Friday, November 5, 2010

Luar Biasa : Wildebeest Mampu Menakluk Sang Singa

Singa terkenal dengan kemampuan berburu. Sebagai  haiwan yang paling berkuasa di planet ini, kucing besar ini sering menguasai sebahagian besar haiwan sama ada di kawasan dataran di Afrika atau belantara di India.
Kepantasan mengesan dan memburu mangsa menjadi igauan buruk buat penghuni yang menjadi mangsa kerakusan Sang Singa. Namun kadang-kadang peraturan alam boleh berubah arah sebaliknya apabila pemburu yang digeruni menjadi mangsa yang diburu.