Wednesday, October 13, 2010

Chef Turki Cipta Rekod Telur Dadar Terbesar Dunia

Usaha menggalakkan orang ramai menjadikan telur sebagai makanan murah, sihat dan berkhasiat, 10 orang Chef dibantu oleh 50 orang tukang masak telah berjaya mencipta rekod dengan memasak "Telur Dadar Terbesar Dunia" baru-baru ini di Turki. Pasukan tukang masak  ini menggunakan 110 010 biji telur, dan 432 liter minyak masak  dengan menggunakan sebuah kuali leper gergasi berdiameter 10 meter.

Lelaki Tanpa Tangan Bermain Piano Dengan Jari Kaki Juara "China's Got Talent"

Seorang pemuda yang cacat anggota badan tanpa tangan telah memenangi pertandingan "China's Got Talent"  di Stadium Shanghai baru-baru ini. Liu Wei, 23, kehilangan sepasang tangannya setelah mengalami kemalangan terkena renjatan elektrik  semasa bermain sembunyi-sembunyi ketika berusia 10 tahun. Liu Wei mula belajar bermain piano ketika berumur 18 tahun dengan hanya menggunakan jari-jari kakinya.