Thursday, December 9, 2010

Amalan Bersenam Setiap Hari, Nenek 82 Tahun Masih Cergas & Sihat

Amat jarang kita melihat seorang nenek tua berumur 82 tahun masih mampu melakukan aktiviti senaman seperti orang muda. Zhao Yufa yang tinggal di Beijing mengamalkan senaman unik gabungan daripada Yoga, Wushu dan Qigong [breathing exercise]  selama 3 jam pada setiap hari. Amalan ini memberikan impak yang amat baik terhadapnya kerana tubuhnya masih cergas dan sihat. Foto-foto yang tertera ini membuktikan rahsia nenek Zhao Yufa kekal cergas dan sihat. Alah bisa tegal biasa...sungguh mengagumkan.