Tuesday, December 21, 2010

Susu Ibu Jadikan Anak Lelaki Lebih Cerdas Tetapi Bukan Untuk Anak Perempuan?

UK- Kajian mendapati bahawa kanak-kanak  lelaki yang menyusu  ibunya sekurang-kurangnya 6 bulan mempunyai otak yang cerdas dalam bidang matematik, kemahiran membaca dan menulis [3M] berbanding kanak-kanak yang minum susu formula, tetapi tidak berkaitan dengan kanak- kanak  perempuan. 

Kajian tersebut melibatkan kanak- kanak berumur 10 tahun antara kanak-kanak menyusu ibu dan susu formula.   Penyelidik dari University of Western Australia’s Telethon Institute for Child Health Research telah melakukan ujian standard ke atas 1038 anak laki-laki dan perempuan yang berumur 10 tahun.
Analisis mengambil kira kelas sosial, taraf pendidikan ibu dan jumlah masa yang dihabiskan untuk anak membaca.  
Susu ibu kaya dengan asid lemak amat penting untuk perkembangan sel otak tetapi para penyelidik tidak pasti   mengapa ia hanya memberi kesan menguatkan mental  untuk anak laki-laki sahaja.
Ini berkemungkinan bahawa otak anak-anak perempuan sudah menerima makanan daripada estrogen hormon seks. Justeru lemak sihat dalam susu ibu adalah khusus untuk