Wednesday, November 3, 2010

Katak Afrika 'African Bull Frog' Makan Apa Saja

Sejenis katak bersaiz besar Afrika yang dikenali sebagai "African Bull Frog' mempunyai  tabiat pemakanan yang luar biasa. Apa saja jenis haiwan termasuk yang berbisa seperti tikus, burung, kala jengking, malah katak  yang melalui kawasan berhampiran dengannya akan menjadi mangsa sebagai makanannya. Katak ini mempunyai bahan cecair melekat yang dijadikan sebagai perangkap untuk menangkap mangsa selain lidahnya.
African Bull Frog bersifat agresif, mampu melompat sehingga 12 kaki tinggi, mempunyai gigi seperti unjuran yang disebut odontoids.

Remaja Romania Berusia 10 Tahun Menjadi Ibu Termuda

Seorang remaja perempuan berusia 10 tahun di Spain menjadi antara ibu termuda di dunia setelah melahirkan bayi di sebuah hospital di Jerez de la Frontera, Selatan Andalusia pada 26 Oktober, minggu lepas.
Menurut doktor berkenaan ibu muda tersebut melahirkan anaknya secara normal dan dalam keadaan stabil. Anaknya juga dalam keadaan normal dengan berat 6lb 6oz
Remaja tersebut sebenarnya ialah pendatang dari Romania berhijrah ke Spain bersama keluarganya dan sudah mengandung sebelum mereka berpindah ke Spain.