Friday, December 24, 2010

Kanak-Kanak 3 Tahun Terbeban Merawat Bapanya Yang Terlantar Akibat Kemalangan

BEIJING - Gambar seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dari Leling, wilayah Shandong China Timur mengurus ayahnya yang  lumpuh telah menghasilkan gelombang simpati daripada semua pihak.  Gambar upload oleh seorang lelaki dikenali dengan nama samaran Pan, dalam sebuah forum Baidu, menunjukkan Dong Xinyi, 3 tahun, memberikan rawatan setiap hari terhadap ayahnya tersebar dengan pantas di internet, memberikan anak kecil ini mendapat simpati orang ramai.  
Ditinggalkan isterinya empat bulan selepas kemalangan itu, Dong Jianshe, 26 terpaksa melatih  anaknya belajar untuk melakukan pelbagai pekerjaan  dari memasak mi hinggalah mengambil air dari tong sedangkan sebahagian besar rakan-rakannya menikmati belaian kasih sayang ibu bapa mereka.