kedua-duanya terus menjalin hubungan...
Ram yang bernama 'Changmao' telah menjalin satu ikatan yang tidak boleh dipisahkan dengan rusa betina yang bernama 'Chunzi' di Taman Haiwan Liar Yunnan di Kunming, Wilayah Yunnan. Kakitangan di taman hidupan liar di barat daya China telah mendapatkan pendapat dan pandangan kepada setengah bilion pengguna web di negara itu untuk mendapatkan nasihat setelah dua haiwan berlainan spesies ini mula mengawan.

Wednesday, December 7, 2011

Haiwan Ni Sukar Ditemui

Siput babi albino ini telah ditemui oleh pasukan kembara berhampiran gunung Arthur, Kahurangi National Park, New Zealand. Siput babi albino dipercayai berusia 10 tahun dan boleh hidup sehigga 20 tahun.  Makanannya ialah cacing tanah dan serangga kecil. Ia boleh membesar seperti saiz genggaman tangan lelaki.

Tuesday, December 6, 2011

Mau Awet Muda? Ini Petuanya...

Korea: Madu lebah bukan saja berkhasiat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, malah racun atau bisa sengatan lebah ini amat berguna bagi mengatasi masalah kedutan pada kulit wajah. Fakta ini sedang diteliti oleh para ilmuwan yang meyakini bahawa kandungan racun lebah atau bisa lebah dapat meningkatkan kolagen.
Maklumat yang dipetik dari yahoo.com, seorang pakar ilmuwan dari Korea yang bekerja di sebuah perusahaan kosmetik New Zealand, Dr Sang Mi Han telah mengkaji kolagen yang terdapat dalam racun lebah dipercayai dapat menjadikan kulit lebih tegang dan anjal, tampak lebih awet muda serta dapat mengurangkan kesan bahaya sinaran matahari.

Monday, December 5, 2011

Ahhh...Tak Sabar Menanti Kehadiran Samsung Galaxy Note

Samsung Galaxy Note adalah smartphone terbaru yang keluaran Samsung. Smartphone Android ini dilengkapi dengan processor Dual-core 1.4GHz ARM Cortex-A9 processor manakala OS ialah Android 2.3 Gingerbread. Samsung Galaxy Note merupakan gabungan dari tablet PC dan smartphone yang dibekalkan dengan S Pen stylus ini. S Pen stylus adalah inovasi dari Samsung yang memungkinkan pengguna untuk menulis atau melukis  di layar smartphone
Samsung Galaxy Note mempunyai paparan skrin berukuran 5.3 inci HD Super AMOLED skrin WXGA dengan sensor seperti pecutan, Sensor cahaya, sensor Jarak dan Barometer menggunakan prosesor dual core 1,4 GHz bersama-sama dengan 1 GB RAM menjanjikan pengalaman tontonan yang terbaik.
Kini smartphone yang sedang hangat diperkatakan oleh peminat-peminat gadget canggih sudah berada di pasaran tempatan tetapi belum menyeluruh.  Apakah yang menarik sangat dengan Samsung Galaxy Note ini. 
Berikut orang muo sertakan link untuk rujukan tentang keistimewaan yang ada pada Samsung Galaxy Note ni. Baca seterusnya di sini dan di sini

Sunday, December 4, 2011

Minyak Ikan Diet Terbaik Untuk Otak... meningkatkan daya ingatan

Makan minyak ikan seperti salmon dan trout dapat meningkatkan memori, kata ahli-ahli sains. Satu kajian baru mendapati bahawa asid lemak yang ditemui dalam ikan dan makanan laut boleh meningkatkan fungsi ingatan sebanyak 15 peratus. Diet yang kaya dengan minyak ikan amat digalakkan terutamanya anak-anak yang sedang membesar untuk meningkat dan mengekalkan kesihatan otak yang optimum malah ia juga dapat mencegah permulaan demensia.
DHA - asid lemak Omega-3 didapati dalam makanan laut seperti salmon, tenggiri, sardin, trout, udang dan kupang sangat baik untuk otak kerana ia berfungsi membantu meningkatkan daya ingatan dan kepantasan memori.

Saturday, December 3, 2011

Anda Harus Pintar Memilih Sistem Operasi [OS] Mobile Sebelum Membelinya

Semakin berkembangnya smartphone (telefon pintar) yang beredar di pasaran, para pencinta gadget harus juga pintar memilih yang terbaik. Bagi memastikan sama ada telefon yang ingin anda miliki itu sesuai dengan keperluan anda adalah bergantung pada cara anda hendak menggunakannya. Jadi, anda perlu tahu cara untuk memaksimumkan penggunaan telefon pintar anda.

Ketika ini beberapa OS mobile yang dikenali adalah seperti Symbian, BlackBerry, iOS, Android, dan bakal menyusul yang terbaru adalah Windows Phone 7 atau WP7. Agar anda dapat memilih prestasi OS mobile sesuai dengan keperluan, berikut ini penjelasan singkat beberapa OS [operating system] atau sistem operasinya.

Friday, December 2, 2011

Pehhh... Besarnya!

Ikan pari jenis ekor pendek terbesar sungai air tawar berjaya ditawan oleh pemancing veteran dari British Jeremy Wade, 53 tahun di Sungai Parana berhampiran Buenos Aires. Mr Jeremy terpaksa memerah tenaga selama 4 jam sebelum berjaya menunda dan mendaratkan ikan pari dengan berat lebih 120 kg itu ke tebing sungai. Umpan yang digunakan ialah belut.
Ikan pari berbentuk flat ini adalah antara salah satu jenis ikan air tawar yang paling besar di dunia yang hidup di sungai-sungai air tawar dan telah diketahui mampu membunuh manusia dengan penyengat beracunnya yang boleh membawa maut. Lihat video...

Thursday, December 1, 2011

Kain Sarong Model Sambilan Hampir Terlondeh Ditarik Monyet Nakal

Seseorang pelajar Taiwan yang juga model sambilan, Charmian Chen,22 tahun terpaksa menahan malu selepas insiden yang agak melucukan ketika bercuti di sebuah hutan taman monyet liar, Bali, Indonesia dan telah menjadi berita sensasi di laman-laman sosial apabila gambar yang tersiar menunjukkan kain sarung yang dipakainya hampir terlondeh hingga mendedahkan bahagian dadanya kerana ditarik sang monyet yang ingin mendapatkan makanan daripadanya.
Cik Chen berusaha sedaya upaya yang boleh untuk menutup bahagian dada yang terdedah menampakkan aset dirinya dengan tangan namun insiden tersebut sempat dirakam oleh pelancong-pelancong lain yang ada bersama ditempat kejadian. Peristiwa itu membuatkan Cik Chen menjadi terkenal sebagai 'superstardom internet'.

Wednesday, November 30, 2011

Demi Sesuap Nasi ...

Demi sesuap nasi... seorang wanita bersama anak kecil di atas basikal diikat pada pinggangnya melakukan tugasannya menyapu sampah-sarap di hadapan deretan bangunan kedai di tepi jalan raya di Wenzhou, wilayah Zhejiang, Timur China. Wanita ini menggunakan tali untuk memastikan anaknya tidak pergi jauh daripadanya.  Ibu ini berasa lebih lega jika anaknya sentiasa berada di sisinya daripada terbiar tanpa pengawasan yang sempurna jika ditinggalkan di rumah sendirian. 
Pekerjaan yang halal walaupun hanya dengan hasil pendapatan yang tidak seberapa adalah lebih mulia daripada mereka yang sihat tetapi menadah tangan meminta sedekah di jalanan.

Minum Ketika Makan Menghalang Kerja Sistem Penghadaman... tidak baik untuk kesihatan

Mumbai: Kebanyakan orang semasa makan biasaanya diselangi dengan minum kononnya untuk membantu makanan mudah tertelan ke dalam tenggorok atau kerana haus. Sesungguhnya perlakuan ini tidak baik bagi tubuh kerana minum semasa makan menyebabkan gangguan proses pencernaan perut. 
Berdasarkan sebuah kajian, amalam makan sambil minum itu juga menyebabkan peningkatan insulin yang dapat mengikat lebih banyak lemak di dalam tubuh.
Mr Shonali Sabherwal, ahli makrobiotik dari India, mengatakan, "kebanyakan orang minum sambil makan. Teorinya adalah bahawa hal itu membuat makanan turun lebih cepat. Sebenarnya mereka tidak tahu tabiat itu amat buruk bagi tubuh dan sistem pencernaan mereka."

Sunday, November 27, 2011

Antibiotik Hanya Berkesan Pada Bakteria Bukan Virus...batuk dan flu disebabkan Virus

ANTIBIOTIK adalah penemuan yang penting dalam dunia kesihatan. Namun ubat ini tidak dapat mengubati semua penyakit. Penggunaan yang tidak rasional akan membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Kebiasaan memberikan antibiotik dengan dos yang tidak tepat serta jadual masa makan ubat yang terlalu lewat atau cepat akan mengurangkan kesan antibiotik sebagai pembunuh kuman.

Penggunaan antibiotik yang tidak rasional paling sering dilakukan oleh pesakit ialah mereka yang menghidap batuk dan selesema akibat virus. Hampir seperempat masyarakat meyakini bahawa penyakit flu dan batuk akan lebih cepat sembuh jika diberi makan antibiotik.  Harus difahami bahawa antibiotik hanya untuk menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh bakteria, sedangkan influenza disebabkan oleh virus.

Thursday, November 24, 2011

Makanan Khusus Untuk Lelaki Menjadi Kuat & Bertenaga... isteri harus tau ni

Inilah beberapa jenis makanan yang seharusnya terdapat dalam senarai menu harian bagi kaum lelaki. Jenis makanan yang tersenarai ini sudah dalam kajian para pakar pemakanan dan dipercayai dan terbukti memiliki khasiat yang sangat diperlukan oleh kaum lelaki kerana makanan ini mampu meningkatkan potensi tenaga  kelelakian : 

Pisang
Pisang adalah makanan terbaik untuk seks. Pisang mengandungi sumber yang kaya dengan vitamin B, mengubah karbohidrat menjadi energi, yang mampu membantu bertahan lebih lama di ranjang. Buah ini juga membantu tubuh  untuk memproduksi hormon seks seperti testosteron. Sebelum aksi, lebih baik makan beberapa biji pisang.

Monday, November 21, 2011

Bentuk & Rahsia Bibir Seksi Wanita

Paisley: Kriteria seksi memang beragam bagi setiap individu. Namun, wanita berbibir seksi adalah mereka yang memiliki bibir atas berlekuk menonjol seperti bentuk 'busur cupid'. Wanita yang memiliki bibir dengan bentuk ini, ternyata bukan saja hanya sedap dipandang, malah mereka merupakan pasangan yang hebat dalam hubungan intim.

Satu kajian yang dilakukan oleh sepasukan peyelidik dari University of the West of Scotland, Paisley, Scotland, baru-baru ini menemukan wanita berbibir seksi, dengan kriteria seperti di atas, lebih mudah untuk mencapai orgasme jika dibandingkan dengan mereka yang berbibir rata. Para peneliti mendapatkan fakta unik ini setelah melakukan tinjauan dan mengukur ketajaman lekukan dari bibir wanita.
Para penyelidik juga mendapati, semakin menonjol bentuk bibir atas, maka akan semakin kelihatan seksi dan semakin besar kemampuan wanita tersebut untuk mencapai orgasme.
[liputan6.com/Cafemom]

Thursday, November 17, 2011

Doktor Cantum Hujung Jari Yang Hampir Putus Pada Perut Untuk Proses Tumbuh Kulit Baru

Sepasukan doktor di China diketuai oleh Dr Huang Xuesong berjaya menyelamatkan sebahagian jari seorang lelaki yang hampir terputus dengan mencantumkannya pada perut.
Seorang pekerja perabot Wang Yongjun, 20 terpotong hujung jari tengah kerana terkena gergaji elektrik dalam satu kemalangan di tempat kerja.  Otot dan kulit pada sebahagian jari telah dipotong dan hanya tinggal tulang sahaja.
Doktor melakukan pembedahan dan mencantumkan jari Wang pada perutnya dengan harapan kulit dan otot baru akan tumbuh di sekeliling tulang. 
Teknik ini adalah satu cara untuk memulihkan peredaran darah ke bahagian jari yang cedera supaya tubuh boleh membaiki anggota diri sendiri yang cedera. Pembedahan itu berjaya dan Wang akan mempunyai hujung jari baru. Cantuman akan dipisahkan daripada perut dalam tempoh sebulan. [orange.co.uk]

Kaedah Rawatan Pelik Sakit Gigi... Mengeluarkan Cacing Gigi Melalui Telinga

Chen Yuan Sheng, 44, yang telah melibatkan diri dalam industri pakaian di Batu Pahat selama lebih dua dekad, mempunyai kerja sampingan istimewa dan agak pelik sejak bertahun-tahun yang lalu.
Khidmat istimewa dan unik Chen ialah membantu pesakit sakit gigi untuk mengurangkan kesakitan dengan menghalau cacing gigi menggunakan kaedah rawatan purba Cina. 

Kaedah rawatan yang digunakan adalah warisan daripada mendiang bapanya yang mempunyai kepentingan yang besar dalam bidang perubatan Cina dan mahir dalam perubatan akupunktur dan herba yang dipelajarinya dari negara China. 
Bagaimana kaedah rawatan ini dilakukan?

Monday, November 14, 2011

Fasha Sandha ikut langkah Zarina ... buka sana buka sini

Apa yang anda tatap ni adalah penampilan Fasha Sandha ketika menghadiri pelancaran majalah gaya hidup terbaru, Lisa, pelakon ini membuatkan banyak mata tertumpu kepadanya. Apa tidaknya, Fasha tiba dengan gaun labuh berwarna jingga yang mendedahkan bahagian belakang badannya. Bukan sedikit, tetapi bukaannya sehingga ke paras pinggang. Memanglah bentuk badannya cantik kerna tidak ada lemak atau selulit yang kelihatan, tetapi ia tetap tidak sopan. Tetamu ‘Mat Salleh’ di acara itu pun bijak menghormati adab susila dalam berpakaian di negara Islam ini. [mimpisenja] - Foto...

Sunday, November 13, 2011

Terbaru 7 Keajaiban Dunia Telah Tersenarai

Setelah melalui proses panjang dan kontroversi, Yayasan New 7 Wonders, akhirnya tepat pukul 11.11 pada 11-11-2011 waktu London, atau pukul 18.00 WIB, pengundian pemilihan untuk mencari seterusnya 7 Keajaiban dunia telah ditutup dan keputusan awal pengundian telah diketahui.
Berpusat di Heidi-Weber-Museum di Zurich, Switzerland, pencarian New 7 Wonders Foundation telah diperkenalkan oleh penulis kelahiran Switzerland yang juga pembikin filem Kanada, Bernard Weber.
Sebuah laman web untuk kempen pemilihan 'New 7 Wonders Nature' telah dilancarkan pada tahun 2007 untuk meningkatkan kesedaran tentang tempat-tempat yang paling indah di dunia.  Berikut adalah senarai 7 Keajaiban Dunia yang baru:

Saturday, November 12, 2011

Pelukis Kanak-Kanak Genius 9 Tahun Membeli Rumah Baru Untuk Keluarganya

Jika rakan-rakan yang seusia dengannya menconteng gambar pada dinding rumah ibu bapa mereka, bakat seni luar biasa Kieron Williamson, 9 tahun sebaliknya sudah mampu membeli rumah untuk keluarganya. Kanak-kanak ini telah membeli sebuah rumah di Ludham, Norfolk, yang sebelum ini tinggal menyewa di rumah flet.
Kanak-kanak berusia sembilan tahun ini berjaya menjual 33 buah lukisannya berjumlah £150,000 dan hari ini lebih sedozen lukisannya habis dijual dengan harga £106,260 dalam satu pameran di Picturecraft Galeri di Holt.

Thursday, November 10, 2011

Pelajar Nakal & Lemah Menduduki Peperiksaan di Luar Bilik Darjah

Dua barisan pelajar, yang dianggap nakal atau tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang akademik, menduduki peperiksaan di luar kelas di sebuah sekolah menengah di daerah Jinxian, wilayah Jiangxi Timur China, Nov 8, 2011. Sesetengah pelajar memakai tudung kepala mereka kerana suhu yang rendah sehingga 12 darjah celcius di luar bilik darjah menyebabkan ramai pelajar menggigil dalam kesejukan.
Kalaulah perkara seperti ini berlaku di negara kita, kita percaya semua pihak akan menunjukkan rasa kemarahan mereka kepada pihak sekolah juga Kementerian Pelajaran. Guru, pengetua, PPD habis kena maki hamun oleh ibu bapa terutamanya, termasuk pegawai atasan, ahli politik dan orang ramai kerana pihak sekolah telah melakukan diskriminasi pelajar.

Wednesday, November 9, 2011

Isteri Potong Buah Zakar Suami Curang

Hmm...isteri mana yang tidak marah kalau mengetahui suami yang dicintai menduakannya. Kes mengerikan ini berlaku di Autralia.
Seorang isteri tidak dapat menahan rasa marah terhadap sikap suaminya yang curang lalu bertindak cuba memotong buah zakar suaminya.
Mangsa yang berusia 35 tahun dikatakan mengalami beberapa kesan tikaman pada buah zakarnya.
Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tennant Creek di Wilayah Utara kemudian Australia Royal Flying Doctor Service menerbangkan lelaki itu ke Hospital Alice Springs untuk rawatan lanjut. Lelaki malang tersebut berada dalam keadaan stabil. [thesun]

Monday, November 7, 2011

Gadis Mendakwa Bapa Kepada Anaknya Ialah Justin Bieber

Fan Mariah Yeater, 20, mendakwa awal minggu ini bahawa penyanyi 'superstar', Jutin Bieber ialah bapa kepada anak yang dilahirkannya yang kini telah berusia 4 bulan Mariah, 20, mendakwa bayi yang dilahirkan itu adalah hasil pertemuan singkat pertamanya lalu melakukan hubungan intim di dalam bilik mandi di belakang pentas dalam satu konsert Bieber. 
Dia mengatakan persamaan antara anaknya dengan Bieber amat luar biasa.Lihat saja mulutnya memang serupa. Saya hanya mahu menuntut hak untuk anak saya, saya rasa amat menderita setelah ditinggalkan dan saya cuba menghubunginya tetapi Justin langsung tidak menyambutnya." katanya lagi.
Bieber telah menafikan dakwaan wanita itu tetapi dilaporkan telah

Sunday, November 6, 2011

Peti Sejuk Sarat Dengan Bakteria Memudaratkan?

Peti sejuk adalah tempat berbahaya kepada kesihatan, demikian menurut pakar-pakar dari syarikat Microban Eropah.
Kajian menunjukkan bahawa beberapa petak peti sejuk mungkin mengandungi sejumlah besar patogen. Masalah yang paling besar adalah berkaitan dengan ruang tempat menyimpan barang basah segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Para saintis telah mengkaji peti sejuk yang tidak ada fros. Mereka mendapati pemilik jarang membasuh peti sejuk kerana ia tidak memerlukan defrosting.

Tahan Nafas ...

Penghibur Liu Fei, 52, dari Jiangxi, China, melakukan aksi ngeri dengan dua ekor ular blumkol peliharaannya masuk melalui lubang hidung dan keluar dari mulutnya. Dia melakukan banyak latihan sebelum membuat persembahan yang mendebarkan para penonton. [thesun.co.uk]

Saturday, November 5, 2011

Kate Hamil?

London: Isteri Putera William, Kate Middlton, dikhabarkan sedang berbadan dua. Berita gembira buat rakyat Britain tersebut muncul setelah Duchess of Cambridge itu menolak makan kacang yang dianggap tidak baik untuk wanita hamil.
The Sun
mewartakan, ketika Kate dan William menghadiri acara bantuan kemanusiaan bersama dengan Putera Fredrick dari Denmark, Kate menolak secara halus menikmati kacang. Sejak sekian lama, Pemerintah Inggeris melarang wanita hamil makan kacang kerana dikhuatiri alergi.
Semasa William dan Fredrick dari Denmark merasa contoh bantuan makanan dari UNICEF, Kate hanya menatap suaminya dengan pandangan aneh. Beberapa orang yang rapat dengan Kate mengaggap penolakan Kate terhadap kacang itu pelik. Apalagi Kate tidak alergi terhadap kacang.

Friday, November 4, 2011

OKU Sanggup Merangkak Demi Rasa Kasih Terhadap Kerbaunya Yang Sedang Bunting

Long Shilu, 48, orang kurang upaya [OKU] tinggal di kampung Lianmeng, Bishan, Chongqing, Kakinya yang panjang lumpuh dalam insiden perubatan ketika berusia 8 bulan, mengakibatkan otot kaki telah menguncup begitu serius. Long bergantung kepada tangannya menyokong badan ketika merangkak untuk mendapatkan keperluan diri. Oleh sebab tidak boleh melakukan kerja manual, maka Long menggunakan kerbau untuk mengambil upah melakukan kerja-kerja di ladang orang lain.

Thursday, November 3, 2011

Masih Ingat Lagi Manohara? Anjing Antara Haiwan Peliharaannya

 Manohara dengan anjing haiwan kesayangannya
Anda ingat lagi dengan Manohara yang pernah menjadi berita hangat suatu ketika dulu... Ini berita terkini yang dipetik dari Liputan6.com [mohon izin]. Berikut salinan petikan artikel dari web tersebut. Apa yang menjadi kemusykilan kita ialah siapa sebenarnya  Manohara ni ... Sila baca sampai habis...

Jakarta: Selamat datang di kediaman Manohara Odelia Pinot. Jangan kaget ya, jika melihat beragam hewan peliharaan seperti anjing, kucing, dan lainnya. Ternyata, perempuan berdarah Bugis-Amerika Serikat ini seorang penyayang binatang. Oh, so sweet..

"Ada empat anjing, dua kucing, dan satu ikan. Semua harmonis kok hidupnya," tutur Manohara girang di Status Selebritis SCTV, Rabu (2/11).