Tuesday, October 19, 2010

Pernah Makan Durian Bakar ? Ternyata Lazat

Pernah dengar menu makanan durian bakar?  Seorang peniaga di Kota Kembang Bandung, Sony Mulyadi telah berjaya mencipta sejenis makanan baru yang unik,kreatif dan inovatif iaitu "Duren Bakar" atau durian bakar. Rasa durian yang telah dibakar lebih lazat ditambah lagi dengan pulut hitam bersama kelapa muda yang juga dibakar. Gabungan 3 jenis makanan ini menjadikan durian bakar ternyata sangat enak dan lazat. Kulinari baru ini  menjadi tumpuan para pengunjung di situ kerana  kelainan rasa dan  ia makanan unik. 
Durian bakar ini boleh didapati di pusat makanan rakyat Grobak Bandoeng, Hyper Point, Jalan Pasteur, bandung. Harga sepangsa durian bakar Rp 15 ribu. Jika anda berkesempatan melancong ke Bandung, berkunjunglah ke tempat tersebut untuk menikmati durian bakar.