Friday, December 10, 2010

Umur 6 Tahun & Dah Dapat Adik Pun Masih Nak Menyusu Ibu Lagi

Yorkshire-  Sesuatu yang jarang berlaku apabila seorang anak yang sudah berumur 6 tahun masih lagi menyusu badan. Begitulah yang terjadi ke atas seorang ibu muda, Amanda Hurst, 29, tinggal di Selatan Hemingfield terpaksa menyusukan bayinya yang berusia 5 bulan bersama anak sulungnya yang berusia 6 tahun.  Jonathan, 6 tahun masih enggan bercerai susu ibu walaupun dia sudah mempunyai adik kecil. Sejak berumur 3 tahun ibunya sudah mencuba untuk memisahkan Jonathan daripada susu ibunya tetapi dia enggan. Sifat kasih sayang ibu yang mendalam terhadap anak membawa Amanda Hurst terus menyusukan Jonathan sehingga sekarang. Oh tidak... :)