Monday, December 6, 2010

Kreatif & Inovatif : Belut Elektrik Menyalakan Lampu Hiasan Pokok Krismas

Sorang pemilik kedai akuarium  di Jepun telah mencipta idea inovatifnya apabila menggunakan belut elektrik untuk menjana kuasa elektrik bagi menghidupkan lampu hiasan pada pokok krismas setinggi 6 kaki 6 inci. Pemilik belut berkenaan meletakkan seekor belut di dalam sebuah akuarium khas yang mengandungi dua panel aluminium.
Setiap kali  belut ini bergerak ia akan menjana kuasa sebanyak 800 watt dan terus mengalirkan kuasa elektrik tersebut melalui panel aluminium  bertindak sebagai elektrod yang disambungkan pada wayar lampu hiasan pokok krismas

No hiding place from new U.S. Army rifles that use radio-controlled smart bullets

Senjata futuristik terkini rifel model XM25 ciptaan USA ini menggunakan peluru pintar yang diprogram untuk meletup ketika mereka telah melakukan perjalanan jarak tertentu, yang membolehkan musuh menjadi sasaran di mana pun mereka bersembunyi. Senjata berpeluru pintar berukuran 25mm mengandungi cip yang menerima isyarat daripada  alat  kawalan radio telah digunakan oleh pasukan tentera Amerika untuk membunuh pejuang Taliban di Afghanistan baru-baru ini.
Senjata ini juga mempunyai jarak liputan 2,300 meter sehingga memungkinkan untuk mencapai sasaran yang tepat. [Secanggih mana sekalipun sesuatu itu jika tanpa izinNya maka ia tidak akan mampu memberi bekas kepada sesiapa yang dikehendakiNya, Subhanallah]