Sunday, December 12, 2010

Bayi Belajar Bertutur Sejak Dalam Rahim

Bayi sejak dalam rahim telah mengenali suara ibunya dan mampu mempelajari bahasa tersebut. Mengajaknya berbicara dengan aktif dapat melatih kemampuannya petah bertutur selepas dilahirkan.
Kesimpulan itu diperoleh melalui kajian oleh Effects of Experience on Fetal Voice Recoqnition yang memainkan rakaman puisi China selama 2 minit terhadap 60 orang perempuan hamil. Selama rakaman diputar, degup jantung bayi yang masih di dalam rahim juga dipantau untuk melihat bagaimana bayi bereaksi.