Thursday, December 16, 2010

Wanita Cacat Anggota Separuh Badan Menjadi Ibu

Denmark - Seorang wanita yang sejak dilahirkan  hanya sebahagian anggota tubuh badan tanpa kaki dan hanya sebelah tangan kini menjadi seorang ibu setelah melahirkan seorang bayi comel. Wanita berkenaan, Melek, 24, bersama pasangannya, Mehmet begitu gembira sekali dengan anak mereka, Semih.
Pasangan ini pertama kali bertemu ketika mereka masih berusia 14 tahun, diperkenalkan oleh teman-teman keluarga selepas Mehmet berpindah ke Denmark dari Turki, dan perlahan-lahan mereka berdua jatuh cinta.