Sunday, October 17, 2010

Mi Bandung Muo 'Kedai Abang Sayang' Rasa Sekali Nak Lagi

Muo memang terkenal dengan mi bandungnya. Kebanyakan kedai makan di Muo meyediakan menu masakan mi bandung. Namun tidak semua gerai atau kedai makan yang betul-betul menyediakan mi bandung muo yang asli . Hanya beberapa buah kedai makan di muo mempunyai resepi mi bandung muo istimewa.
Sebuah kedai makan yang menyediakan mi bandung resepi asli  istimewa di Muo ialah Kedai No2 Abang Sayang, terletak di Setesen Bas Maharani, Jalan Maharani Muo. Walaupun kedai makannya comel dan biasa-biasa saja, tetapi mi bandungnya amat berbeza sekali keenakannya. Bau atau aroma mi bandungnya saja sudah menggoda dan membuka selera sesiapa saja yang menggemari mi bandung.