Tuesday, November 2, 2010

Kuku Tangan Memanjang 3mm Sebulan

Kuku merupakan struktur separa keras dan berbentuk runcing yang terletak di bahagian hujung jari manusia. Ketebalan kuku normal adalah kira-kira 0.43 milimeter (mm) dan terdiri daripada tiga lapisan seperti eponikium iaitu lapisan kulit lut cahaya yang berada di pangkal kuku, paronikium iaitu lapisan kulit di sisi kuku dan hiponikium iaitu bahagian antara hujung kuku dengan hujung jari.