Thursday, October 21, 2010

Ibu Dan Anak Belajar Sama Dalam Satu Kelas Di Sekolah Rendah

 Jiang Liju,37, sanggup belajar bersama-sama anak perempuannya di sebuah sekolah rendah  di Shenyang demi mendapatkan ilmu pengetahuan yang tidak pernah dikecapinya semasa zaman kanak-kanaknya. Jiang Liju,  penduduk asal Selatan China telah berhijrah  ke Wilayah Liaoning di Utara China kerana bekerja. Beliau berhasrat untuk meneruskan pembelajarannya bersama anaknya di sebuah sekolah rendah di Shenyang. Sebagaimana murid-murid lain, beliau juga dikehendaki mengikuti semua aktiviti pembelajaran serta aktiviti luar bilik darjah daripada gurunya yang hampir sebaya dengannya.