Thursday, October 14, 2010

Kanak-Kanak 20 Bulan Suka Makan Cili Pedas?

Naaman Amer, baru berusia 20 bulan dari Bandar Nablus, Tebing Barat begitu bersahaja dan berasa seronok makan cili hijau pedas seperti makan buah-buahan yang manis. Kanak-Kanak Palestine ini mula menggemari cili hijau sejak berumur 14 bulan lagi dan ibu bapanya pula begitu bangga dengan selera anaknya suka makan cili. Naaman Amir makan cili hampir setiap hari. Sehingga kini tiada sebarang masalah kesihatan menimpa ke atas kanak-kanak tersebut. Walaubagaimanapun perkara tersebut seharusnya dicegah atau dikawal supaya tidak mengganggu kesihatan kank-kanak ini terutamanya bahagian perut dan organ dalaman untuk jangka panjang kerana usianya yang masih terlalu muda.